Mungkin ada di antara kita yang belum sempat menyinggahi The Exchange TRX, pusat presin gaya hidup terkini yang bertempat di tengah-tengah Kuala Lumpur dan khususnya lagi, berlokasi di kawasan pembangunan baru iaitu di Tun Razak Exchange.
Tun Razak Exchange adalah sebuah penempatan yang turut dikenali sebagai sebuah pusat kewangan serta gaya hidup terancang pertama Malaysia yang dibina selepas Canary Wharf di London, Marina Bay di Singapura juga Pusat Kewangan Antarabangsa di Hong Kong.
Bagi peminat kecantikan, pastinya saat pembukaan pusat beli-belah yang baru mengujakan kita semua. Ini kerana mahu melihat jenama apa yang dilabuhkan di Malaysia. Sama seperti di pusat beli-belah terkini The Exchange TRX ini, pelbagai butik kecantikan kini boleh didapati di sini.
Ayuh ELLE senaraikan lima butik kecantikan yang mengujakan kami di meja cantik ini!
#1 Jo Loves
Sebuah jenama haruman berprestij yang mengutamakan koleksi inovatif mewah dalam setiap bauannya. Setiap haruman diselami dengan intipati yang berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, jenama ini amat mementingkan kreativiti dalam pembuatannya seiring dengan falsafah Pengasas jenama ini, Jo.
Jika ditanya pada kami, haruman apa yang cukup standout dari jenama ini, sudah tentu Pomelo, White Rose & Lemon Leaves juga Mango Thai Lime. Bukan itu sahaja, seperti yang dikatakan tadi ia sebuah jenama yang cukup kreatif, mereka turut mencipta Jo Loves A Fragrance Paintbrush™ yang mana ia hadir sebagai haruman dalam gaya kelalang yang cukup unik. Jo Loves turut memiliki rangkaian lilin dengan haruman signatur yang mampu membuatkan ruang sekeliling harum semerbak.
Lawat Jo Loves di pusat beli-belah TRX yang berlokasi di Lot G.OS.06.
#2 Giorgio Armani
Seperti asas empayar fesyen Giorgio Armani yang mengutamakan aura simple elegance, begitu juga buat Armani Beauty. Falsafah jenama ini yang tidak menyembunyi atau mengubah sesuatu keperibadian, malah mereka mencipta produk untuk mengetengahkan kecantikan semula jadi seseorang itu.
Butik Armani Beauty di pusat beli-belah TRX ini mempersembahkan suasana menenangkan buat anda yang ingin meneroka koleksi mereka malah jenama ini menyediakan koleksi khas yang dipilih susun mengikut gaya peribadi pelanggan mereka. Dengan sentuhan mewah menerusi produk seperti solekan, penjagaan wajah dan haruman, anda juga berpeluang untuk meneroka servis seperti Light Sculpt Service. Ia adalah rawatan complimentary selama 15 minit daripada Armani Beauty.
Antara produk kegemaran kami daripada jenama ini adalah produk PRISMA GLASS, glos bibir dengan inovasi teknologi oil-in-gloss yang membuatkan solekan bibir tampil lebih berseri dan penuh volume. Kemasan selembut bantal empuk dan sinar bak pantulan cermin, glos bibir ini adalah produk terkini mesti anda miliki.
Bukan itu sahaja, Giorgio Armani Luminous Silk Cheek Tint, adalah sebuah produk yang akan melengkapkan lagi solekan harian anda. Sebuah pembayang pipi jenis cecair yang diinspirasikan daripada warna air ini mampu diadun sempurna kerana teksturnya yang ringan serta mampu tahan sehingga 12 jam lamanya pada kulit wajah.
#3 Escentials
Butik yang mengumpulkan jenama-jenama niche hebat seperti Amouage, LOEWE, Penhaligon's, Van Cleef & Arpels serta pelbagai lagi. Saat anda menjejaki ke dalam butik ini, anda dapat merasakan sendiri pengalaman mewah yang dengan latar belakang kisah unik setiap haruman milik setiap jenama yang terdapat di dalam butik ini.
Bukan itu sahaja, anda juga dapat meneroka rumah haruman Perancis yang cukup eksklusif dan popular, Matiere Premiere. Malah anda juga dapat mendekati jenama ikonik Santa Maria Novella, sebuah apotek Itali yang telahpun membina empayarnya sejak 800 tahun yang lalu.
#4 Saw Salon
Sebuah salun rambut yang mampu memberikan anda sebuah pengalaman merasai rawatan dan servis rambut yang mewah dalam suasana yang menenangkan. Salun yang diasaskan oleh Edwin Saw, yang memiliki pelbagai portfolio hebat baik di Eropah juga di Asia, kunjungan anda ke salun ini tidak perlu dikhuatiri lagi. Saw Salon tampil dengan servis yang memuaskan dengan misinya dalam mengetengahkan tarikan semula jadi pelanggannya. Kunjung salun untuk pelbagai servis dan bukan itu sahaja, anda boleh mengadakan sesi konsultasi bersama mereka dalam meneroka warna, tekstur dan pelbagai lagi buat diri anda.
#5 Elixir
Sebuah jenama penjagaan wajah Jepun nombor satu buat 15 tahun berturut-turut. Lebih mengujakan apabila jenama ini kini melabuhkan empayarnya di Malaysia dan menjadikan pusat beli-belah TRX sebagai satu-satunya lokasi jenama ini boleh ditemui.
Satu perkara yang harus anda tahu, Elixir ini merupakan jenama yang cukup pakar dalam teknologi sains kolagen. 440 tahun mengemudi kepakaran sains kolagen ini, Elixir mampu menyampaikan segala kehendak kecantikan yang anda mahukan seiring dengan menyempurnakan keyakinan dalam diri setiap pemakainya.