Semestinya baik si lelaki mahupun si wanita, masing-masing ingin tampil cantik dan berseri pada hari paling istimewa buat diri sendiri dan pasangan. Disebabkan itulah cukup sinonim panggilan raja sehari diberikan pada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan ini.
Bak kata orang tua-tua, "Itulah satu hari di mana pasangan ini akan dilayan bak Raja! Itulah hari kita meraikan mereka". Apabila sudah 'diangkat' sebegitu, sudah tentu pasangan yang dirai ini tahu mereka adalah highlight utama sesebuah majlis. Tidak hairan jika si bakal pengantin wanita asyik stress memikirkan soal kahwin kerana ingin memberikan yang terbaik.
Apabila stress, mulalah ia memberi kesan pada kesihatan (tidak ketinggalan kulit wajah!). Ingat ya bakal pengantin, walau apa sekalipun, jangan sesekali lupakan atau memandang remeh soal penampilan kulit dan tenaga diri. Jangan biarkan badan berterusan penat, ia akan secara tidak langsung memberi kesan pada penampilan wajah.
Terdapat beberapa tip cantik yang ingin ELLE kongsikan bersama anda dalam mencipta penampilan lebih cantik dan berseri terutama sekali pada hari bahagia dan istimewa ini.
#1 Penampilan Gigi Bersih dan Putih Berseri Buat Bakal Pengantin
Salah satu aspek yang paling penting bagi pasangan pengantin adalah penjagaan gigi dan mulut. Di hari istimewa ini, senyuman manis anda akan menjadi tumpuan. Dan sudah tentu anda ingin setiap gambar rasmi mencerminkan keanggunan dan kecantikan wajah anda dalam setiap senyuman. Jadi, seeloknya anda mula beberapa bulan sebelum anda sudah berjumpa doktor untuk proses scaling dan polishing. Kemudian diikuti dengan penjagaan dari rumah!
Produk pilihan ELLE: ZenyumFresh™ Day! + Night. RM47.80 , ZenyumBright™ Active Whitening Serum RM125 , ZenyumBright™ Instant Colour Corrector RM125, ZenyumBright™ Invisible Whitening Strips RM119
Direka dengan intipati berkuasa yang mampu memberikan hasil gigi yang lebih putih dan berseri disamping melindung kesihatan gigi. Rangkaian penjagaan gigi daripada ZenyumFresh™ adalah sebuah rangkaian yang lengkap dan sempurna untuk mendapatkan hasil penampilan gigi lebih hebat. Seperti ubat gigi ZenyumFresh™ Day!, pilihan ELLE dalam rangkaian ubat gigi ini mengandungi papain, sebuah enzim yang terdapat dalam buah betik yang berfrungsi memutih dan mengurangkan plak gigi. Selain itu, ia juga mengandungi Vitamin E dan perisa mint yang membantu memberi nafas tampil lebih segar dan tahan lama.
#2 Rawatan Facial
Jika anda mahukan rawatan wajah yang simple hanya untuk melembap dan menenangkan kulit anda, tiada masalah untuk menempah janji temu rawatan wajah ini seminggu sebelum hari persandingan anda. Namun, jika mahukan sesuatu yang lebih ekstrem buat kulit seperti penggunaan chemical peels atau juga prosedur seperti extraction seeloknya dilakukan dua atau tiga bulan sebelum hari istimewa ini. Ia bagi mengelakkan kulit wajah daripada meninggalkan kesan-kesan parut lalu tidak dapat dielakkan ketika bersolek wajah.
#3 Exfoliate Wajah di Rumah
Jika tiada kesempatan untuk melakukan janji temu di salun dan spa, jangan risau. Ada pelbagai lagi cara untuk menjaga penampilan. Salah satunya adalah, melalui penjagaan di rumah! Tidak perlu sampai melakukan 20 steps untuk rutin cantik harian. Cukup sekadar memilih apa yang penting serta target masalah kulit anda.
Namun, secara umumnya, untuk hari persandingan, pastinya kita mahukan kulit wajah yang cerah berseri dan glowing, bukan? Maka saranan ELLE adalah untuk kekal melakukan rutin exfoliate wajah. Bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, rutin ini mampu menjadikan kulit lebih bersih, liang pori lebih terpelihara, mengelakkan kemunculan jerawat, mengurangkan penampilan garis halus, melancarkan peredaran darah dan pelbagai lagi.
Produk pilihan ELLE: Paula Choice's Skincare Skin Perfecting 2% BHA Liquid Exfoliant RM185
Produk exfoliant kegemaran kami! Tidak hairan mengapa ia menjadi produk viral dan pilihan peminat kecantikan hari ini. Exfoliant jenis leave-on ini cukup memudahkan serta menjimatkan masa tatkala melakukan rutin penjagaan wajah harian di rumah. Sangat lembut diwajah, produk ini hadir dengan intipati asid salisilik yang membantu membersihkan liang pori tersumbat, merawat kedukan, mencerah serta menyekatakan tona kulit yang tidak seimbang.
#4 Atur Sesi Makeup Trial Bersama Jurusolek Anda!
Buat anda yang mungkin mahukan sesuatu yang lebih terperinci dan tersusun serta ingin memastikan segalanya lancar mengikut kehendak anda. Mungkin bakal pengantin boleh pertimbangkan untuk mengatur sesi trial untuk solekan hari persandingan bersama jurusolek yang sudah anda tempah. Prosedur ini mungkin memerlukan anda untuk menambahkan kos perbelanjaan anda namun jika anda berpeluang mencuba sesi ini, pastinya hati akan menjadi lebih tenang pada hari istimewa nanti.
Menerusi sesi ini, anda boleh berbincang serta mencapai kata sepakat dalam memilih solekan terbaik untuk wajah anda. Ibarat sesi konsultasi, mungkin anda dan jurusolek boleh berbincang lebih mendalam solekan apa yang menarik untuk dipadu bersama gaya rambut atau hijab serta rona busana yang anda gayakan nanti.