Langgan

Estee Lauder Menyinari The Exchange TRX Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Estée Lauder memperkasakan wanita untuk mengutamakan kesihatan mereka dengan keyakinan.
2 minit untuk membaca
Published: October 14, 2024

Bulan ini membawa makna yang istimewa bagi para survivor kanser, khususnya kanser payudara, kerana ia secara khasnya meningkatkan kesedaran dan memberi penekanan kepada perjuangan melawan penyakit ini.

"Kanser payudara terus menjadi kanser yang paling kerap didiagnosis dalam kalangan wanita di seluruh dunia," kata William P. Lauder, Pengerusi Eksekutif The Estée Lauder Companies Inc. Menurut Breast Cancer Foundation, seorang daripada 19 wanita di Malaysia berisiko menghidap kanser payudara, berbanding seorang daripada lapan wanita di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalam bulan Oktober ini, The Estée Lauder Companies memperbaharui komitmennya terhadap kesihatan wanita dengan melancarkan Kempen Kanser Payudara 2024, yang membawa mesej penting: Breast Care is Self-Care. Kempen ini bertujuan memberi inspirasi dan mendidik wanita dari pelbagai generasi, menggalakkan mereka untuk menjadi penyokong kesihatan mereka sendiri dengan menekankan pencegahan serta pengesanan awal sebagai sebahagian daripada penjagaan diri yang proaktif.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif global ini, sebuah laman web kempen khas telah dibangunkan untuk menyediakan alatan dan sumber penting bagi memahami kesihatan payudara dengan lebih mendalam. Ini termasuk cara mengenal pasti tanda-tanda dan simptom kanser payudara, kepentingan melakukan saringan secara berkala, serta mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Laman web ini juga menawarkan maklumat berharga mengenai tisu payudara padat, panduan melakukan pemeriksaan sendiri, dan penilaian risiko kanser payudara yang diperibadikan. Layari laman web untuk menonton video kempen dan ketahui lebih lanjut.

Disamping itu, kempen ini sekali lagi menyalakan mercu tanda ikonik di seluruh dunia dengan cahaya merah jambu untuk meningkatkan kesedaran, termasuk Bangunan Empire State di New York, Menara Eiffel di Paris, dan Menara Lotte World di Seoul.

Di Malaysia, The Exchange TRX diterangi dengan lampu merah jambu pada 10 Oktober.

Anda juga boleh menyokong perjuangan ini dengan membeli koleksi kempen kanser payudara Estée Lauder. Syarikat ini akan mendermakan 100 peratus daripada harga pembelian Bouquet of Strength Lip Collection Pink Ribbon Makeup Gift Set (RM190) dan Advanced Night Repair Serum Limited Edition Pink Ribbon (RM510) kepada National Cancer Research Malaysia dan Breast Cancer Welfare Association.


Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down