Bersama Penny James, Ahli Trikologi atau juga dikenali sebagai Pakar Rambut dan Kulit Kepala dalam temubual eksklusif bercerita tentang koleksi terkini Serene Scalp Densifying oleh Oribe.

1. Boleh kongsikan lebih lanjut mengenai koleksi baharu Serene Scalp Densifying yang anda bangunkan bersama Oribe?
Oribe sedar bahawa tidak ada penyelesaian sedia ada buat rambut menipis yang benar-benar mewah dan berkesan, dan mereka mahu mengubah perkara itu. Masalah keguguran rambut ini sebenarnya memberi kesan kepada berjuta-juta orang, namun kebanyakan rawatan yang ada dilihat terlalu klinikal dan tidak menarik pada sesetengah orang. Oleh kerana itu, Oribe menghubungi saya, untuk bekerjasama dan memanfaatkan kepakaran saya dalam kesihatan kulit kepala dan trikologi.
Hasilnya, Serene Scalp Densifying Collection, satu formulasi asli yang kini telah mengisi kekosongan dalam pasaran. Dengan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan, rangkaian ini membantu memulihkan ketebalan, kepadatan dan volume buat rambut halus atau menipis tanpa ada kesan sampingan yang dikaitkan dengan rawatan perubatan. Tiga bahan utama yang boleh didapati dalam koleksi ini ialah Capixyl, Redensyl dan ekstrak anak benih kacang pis di mana ia berfungsi memperkukuh, menyuburkan dan menyeimbangkan kulit kepala, langsung mewujudkan persekitaran optimum untuk pertumbuhan rambut yang sihat lagi kuat.

2. Bagaimana kepakaran anda sebagai Ali Trikologi bertauliah mempengaruhi pembangunan rangkaian produk ini? Apakah prinsip saintifik yang menjadi panduan formulasi ini?
Sebagai seorang ahli trikologi, pendekatan saya sentiasa berlandaskan sains yang terbukti. Saya lebih cenderung kepada pendekatan homeopatik terhadap pertumbuhan rambut. Dan kini semakin banyak kajian menyokong keberkesanan bahan berasaskan tumbuhan untuk memperbaiki keadaan rambut yang rapuh dan menipis.
Antara kajian penting yang saya banyak lakukan adalah tentang rambut menua dan kulit kepala. Dan daripada situ, antara penemuan penting kami ialah bagaimana folikel rambut mengecut seiring usia dan kitaran pertumbuhan menjadi semakin perlahan, ini menyebabkan rambut menjadi lebih nipis, kurang panjang dan tidak lagi tumbuh seperti dulu. Ini adalah asas saintifik yang kami gunakan dalam membangunkan setiap produk dalam koleksi ini.
3. Adakah terdapat salah faham umum mengenai penjagaan kulit kepala yang ingin diperbetulkan melalui koleksi ini?
Ya, salah satu mitos paling biasa didengari ialah rambut tidak perlu dicuci setiap hari. Sebenarnya, mencuci rambut setiap hari atau setiap dua hari adalah penting untuk memastikan kulit kepala kekal bersih dan sihat. Dan inilah asas kepada rambut yang cantik.
Koleksi Serene Scalp Densifying dirumus agar cukup lembut untuk digunakan setiap hari, bagi menyokong rutin penjagaan yang konsisten. Sama seperti kita melabur masa dan wang dalam penjagaan kulit wajah, kulit kepala juga perlu diberi perhatian yang sama.

4. Apakah tanda-tanda awal kulit kepala kita mungkin tidak berada dalam keadaan sihat?
Tanda-tanda awal termasuk rasa tegang, gatal, sensitif, kemerahan atau wujudnya kepingan putih seperti kelemumur pada pakaian atau sikat. Anda juga mungkin melihat peningkatan pengeluaran minyak.
Gejala ini menandakan bahawa mikrobiom kulit kepala anda berada dalam keadaan tidak seimbang, mungkin akibat kelemumur atau ekzema kulit kepala. Gunakan koleksi Serene Scalp Balancing atau Serene Scalp Oil Control untuk mengatasi isu ini. Skrub eksfoliasi daripada rangkaian yang sama juga sangat berkesan untuk menanggalkan kepingan kulit mati, menenangkan kerengsaan dan menyelaraskan mikrobiom. Jika tiada perubahan selepas penggunaan berterusan, dapatkan nasihat pakar dermatologi.
5. Bolehkah tekanan emosi menyebabkan rambut menipis secara kekal? Atau adakah ia hanya sementara?
Tekanan boleh menyebabkan penipisan rambut yang kekal. Biasanya ia bermula dengan keadaan yang dipanggil telogen effluvium, iaitu keguguran rambut secara berlebihan akibat tekanan. Jika tidak dikawal, ia boleh berubah menjadi alopecia areata, gangguan autoimun yang menyebabkan tompokan botak pada kulit kepala.
Kedua-dua jenis keguguran ini mungkin bersifat sementara, tetapi boleh berulang. Jadi jangan sesekali memandang ringan kesan tekanan terhadap kesihatan folikel rambut anda.
6. Apakah perubahan gaya hidup yang mudah tetapi boleh membantu menjaga kesihatan kulit kepala?
Jaga kulit kepala seperti anda menjaga wajah. Gunakan masker kulit kepala, skrub seminggu sekali dan amalkan produk yang menggunakan bahan berkualiti tinggi, seperti koleksi Serene Scalp Densifying oleh Oribe ini.
Selain itu, amalkan pemakanan sihat, cukupkan tidur, kekal terhidrat dan kawal tekanan. Gabungan gaya hidup dan produk penjagaan yang betul boleh memberikan perbezaan besar terhadap kesihatan rambut anda.