Satu dekad berlalu, namun pesonanya kekal. Kini, BOSS The Scent kembali – diperbaharui dalam satu evolusi yang mengukuhkan lagi keistimewaan haruman ikonik ini bersama David Corenswet dan Eiza González!
Seperti mencipta ruang hunian penuh euforia – selepas satu, dua atau tiga semburan.

Daya tarikannya cukup kuat, membangkitkan keharmonian wangian yang serasi dengan tubuh. Apa yang terbit daripadanya adalah satu keyakinan, daya tarikan yang ‘magnetik’ dan keupayaan untuk membina identiti diri. Haruman BOSS The Scent sememangnya selari dengan nilai-nilai ini – sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2015.
Melangkah ke dekad baharu, tahun ini menyaksikan pembaharuan BOSS The Scent. Haruman ikonik untuk ‘Him’ dan ‘Her’ kini hadir dengan botol baru, konsentrasi yang diperkayakan, serta kempen baharu yang menampilkan David Corenswet dan Eiza González.
Keaslian BOSS The Scent masih kekal, namun intensiti wangiannya diperbaharui untuk memastikan ia terus memberi impresi yang mendalam dan tidak dapat dilupakan. BOSS The Scent Eau de Toilette for Him – dihasilkan oleh perfumer Pascal Gaurin – memancarkan aroma berasaskan amber, kayu dan buah-buahan yang diinspirasikan oleh satu gabungan berani dan saling melengkapi. Haruman rempah segar yang terhasil daripada minyak halia semula jadi diadun dengan buah eksklusif Maninka – yang dicipta khas untuk BOSS. Sentuhan nota kulit sensual memperkayakan lagi komposisi aromanya.

Menyempurnakan padanan ini, BOSS The Scent Eau de Parfum for Her membawa pernyataan yang mendukung elemen pemerkasaan dan sensualiti. Aromanya yang berasaskan amber dengan adunan flora dan buah-buahan diolah melalui pesona ekstrak buah pic semula jadi yang menggoda. Haruman ini diperkayakan lagi dengan jambangan bunga Osmanthus, manakala White Musk di dasar aroma mengukuhkan karakternya – memancarkan elemen sensual yang halus dan memikat.