Bila pertama kali mendapat tahu tentang pelancaran pengering rambut terbaru, Dyson Supersonic r™, jujurnya, saya excited! Bukan selalu saya jatuh cinta dengan sesuatu yang hanya berlandaskan pada rupa luaran, tetapi yang ini, memang lain daripada yang lain! Reka bentuknya sahaja sudah memperlihatkan rekaan sleek dan futuristik, sememangnya stand out daripada pengering rambut lain yang biasa kita lihat.
Impian untuk mendekati produk ini menjadi kenyataan apabila saya berpeluang menghadiri acara pelancaran eksklusif Dyson di One Utama awal bulan ini. Lebih menarik, berlangsungnya demonstrasi istimewa oleh hairstylist profesional yang diterbangkan khas dari Singapura yang bukan saja berkongsi tip styling, tetapi juga membuatkan saya rasa, “Okay, I need this dryer in my life… like, sekarang!”
Pendek kata, ini bukan sekadar pengering rambut, ini statement beauty tool yang buat saya tidak sabar untuk cuba dan bawa pulang ke rumah.
Persepsi Pertama Selepas Memegang Sendiri Dyson Supersonic r™

Pilihan warna untuk produk ini mungkin terhad, tetapi pada saya tetap memikat. Dyson hanya menawarkan dua rona eksklusif iaitu Jasper Plum serta Ceramic Pink/Rose Gold. Saya gemarkan pengering rambut ini kerana saiz dan beratnya. 20 peratus lebih ringan dan 30 peratus lebih kecil berbanding pengering rambut lain yang terdapat di pasaran!
Dyson Supersonic r™ didatangkan dengan lima jenis attachment berbeza, direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan dan jenis rambut. Sesuai digunakan dalam apa jua situasi, sama ada untuk gaya yang ringkas mahupun gaya yang lebih rapi.

Lima attachments yang hadir bersama Dyson Supersonic r™
Sebagai seseorang yang sentiasa sibuk dengan rutin harian dan hanya punya masa terhad setiap pagi untuk bersiap ke tempat kerja, saya perlukan pengering rambut yang bukan sahaja cepat, tetapi juga selamat untuk digunakan setiap hari. Dan kerana saya menggunakannya hampir setiap hari, penting untuk saya memilih peranti yang tidak merosakkan rambut dalam jangka masa panjang. Di sinilah Supersonic r™ benar-benar menepati keperluan saya.
Untuk rutin harian, saya memilih untuk menggunakan Gentle Air Attachment dan Flyaway Attachment, satu gabungan yang kini menjadi kegemaran saya setiap kali mengeringkan rambut.

Sebelum dan selepas menggunakan Dyson Supersonic r™
Apa yang saya suka tentang Gentle Air Attachment ialah bagaimana ia benar-benar menjaga kesihatan kulit kepala. Hembusan anginnya yang lembut membantu menyebarkan aliran udara secara sekata (evenly diffuses and smooths airflow), menjadikannya jauh lebih mesra untuk kulit kepala yang sensitif. Rambut tetap kering tanpa ada rasa ‘terbakar’ atau terlalu panas di akar. Maka hasilnya, rambut kekal sihat dan tampak lebih terurus.
Keistimewaan Dyson Supersonic r™
Banyak sebenarnya kelebihan yang terdapat pada pengering rambut terkini daripada Dyson ini. Seperti yang saya katakan tadi, rupa bentuknya sahaja sudah ikonik. Bentuk baru yang revolusioner ini memudahkan kita menggayakan serta mengeringkan rambut dengan mudah termasuklah pada bahagian yang selalu susah hendak dicapai.
Mengapa produk ini dikatakan berfungsi mengeringkan rambut dengan pantas? Ini kerana aliran udara dapat dipanaskan dengan lebih sekata dan diarahkan melalui 10 foil khas yang terletak di lengkungan pengering rambut ini lantas menghasilkan pengeringan yang lebih pantas dan tepat tanpa haba berlebihan!
Antara keistimewaan lain lagi tentang pengering rambut ini, berbicara tentang paparan LEDnya pula, lampu LED yang terpapar di mesin pengering rambut ini memaparkan tetapan suhu dan kelajuan aliran udara semasa serta memberi isyarat bila penapis perlu diselenggara. Teknologi bijak ini memastikan prestasi kekal optimum setiap kali digunakan.

Dyson Supersonic r™ rona Jasper Plum RM2,599