Langgan

EBA2025: Produk Pelembap Terbaik, Wardah Deep Water Restore Gel Moisturizer

Ia bukan sekadar pelembap biasa—ia merupakan pelembap gel pertama yang dirumus secara menyeluruh untuk memulihkan dan menguatkan!
2 minit untuk membaca
Published: May 1, 2025

Inovasi pertama dalam penjagaan kulit yang bukan sahaja menyuburkan tetapi juga memulihkan penghalang kulit secara menyeluruh, capai skin goals anda dengan gel ringan bertekstur mewah yang mudah meresap dan memberi kesan nyata.

Dalam era di mana kulit yang berseri dan mulus menjadi simbol kesihatan serta keyakinan diri, kepentingan lapisan pelindung kulit tidak boleh dipandang remeh. Setiap hari, kulit kita terdedah kepada pencemaran, tekanan, cuaca ekstrem, dan penggunaan produk penjagaan wajah secara berlebihan—semua ini boleh menjadikan kulit kering, kasar, dan kusam. Hakikatnya, asas kepada kulit yang cantik bukanlah solekan, tetapi penjagaan kulit yang menyeluruh dari dalam.

Pelembap

Menyedari keperluan ini, Wardah memperkenalkan satu inovasi penjagaan kulit yang berevolusi: Deep Water Restore Gel Moisturizer. Ia bukan sekadar pelembap biasa—ia merupakan pelembap gel pertama yang dirumus secara menyeluruh untuk memulihkan, menguatkan, dan menjana semula penghalang kulit sambil memberikan penghidratan yang mendalam. Kini, impian memiliki kulit yang lembap dan sihat bukan lagi angan-angan.

Sains di Sebalik Penghalang Kulit

Penghalang kulit adalah lapisan paling luar pada kulit yang berfungsi mengunci kelembapan dan melindungi kulit daripada persekitaran yang merengsakan. Apabila lapisan ini terganggu, kulit menjadi mudah kehilangan air, kering, dan terdedah kepada keradangan serta garis halus. Wardah Deep Water Restore Gel Moisturizer menyasarkan isu ini secara menyeluruh dengan gabungan sains penjagaan kulit terkini dan bahan-bahan yang lembut tetapi berkesan. Formula unik ini mengandungi gabungan berkuasa 14x Hyaluronic dan Pentavitin, 1.5 % Hydra β-Glucan dan 2% Trehalose yang berfungsi meningkatkan kadar air dalam kulit. Ia bukan sahaja menarik kelembapan tetapi juga menguncinya dalam lapisan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, anjal dan terhidrat secara mendalam serta berpanjangan.

Pendekatan Holistik untuk Pemulihan Kulit

Apa yang membezakan pelembap ini adalah pendekatan 3 tindakan holistik: Repair, Rebuild, dan Regenerate. Ia bermula dengan memperbaiki kerosakan pada lapisan penghalang kulit, melegakan iritasi dan kemerahan. Kemudian, ia membantu membina semula struktur penghalang kulit agar lebih kuat dan tahan terhadap faktor persekitaran. Akhir sekali, ia menjana semula komponen penting dalam kulit seperti ceramide dan faktor lembapan semula jadi untuk mengembalikan keseimbangan dan kesihatan kulit secara menyeluruh.

Keberkesanan produk ini juga dibuktikan melalui ujian klinikal. Hasil kajian menunjukkan peningkatan lebih 90% dalam kelembapan kulit, peningkatan 15% tahap hidrasi, peningkatan 50% keupayaan kulit menyimpan air keratin serta penurunan 23% kekasaran kulit. Garis halus juga berkurang, dan tekstur kulit menjadi lebih licin dan halus dari hari ke hari.

Teksturnya yang ringan dan menyenangkan mudah diserap tanpa rasa melekit atau berminyak. Sangat sesuai untuk iklim tropika dan boleh digunakan sebelum solekan. Ia memberikan sensasi sejuk dan kesegaran sebaik sahaja disapu ke wajah, menjadikan rutin penjagaan kulit anda lebih menyenangkan setiap hari.

Bersih, Selamat, dan Sesuai untuk Semua

Seperti semua produk Wardah, pelembap ini diformulasi dengan teliti dan selamat digunakan. Ia telah diluluskan ujian dermatologi, bebas alkohol, dan bebas paraben, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Sama ada anda berdepan dengan kulit kering, kasar, atau penghalang kulit yang lemah, formula ini direka untuk menyokong dan merawat kulit dengan lembut namun berkesan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down