Langgan

Ini 3 Produk Yang Tidak Akan Buat Bibir Kering!

Mencari solusi dalam melawan bibir kering yang sering terjadi pada anda? Percayalah solusinya tidaklah semudah yang disangka, namun dengan penggunaan produk yang baik dan berkualiti.
2 minit untuk membaca
Published: May 2, 2025

Mencari solusi dalam melawan bibir kering yang sering terjadi pada anda? Percayalah solusinya tidaklah semudah yang disangka, namun dengan penggunaan produk yang baik dan berkualiti, pasti anda akan menemui jalannya.

Saya antara yang sering mengalami masalah bibir kering dan merekah. Sudah mencuba pelbagai produk, kemudian melihat pula pada intipati produk itu, namun perawatan bibir kering tidak bergantung kepada produk kecantikan semata-mata. Ia hadir bersama dengan usaha dalam menambah baik rutin harian kehidupan. Kalau hendak tahu, kesemuanya saling berkait rapat. Jom saya rungkaikan dengan lebih mendalam lagi.

Namun, sebelum itu, tahukah anda apakah punca utama dan sebenarnya bibir kering ini? Ia selalunya disebabkan oleh faktor sekeliling seperti cuaca yang sejuk, kering dan panas. Faktor lain seperti dehidrasi, menjilat bibir secara berlebihan dan alahan ubat juga antara penyebab lain yang boleh membawa kepada masalah bibir kering ini.

Gambar: pexels

Banyak cara boleh diamalkan untuk merawat kulit bibir kering dan merekah ini. Paling utama yang kita sering dengar adalah amalan minum air masak dengan banyak setiap hari. Ini adalah rutin paling asas yang bukan sahaja memberi manfaat kepada bibir, akan tetapi pada wajah dan seluruh tubuh badan. Seeloknya untuk mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air masak, namun jika rasa masih tidak mencukupi, anda boleh consider untuk menambah supplement seperti electrolytes.

Diet juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan rupa bibir yang sihat dan sentiasa terhidrat. Diet yang seimbang dan diperkaya dengan vitamin dan mineral terutama sekali vitamin B, zinc dan iron mampu mengembalikan bibir yang sihat dan berseri. Akan tetapi harus ingat, gabungan diet dan pengamalan air masak mampu memberikan impak yang lebih hebat kepada tubuh badan yang lebih terhidrat.

Di samping mengamalkan rutin ini, kami juga ingin kongsikan lima produk kecantikan yang mampu membantu merawat bibir kering anda!

Produk Pilihan ELLE Untuk Rawat Bibir Kering

1) Dior Addict Lip Glow

Salap bibir yang sempurna kombinasinya sebagai produk penjagaan bibir dan sebagai asas solekan. Dengan teknologi yang unik, formula salap bibir ini mampu bertindak balas mengikut kadar pH bibir langsung memberikan rona yang sesuai dengan sepadan dengan rona asal bibir anda. Bukan itu sahaja, ia memberikan kesan lembapan selama 48 jam dan menghalang bibir daripada berterusan kering. Hasilnya, bukan sahaja bibir tampil lebih sihat, malah ia juga membuatkan bibir nampak lebih mungil dan berkilau.

2) SKINMADE Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask

Melembap, menganjal dan merawat bibir dengan salap yang mampu memberi manfaat luar biasa. Dengan ramuan inovasi pro-kolagen serta bahan aktif yang berfungsi menambah isipadu bibir yang canggih, jenama tempatan SKINMADE memastikan untuk menghasilkan sebuah produk penjagaan bibir yang baik dan mengembalikan rupa bibir lagi sihat dan mungil. Paling penting, ia turun mengurangkan penampilan garis halus dan tidak memberi rasa kesemutan setelah mengolesnya. Ia juga sesuai buat anda yang berkulit sensitif.

3) Laneige Glaze Craze Tinted Lip Serum

Antara serum bibir yang menarik perhatian pencinta kecantikan. Hadir dengan kombinasi inti pati penjagaan bibir dengan sentuhan glos, Glaze Craze Tinted Lip Serum daripada Laneige ini adalah pelengkap look cantik harian anda. Di samping merawat, ia juga mampu menjadi gincu yang mewarnai bibir anda. Dengan 95 peratus asas inti pati yang berfungsi merawat dan memungilkan lagi bibir sehingga 12 jam lamanya. Bukan itu sahaja, ia turut diperkaya dengan bahan yang memantulkan cahaya, ia memberikan hasil rona dengan kemasan sheer-to-buildable , memastikan bibir kekal berkilau dan berseri dengan cukup effortless.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down