Dengan pengumuman pertunangan Selena Gomez bersama pasangan, penerbit muzik Benny Blanco 12 Disember yang lalu di Instagram, satu perkara yang pasti, seluruh perhatian akan tertumpu kepada cincin di jari manis Selena. Jadi, tidak hairanlah riasan kuku amat penting apabila mengumumkan pertunangan anda di media sosial. Jika diamati dengan rapi, kuku Selena di rias kemas tanpa warna. Sejujurnya, it's so refreshing to see!
Tata Rias Kuku Sederhana
Keep it simple. Cukup dengan manicure dan disudahi dengan cat top coat agar kuku tampak bersinar dan sihat. Tapi jika anda mahu tambahan warna cat kuku, rona neutral seperti nude, beige atau pink lembut adalah amat disyorkan. Tapi pastikan ia bukan matte, ya!