Langgan

#Eksklusif Rozlan Nassir Kongsi Inspirasi Solekan YAM Tengku Puteri Afzan di Istiadat Akad Nikah

Sungguh anggun Tengku Puteri Afzan di perlangsungan Istiadat Akad Nikah. Rozlan Nassir kongsi inspirasi di sebalik solekan...
1 minit untuk membaca
Published: August 23, 2024

Rozlan Nasir berkongsi secara eksklusif bersama ELLE suasana menyolek Tengku Puteri Afzan

Gambar: Rozlan Nassir

Hari yang dinanti telahpun tiba, anakanda kepada Sultan Pahang iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah telah pun selamat diijabkabulkan bersama jejaka tampan pilihan hati, FD Idzham FD Iskandar.

Istiadat Akad Nikah yang berlangsung tepat jam 9 malam tadi di Istana Abdulaziz ini turut disaksikan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Manakala Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah bersama Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah pula menjadi saksi sewaktu Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim diperkenankan mewakili Al-Sultan Abdullah dalam sesi mengakadnikah Tengku Puteri Afzan.

Gambar: Rozlan Nassir

Sungguh cantik sewaktu melihat mempelai berjalan masuk ke Balai Mahkota. Wajahnya dirias indah oleh jurusolek profesional, Rozlan Nassir.

ELLE sempat bertanyakan kepada jurusolek ini yang juga pernah menata rias wajah Tengku Puteri sewaktu Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang lalu, inspirasi disebalik solekan tatarias puteri kesayangan rakyat Pahang ini.

"Sebelum ketibaan hari istimewa ini, saya banyak bertemu dengan Tengku Puteri Afzan bersama Tengku Ampuan Pahang. Kami berdiskusi tentang solekan terbaik yang ingin diriaskan pada wajah Tengku Puteri. Solekan timeless, minimal dan tidak merubah wajah adalah panduan yang diberikan dan sejujurnya ia sebuah pengalaman yang indah dapat merias keluarga diraja ini."

Rozlan Nassir, Jurusolek Profesional

Penataan tudung pula digayakan oleh hijab stylist popular, @nazlivingastyle . Tidak sempurna rasanya tanpa padanan kurung renda berona putih suci lagi indah hasil sentuhan magis Haute Couture By Rizalman bersama barang kemas set berlian bertatahkan batu permata hijau.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down