Langgan

Ini Sebab Kenapa Kami Sukakan Haruman Terbaru, eLVes Louis Vuitton Ini

Melangkah ke cakrawala. Meneroka jalan sendiri. Mengejar setiap pengembaraan dan mengawal sepenuhnya arah tuju kehidupan, eLVes Louis Vuitton simbol wanita moden hari ini. 
2 minit untuk membaca
Published: May 21, 2025

Melangkah ke cakrawala. Meneroka jalan sendiri. Mengejar setiap pengembaraan dan mengawal sepenuhnya arah tuju kehidupan, eLVes Louis Vuitton simbol wanita moden hari ini. 

Terinspirasi oleh warisan pengembaraan yang kaya dalam sejarah Maison, wanita Louis Vuitton menjelajah dunia dengan semangat ingin tahu dan gaya yang berani, berdiri di persimpangan antara keanggunan klasik dan sentuhan avant-garde. Bebas, berdikari, berani… Dia menolak batas norma, sentiasa berevolusi dan menjadi perencana pada takdirnya sendiri.

eLVes Louis Vuitton

Louis Vuitton sentiasa mengangkat makna kewanitaan daripada awal jenama ini tercipta. Menyuluh pelbagai dimensinya dan sentiasa berada menemani wanita dalam dunia yang pesat dengan perubahan. Melalui eLVes Louis Vuitton, rumah fesyen ini memberi penghormatan kepada heroin masa lalu dan kini. Siapakah mereka? Wanita-wanita yang mendengar suara hatii dan mencipta legasi dengan keberanian.

eLVes Louis Vuitton adalah manifesto keberanian dan kebebasan, sebuah ode buat setiap perintis yang enggan didefinisikan oleh sesiapa, yang memperjuangkan kehidupan bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga untuk mereka di sekelilingnya.

Dalam babak baharu dunia haruman ini, kita dapat menyaksikan Les Parfums Louis Vuitton hadir merangkul kekuatan, keindahan serta keberanian yang dilambangkan oleh wanita dalam segenap aspek. Master perfumer di Louis Vuitton, Jacques Cavallier Belletrud berkongsi di sebalik inspirasi mencipta haruman hebat ini,

“Keperibadian wanita-wanita luar biasa yang punya semangat dan sinar tinggi inilah yang memberi saya panduan, wanita yang berani melangkah ke hadapan dan meggerakkan masyarakat. Louis Vuitton sejak dahulu lagi merupakan sebuah Maison pelbagai budaya yang meraikan kewanitaan abadi merentasi setiap budaya dan perbezaan, dengan sentuhan permainan penuh gaya Perancis dan keunikan gaya Paris yang tersendiri.”

eLVes Louis Vuitton

Secara ringkasnya, haruman ini dicipta bagi merai wanita unggul yang menakhluk dunia dengan kekuatan dan keteguhan jiwa. Lantas, lahirnya haruman floral kontemporari yang disuntikan lapisan amber yang berani menjadikan ia sebuah haruman yang sukar dijangka, mewah serta memberi tenaga luar biasa. 

Tambah Jacques Cavallier Belletrud lagi,

“Saya ingin mencipta satu komposisi yang kompleks namun spontan dan penuh keceriaan, haruman yang bersinar tanpa dapat disangkal. Saya percaya pada seni olfaktori haruman yang mewakili emosi, nilai dan mesej positif, sesuatu yang memberi ruang kepada setiap individu untuk menulis kisahnya sendiri.”

Daripada visi ini, terhasil sebuah arca yang menawan, siluetnya yang melengkung dan beralun sempurna menggambarkan gaya Louis Vuitton, reka bentuk bertenaga dan penuh kehalusan artistik.

Komposisi eLVes Louis Vuitton

Mawar - Diserlahkan melalui Bulgarian rose absolute dan Centifolia rose yang diekstrak secara CO₂, eksklusif buat Louis Vuitton.

Lily of The Valey-  Buat pertama kalinya dalam sejarah dunia haruman, bunga ini yang dianggap sebagai 'silent flower' digunakan dan aromanya dicipta melalui proses pengekstrakan luar biasa yang dibangunkan di Grasse, Perancis.

Anggur Hitam, pic, Santan- menyerlahkan lagi aroma haruman.

Kayu Manis, Halia- diekstrak melalui proses  CO₂, menyuntik aroma sensual. 

Patchouli- aroma kayu-kayan yang menjadi nadi haruman ini melengkapkan komposisi yang penuh intensiti. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down