Bercakap tentang antipenuaan dan melihat pula kepada dunia kecantikan hari ini, cita-cita ingin mendapatkan kulit wajah yang mulus, tegang dan bebas kedutan itu bukanlah sesuatu yang sukar. Lebih-lebih lagi selepas melihat wajah baharu Lindsay Lohan dan Kris Jenner! Namun, itu kes lain, di mana itu melibatkan pakar surgeri dan estetik. Hari ini kita hendak bercakap tentang keberkesanan produk-produk antipenuaan yang semakin hebat. Saya tidak menafikannya!
Walau apa jua sekalipun, kulit yang cantik tidak datang begitu sahaja. Ia hadir dengan usaha. Di dalam konteks ini, kita bercakap tentang konsistensi dan penjagaan awal.
Antipenuaan: Mengapa Mesti Mulakan Penjagaan Awal?
Penuaan ini adalah proses semula jadi, tetapi tanda-tandanya yang seperti kedutan, garis halus di sekitar mata dan mulut serta hilangnya keanjalan kulit boleh muncul seawal usia 25 tahun. Pendedahan kepada sinaran UV, pencemaran, stres dan gaya hidup yang tidak sihat sebenarnya penyumbang kepada mempercepatkan lagi proses kulit menua ini.
Oleh kerana itu, pakar kecantikan sentiasa mengingatkan kita agar penjagaan antipenuaan ini harus dimulakan seawal mungkin.
Kandungan Penting Dalam Produk Antipenuaan
Apabila memilih produk antipenuaan, ini antara beberapa bahan aktif utama yang perlu diberi perhatian:
- Retinol / Retinoid: Derivatif Vitamin A yang membantu merangsang penghasilan kolagen dan mengurangkan kedutan.
- Asid Hialuronik: Memberi kelembapan mendalam dan menjadikan kulit lebih gebu.
- Peptida: Membantu menegang dan membina semula struktur kulit.
- Vitamin C: Antioksidan kuat yang mencerahkan dan melindungi kulit daripada radikal bebas.
Usia hanyalah angka, tetapi penjagaan kulit yang betul boleh memperlambatkan kulit berusia malah membuatkan anda kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar. Tidak kira berapa umur anda sekarang, mula jaga kulit anda sedari sekarang!
3 Produk Antipenuaan Terbaik Pilihan ELLE
1. ALBION INFINESSE Brightening Concentrate Milk, RM305

2. Omorovicza Elixir, RM995

3. SKII LXP Ultimate Perfecting Cream, RM1,430
