KraveBeauty tampil dengan revolusi produk bibir terkini yang mana ia memberi hasil penampilan yang lebih lembut, mungil dan hidrasi optimum dengan inti pati luar biasa. Ikut ELLE dalam sesi temu bual eksklusif bersama Liah Yoo, Pengasas kepada jenama kegemaran ramai ini.

1) Bolehkah anda kongsikan inspirasi di sebalik penciptaan Plumptuous Lip Jelly? Adakah terdapat kekosongan di pasaran yang ingin anda penuhi?
Plumptuous Lip Jelly tercipta daripada misi kami untuk menggantikan permintaan sedia ada dengan pilihan yang lebih lestari dan prihatin. Dengan penjagaan kulit, kami telah membina kemajuan yang signifikan dalam membuat saluran sumber yang lestari dengan memasukkan bahan-bahan yang boleh diperbaharui dan yang diubah suai, serta memastikan bahan utama kami diperoleh secara beretika. Apabila kami melihat ruang kosmetik warna, kami melihat peluang untuk menangani amalan sumber yang kurang baik yang sering digunakan pada produk shimmer dan pigmen, dan kami ingin melakukan sesuatu mengenainya.
Kami juga terinspirasi daripada kebangkitan lip oil sebagai alternatif pelembap kepada gloss bibir yang melekit dan mengeringkan. Walau bagaimanapun, kami perasan bahawa banyak lip oil di pasaran tidak memenuhi janji mereka. Sesetengahnya bergantung pada capsaicin atau bahan aktif yang menyengat untuk mencipta kesan "plumping" sementara merengsakan bibir, di mana ia sesuatu yang kami percaya tiada siapa pun patut alami demi kecantikan.
Sebaliknya, Plumptuous Lip Jelly direka untuk menyuburkan bibir dengan cara yang sihat, membantu menjadikan bibir kelihatan lebih penuh dari masa ke masa. Formula sepenuhnya berasaskan minyak ini dihasilkan dengan bahan yang meniru kulit yang berfungsi untuk mengisi rekahan, mengunci kelembapan dan memberikan lapisan nipis pigmen yang terang. Ia bukan sekadar tentang estetik, ia tentang memberikan penjagaan lestari dan menyuburkan yang mentakrifkan semula apa yang produk pemeri bentuk bibir boleh dan patut jadi.
2) Trend lip oil telah mendapat banyak perhatian kebelakangan ini. Bagaimana Liah Yoo memastikan produk anda menonjol dalam pasaran yang begitu kompetitif?
Tiga perkara yang kami pertaruhkan iaitu lip oil yang boleh diisi semula yang pertama di dunia, aplikator keluli tahan karat yang cukup unik serta formulasi lestari! Lip oil ini adalah produk yang biasanya digunakan dengan cepat, menyebabkan pembelian semula yang kerap dan pembaziran yang berlebihan. Kami mencipta lip oil boleh diisi semula yang pertama untuk menangani masalah ini, menawarkan penyelesaian yang lebih lestari yang sejajar dengan misi kami untuk mengurangkan kesan alam sekitar. Manakala aplikator kami bukan sahaja memberi fungsi, malah it’s a game changer. Ia memberikan sensasi penyejukan dan menenangkan semasa digunakan, lebih tahan lama dan lebih bersih berbanding aplikator tradisional. Akhir sekali, berbicara tentang formulanya, diperbuat daripada 55% bahan yang diubah suai dan 97% bahan daripada sumber yang boleh diperbaharui, menunjukkan komitmen kami terhadap kelestarian tanpa mengorbankan prestasi.
3) Lip oil terkenal dengan tekstur yang ringan dan keupayaannya untuk melembap. Bagaimana anda mencapai konsistensi yang tepat tanpa menjadikan produk terlalu berminyak atau terlalu cair?
Mencipta tekstur yang sempurna untuk Plumptuous Lip Jelly bermakna memastikan ia tidak hanya melembapkan dan tahan lama, tetapi juga tidak melekit sepenuhnya. Kami mahu produk ini terasa semula jadi dan selesa sebanyak mungkin, seperti kulit kedua untuk bibir anda.
Formula ini menggunakan minyak yang meniru kulit dengan molekul kecil yang melembapkan kulit bibir yang halus secara mendalam. Minyak-minyak ini mengisi garis halus dan mencipta penampilan yang licin dan penuh tanpa sebarang kesan melekit. Hasilnya adalah lapisan ringan yang sekata yang mengunci kelembapan dan memberikan kilauan cantik seperti kaca yang tidak pernah melekit atau berat.
4) Anda menyebut bahawa lip oil anda tidak mempunyai kesan kesemutan atau "pedih" yang sering dikaitkan dengan produk bibir untuk efek plumping. Bolehkah anda kongsikan bahan-bahan yang menyumbang kepada kesan plumping tanpa sensasi tersebut?
Berbeza dengan produk efek plumping tradisional yang bergantung pada bahan yang merengsakan untuk kesan sementara, Plumptuous Lip Jelly menggunakan pendekatan yang lembut dan disokong oleh Sains. Inti utamanya adalah 1% MaxiLip, kepekatan paling efektif bagi peptida yang telah dikaji secara klinikal ini, yang memperbaiki tekstur bibir dengan melicinkan, mengencangkan dan secara semula jadi meningkatkan isipadu sambil memberikan kelembapan yang mendalam. Dipadankan dengan Triolein, emolien inovatif yang diperoleh daripada produk sampingan minyak zaitun, MaxiLip menembusi lebih dalam ke dalam kulit bibir yang halus untuk hasil yang optimum. Triolein juga menstabilkan formula dengan menentang pengoksidaan, memastikan pengalaman plumping yang menyuburkan, selesa dan bebas daripada iritasi dari masa ke masa.
5) Bagaimana Liah Yoo mencadangkan para peminat kecantikan menggabungkan Plumptuous Lip Jelly ke dalam rutin kecantikan sedia ada mereka?
Plumptuous Lip Jelly adalah produk bibir versatil yang mudah disesuaikan dalam sebarang rutin kecantikan. Antara cara pilihan saya, ialah menyediakan ia sebagai lip prep sebelum solekan. Gunakan lapisan nipis sebagai langkah pertama dalam rutin kecantikan anda untuk melembapkan dan melicinkan bibir, mencipta asas yang sempurna untuk sebarang gincu atau warna bibir. Seterusnya, as a standalone look! Sapukan ia begitu sahaja untuk lapisan warna yang nipis dan kilauan sihat yang meningkatkan penampilan bibir semula jadi anda. Akhir sekali sebagai topper, lapiskan di atas gincu matte untuk menambahkan kilauan dan memberi efek plumping tanpa mengganggu warna di bawahnya.