Kuku yang sihat dan terjaga bukan sahaja memberi penampilan yang menarik tetapi juga mencerminkan tahap kebersihan dan kesihatan kuku itu sendiri. Penjagaan kuku adalah penting untuk mengelakkan masalah seperti kuku rapuh, jangkitan, dan tidak terbentuk dengan baik. Kali ini, ELLE kongsikan tip penjagaan kuku yang mudah untuk memastikan kuku anda kekal cantik dan sihat!
Potong Kuku Dengan Betul
Memotong kuku secara teratur adalah salah satu langkah asas dalam penjagaan kuku. Pastikan kuku dipotong dengan baik untuk mengelakkan kuku tumbuh ke dalam. Elakkan daripada memotong kuku terlalu pendek, kerana ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Gunakan pemotong kuku yang tajam dan bersih untuk hasil yang lebih baik.

Lembapkan Kuku dan Kulit Sekitarnya
Kuku dan kulit di sekitarnya boleh menjadi kering jika tidak dijaga dengan baik. Pastikan anda sentiasa melembapkan kuku dan kutikel dengan menggunakan minyak kuku atau krim pelembap yang sesuai. Ini akan mengelakkan kuku dan kulit sentiasa lembap dan tidak kering.

Hindari Penggunaan Bahan Kimia
Bahan kimia yang terdapat dalam produk pembersih atau produk kuku seperti pengilat kuku boleh merosakkan kuku jika digunakan secara berlebihan. Pastikan anda menggunakan pengilat kuku yang bebas daripada bahan kimia. Pastikan juga kuku diberi masa untuk "bernafas” dengan tidak memakai pengilat kuku secara berterusan atau boleh gunakan pengilat kuku yang breathable atau yang mesra wuduk, untuk tampak lebih cantik dan ons!

Amalkan Pemakanan Sihat
Kuku yang kuat dan sihat bermula dari dalam. Pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral dapat menyokong kesihatan kuku. Anda boleh mendapatkan zat-zat ini melalui makanan seperti telur, kekacang, ikan, sayur-sayuran hijau, dan bijirin penuh.

Rawat Kuku dengan Manicure
Melakukan manicure dan pedicure secara berkala bukan sahaja membuat kuku nampak cantik dan fresh, tetapi juga memberi peluang untuk memeriksa keadaan kuku secara teliti. Dari melakukan rawatan kuku ini, kecantikan profesional dapat memberi nasihat tentang cara penjagaan kuku yang betul dan memberikan rawatan yang sesuai untuk kuku yang sihat.

Elakkan Tabiat Mengigit Kuku
Gigitan kuku adalah tabiat buruk yang boleh merosakkan kuku dan kulit sekitar kuku. Jika anda sukar mengatasi tabiat ini, cuba cari cara alternatif untuk mengalihkan perhatian seperti menggunakan pelindung kuku atau produk yang boleh mengelak dari mengigit kuku seperti memakai inai atau pengilat kuku yang breathable.
