Bulan baharu, gaya kuku juga baharu, betul atau tidak? Setiap kali menuju ke bulan seterusnya, ruangan suapan media sosial saya akan sentiasa dipenuhi dengan kata-kata semangat bagai ingin memujuk hati agar gagah memulakan hari yang baru. Seronok kerana apabila terserempak dengan ciapan seperti ini, jiwa terus rasa berkobar-kobar!
Jika tanyakan kepada saya, perkara yang paling saya look forward untuk bulan September ini adalah sudah tentu pada pembaharuan penampilan. Terutama sekali soal kecantikan. Saya hendak kembalikan rasa segar pada penampilan kuku! Justeru itu, di kesempatan ini saya ingin sama-sama berkongsikan dengan anda inspirasi gaya 'nail art' menarik untuk anda cuba bulan ini!
Cedok Gaya Kuku Inspirasi Dari Pinterest Bulan Ini
#1 Rona Hijau Lumut
Gambar: Pinterest
This shade of green is everything you need to try this month! Mungkin belum ramai yang berani mencuba rona ini buat gaya kuku mereka. Namun, saya mendapati rona hijau lumut ini semakin mendapat perhatian ramai dan menjadi pilihan di kalangan generasi muda. Mungkin mahu mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain. Untuk elakkan rona ini tampak seperti anda menempel daun, apa kata layangkan rona ini dalam bentuk lukisan marble dan padu-padankan bersama aksesori seperti cincin rona emas!
#2 Pink Pearl Glazed
Gambar: Pinterest
Buat anda yang inginkan gaya kuku yang tidak keterlaluan namun masih tampak cantik dan 'bersiap', rona merah jambu lembut dengan sentuhan serbuk mutiara adalah pilihan yang paling tepat sekali untuk anda cuba! Warna yang sering menjadi pilihan selebriti seperti Hailey Bieber ini sudah tentu antara rona terhangat dan masih menjadi pilihan sehingga ke hari ini.
#3 Kuning Pastel
Gambar: Pinterest
Sesekali mencuba rona yang terang dan fun. Memandangkan juga Malaysia adalah negara musim panas sepanjang tahun, jadi tidak salah untuk mencuba rona summer ini buat kuku anda! Jika ditanya, rona apa yang menarik digayakan buat semua jenis tona kulit, pilihan saya adalah kuning pastel. Ia mampu memberi suntikan lembut pada sesebuah personaliti.
#4 Putih Klasik
Gambar: Pinterest
Putih akan sentiasa menjadi pilihan saya dalam mencalit rona pada kuku. Ia sebenarnya membuatkan penampilan tampak lebih classy bak aura seorang wanita cukup sofistikated. Untuk elakkan gaya bosan, apa kata anda layangkan rona putih ini dengan sentuhan pattern menarik. Boleh cedok gaya di atas dengan layangan marble, atau boleh juga mencuba corak snowflakes!
#5 Coklat Menawan
Gambar: Pinterest
Rona yang saya rasakan paling 'in' saat ini selain rona burgundy buat musim luruh tahun 2024. Buat anda yang sukakan rona kuku gelap seperti hitam dan merah hati, apa kata anda mencuba pula rona coklat? Percayalah, rona ini akan tampak mewah dalam apa jua stail fesyen yang anda bawakan. Sama ada kasual atau ke acara formal, rona ini sangat versatil.