Tidak kisah bagaimana rutin penjagaan kulit yang anda amalkan, namun satu langkah yang penting dan tidak boleh dilangkaui adalah rutin membersih wajah. Kami senaraikan enam pilihan pencuci muka untuk memastikan kulit anda kekal sihat dan bersih.
Dior La Mousse OFF/ON Foaming Cleanser
Diformulasi dengan purifying water lily, pembersih ini berfungsi untuk membersihkan kulit wajah daripada kotoran, solekan, sebum berlebihan dan sebarang pencemaran pada lapisan kulit. Ia juga diperkaya dengan air bunga cornflower untuk menyegarkan kulit serta mengawal kelembapan dan penghadang kulit. Produk ini menggabungkan kelembutan krim dengan keberkesanan foam untuk pembersihan yang optimum.
No. 1 de Chanel Powder to Foam Cleanser
Manjakan kulit anda dengan pembersih bertekstur serbuk ke buih lembut—ia mengandungi ekstrak bunga Camellia Merah yang sarat dengan kebaikan antioksida dan memberikan keabadian muda.
Apabila bersentuhan dengan air, tekstur pembersih ini akan berubah menjadi buih untuk membersihkan kotoran di wajah dan membeteulkan penampilan penuaan. Formulanya mengandungi 93 peratus bahan yang berasal dari alam semula jadi untuk membersihkan wajah dengan lebih berkesan dan mendalam terutama sekali daripada solekan tebal.
Fresh Soy Face Cleanser
Hadir dalam formulasi berbentuk gel bagi mengekalkan keseimbangan pH semula jadi kulit untuk memastikan ia kekal sihat. Dengan kandungan protein kacang soya, ia membantu memperbaiki kelembutan dan keanjalan kulit, sementara ekstrak timun dan lidah buaya memberikan kesan menenangkan serta menghidratkan. Pembersih ini boleh dianggap sebagai pembersih serba boleh kerana ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif.
La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel
Pencuci muka ini bebas daripada sabun dan alkohol - efektif untuk mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan pada kulit bagi mengelakkan pori tersumbat sekaligus mengurangkan masalah whiteheads, blackheads dan risiko jerawat. Pembersih ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, kombinasi atau mudah berjerawat.
L'Occitane Essential Oil-to-Milk Cleanser
Perlukan pencuci muka dengan manfaat anti-penuaan? L'Occitane Essential Oil-to-Milk Cleanser adalah pilihan yang tepat! Mengandungi khasiat bunga immortelle, pembersih ini membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan di samping membersihkan kulit daripada kotoran dan solekan dengan lembut. Ditambah dengan kandungan bunga calendula yang menenangkan - kulit akan terasa lebih relaks, lembut dan bersih daripada segala kotoran yang terkumpul sepanjang hari.
Cerave Hydrating Facial Cleanser
Pembersih ini membersihkan solekan dan kotoran tanpa merosakkan lapisan penghadang kulit sekaligus dapat memelihara kelembapan kulit anda. Ia kaya dengan ceramide dan asid hyaluronik dan diformulasi dengan Teknologi MVE Delivery bagi memastikan ceramide dapat diserap pada kulit dengan berkesan melalui sistem ‘slow-release’. Keupayaan hidrasi ini menjadikan ianya pilihan ideal untuk anda yang berkulit kulit kering.
Oleh Alis Husin/ELLE Indonesia