Langgan

Gaya Solekan Terbaik di Karpet Merah MTV VMAs 2024

Kami sukakan dengan setiap penampilan selebriti yang hadir pada malam anugerah muzik terbesar Amerika Syarikat ini!
2 minit untuk membaca
Published: September 12, 2024

Antara acara yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik di seluruh dunia, MTV VMA 2024 yang berlangsung di UBS Arena, Long Island sebentar tadi tampil penuh meriah. Banyak momen epik ditambah pula dengan Taylor Swift yang telah mencipta sejarahnya tersendiri di tahun 2024 selepas memecah rekod dalam menggondol anugerah terbanyak mengalahkan penyanyi Beyonce.

Lebih istimewa lagi, tahun ini, anugerah muzik MTV ini turut menyambut ulang tahunnya yang ke-40. Dua dekad dirai pagi tadi, setiap persembahan tampil gaya sudah seperti broadway! We love it serta sangat teruja menonton setiap detik acara anugerah ini.

Namun begitu, apalah rumusan anugerah tanpa menyenaraikan looks terbaik yang digayakan selebriti di MTV VMA 2024 ini. Ayuh, meja cantik ELLE kongsikan beberapa gaya solekan pilihan sepanjang karpet merah tadi!

Gaya pertama yang mendapat perhatian kami dan sudah tentu membuatkan kami tidak boleh move on semenjak berakhirnya acara anugerah ini ialah gaya solekan selebriti juga ikon muzik pop, Katy Perry, yang tampil dengan stail rambut separa basah juga percikkan metalik di mata dan batang hidung!

Tidak ketinggalan, Chappell Roan, pemenang anugerah 'Best New Artist' ini, hadir dengan tatarias seni kuku yang memukau. Dengan kuku yang ekstra panjang seperti menyarung pedang, Juan Alvear, menerusi The Cut berkongsi, dia menggunakan Gel-X extra-(extra)-long tips bersama tepekan batu mutiara bersesuaian dengan gaya busana Roan pada malam itu.

Taylor Swift pula tampil dengan solekan mata memukau gaya smoky dan bibir pula dilayang rona pic (lari jauh daripada gaya signaturnya yang sering mengenakan rona merah). Taylor tampak edgy namun dalam kelasnya yang tersendiri!

ELLE kongsikan lagi beberapa gaya solekan menarik selebriti yang hadir ke acara anugerah muzik penuh meriah, MTV VMA 2024.

MTV VMA 2024

Gambar: Instagram Sabrina Carpenter

Sabrina Carpenter seperti jelmaan Marilyn Monroe menerusi busananya. Manakala solekan dan dandanan pula mengingatkan kita kembali inspirasi gaya Old Hollywood oleh Madonna dengan rambut kerinting klasiknya.

Kami tidak akan melupakan tentang penampilan Doechii dengan gaya solekan penuh estetika. Manakan tidak, dia beri definisi muka 'lift' sebenar! Ini kerana dia menyarung pita lekat di bahagian tepi dahinya yang mana berfungsi untuk memberi efek wajah tegang. Bukankah trik ini sering digunakan di balik tabir penggambaran editorial? Kreatif!

Gambar: Instagram Doechii

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down