Langgan

Eksklusif bersama Johnny Depp: “Saya Lelaki Berusia 2000 Tahun!”

Dalam mod introspektif, artis polimorf ini menceritakan segalanya dalam temu bual eksklusif bersama ELLE.
Oleh | TERJEMAHAN ELLE Malaysia
6 minit untuk membaca
Published: September 12, 2024
Foto: Jean-Baptiste Mondino untuk Christian Dior Parfums

Johnny Depp kembali menjadi tumpuan. Di sebalik kamera, dia telah mengarahkan filem keduanya, ‘Modi’, yang bakal ditayangkan musim luruh ini. Di hadapan kamera, dia masih mewakili ‘Sauvage’ untuk Christian Dior Parfums, dengan wangian terbaru ‘Eau Forte’. Di samping itu, dia melukis, menulis, bermain gitar, malah menyanyi.

Hampir menepati masa! Lebih kurang 15 minit lewat, Johnny Depp muncul di skrin Zoom. Beret berwarna hitam, hijau, kuning Jamaica terletak senget di kepalanya, berkaca mata kecil sedikit gelap, kemeja-T merah jambu di bawah kemeja kuning cair, di tangannya bersusun gelang, tali kulit serta cincin. Tidak syak lagi, memang dia.

Dia duduk di tengah-tengah sofa entah di pelusuk mana di bumi ini. Dia mengisytiharkan usianya, “Saya lelaki berusia 2000 tahun”, secara rasminya 61. Jika time travel itu wujud, dia mungkin akan melakukannya sambil mengaku, “Bila kita tahu betapa hebatnya zaman dahulu, saya tidak mahu hidup di zaman sekarang!”

Apa-apa pun, Depp berada dalam mood yang baik: “Saya katakan tadi bahawa anda adalah Editor Kecantikan, mereka sepatutnya menghantar Editor Tak Cantik!” [ketawa]. Ini permulaan yang baik. Sifat lawaknya yang aneh-aneh itu mengingatkan pada Jack Sparrow, yang mempunyai sebanyak 29 juta pengikut di IG semuanya sangat mengharapkan opus ke-enam ‘Pirates of the Caribbean’. “Touché coule”, kemungkinan besar!

Buat masa ini, hala tuju baharunya ialah sebagai pengarah filem. Dia baru sahaja menyelesaikan ‘Modi’ yang menjejak semula beberapa pengembaraan luar biasa pelukis Modigliani, dengan rakan-rakan Bohemian Parisnya. Tiba- tiba, legenda filem itu beku pada skrin saya, tetapi suaranya adalah trademarknya, lambat tuturnya, bunyinya dalam tapi mesra, sedikit garau dan tidak teratur.

Depp mempunyai banyak pengalaman serta pencapaian sepanjang kariernya dan filemografi. Daripada filem pertamanya, ‘Nightmare On Elm Street’ pada tahun 1984 hingga ‘Du Barry’ pada tahun 2023, pelakon itu telah membintangi 99 buah filem, selama empat dekad, termasuk beberapa ‘pawagam klasik’ seperti ‘Gilbert Grape’, ‘Ed Wood’, ‘Cry Baby’, ‘Donnie Brasco’, ‘Arizona Dream’ atau ‘Dead Man’... selain menyuntik watak Depp-esque di dalam dunia fantasi Tim Burton iaitu ‘Edward Scissorhands’, ‘Charlie and the Chocolate Factory’, ‘Alice In Wonderland’ dan ‘Sleepy Hollow’. Walaupun ia belum disahkan lagi, Depp mungkin akan muncul semula di skrin tidak lama lagi mencukupkan kepada 100 buah filem.

Foto: Jean-Baptiste Mondino untuk Christian Dior Parfums

Sebagai tambahan kepada kerjaya lakonannya yang prolifik, kini berjinak dalam penerbitan dan pembikinan filem, dia juga seorang pemain gitar dan penyanyi (muzik adalah cinta pertamanya) dengan kedua-dua kumpulan ‘The Hollywood Vampires’ (bersama Alice Cooper, Tommy Henriksen dan Joe Perry) serta mendiang rakannya, Jeff Beck. Baru-baru ini, dia mengejutkan dunia dengan mencipta ‘Friends and Heroes’, koleksi Seni Pop yang menggambarkan orang yang telah memberi inspirasi kepadanya, seperti Elizabeth Taylor, Keith Richards, Bob Dylan dan Al Pacino.

Hari ini, menobatkan kerjasama setia selama sepuluh tahun bersama Christian Dior Parfums, Depp telah menandatangani kontrak baharu dan agak unik dalam dunia wangian lelaki, sempena keupayaan untuk bertahan serta kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai. Jualan tidak pernah goyah. Diketuai oleh Francis Kurkdjian, pengeluar wangian tersohor, Depp menyertai revolusi olfaktori: aroma segar yang menampilkan formula berasaskan air bebas alkohol yang unik. Tinggalkan kekeringan padang pasir daripada iklan sebelumnya (untuk Eau de toilette dan Elixir), dan menyelam ke air terjun yang menakjubkan, di bawah arahan Jean-Baptiste Mondino.

Namun di hadapan saya yang memulakan bicara adalah seorang bapa, “Tahu atau tidak, melirik di hujung mata, saya melihat anak perempuan saya, Lily-Rose, di muka depan majalah baru-baru ini di ELLE. Ia akan sentiasa menjadi momen seperti, “Oh my God! Stop the car!” Dia sesuatu, dia deep. Anda lihat ke dalam kolam itu, matanya seperti kolam renang, sangat mirip dengan ibunya”.

ELLE: JEAN-BAPTISTE MONDINO MASIH BERADA DI BELAKANG KAMERA UNTUK DIOR TERBARU INI, ‘SAUVAGE EAU FORTE’. BAGAIMANAKAH KERJASAMA INI BERMULA?

J.D: Saya mengenali Jean-Baptiste kerana dia telah bekerja dengan Vanessa (Paradis) selama bertahun-tahun. Kami mula bercakap tentang sesuatu yang dipanggil Sauvage dengan Dior pada tahun 2015. Apabila saya bertemu dengan mereka, mereka mempunyai idea yang begitu hebat, ia tidak terasa seperti sekadar produk kepada saya. Filem-filem yang kami lakukan dengan Jean-Baptiste anehnya sesuatu yang boleh menjadi jauh lebih memuaskan daripada pawagam, di mana terdapat corak dan terdapat sejumlah matematik dan penjelasan yang terlibat, ia harus masuk akal pada kebanyakan masa. Saya berasa sangat bebas daripada apa-apa formula. Jadi, ia memberi saya peluang untuk mendekati sesuatu dengan cara yang sangat berbeza, pemikiran yang sangat ke hadapan, abstrak dan puitis, sesuatu yang jarang berlaku sekarang ini.

Foto: Jean-Baptiste Mondino untuk Christian Dior Parfums
ELLE: ‘SAUVAGE’ IALAH WANGIAN TERLARIS DI DUNIA, DI KALANGAN LELAKI DAN WANITA! DARI MANA AGAKNYA DATANG KEJAYAAN INI?

J.D: Wangian itu sendiri agak unik. Saya masih ingat duduk dengan the ‘nose’! Dia menghulurkan kepada saya benda batu ini, sangat berpasir dan keras, bentuk ambar yang paling tulen, tetapi dari mana asalnya sangat mengejutkan saya kerana ia adalah wangian bahan asal haiwan. Ia seperti siapa yang memutuskan untuk mengeluarkan siput daripada cangkangnya dan memakannya dahulu! Saya memakainya, bukan kerana terpaksa, tetapi kerana ia kompleks, elegan. Ia mengingatkan saya kepada era lain, membawa saya kembali ke Paris pada tahun 20-an!

ELLE: PARIS ADA TEMPAT KHAS DI HATI ANDA?

JD: Oh ya! Ia masih menakjubkan, budaya, orangnya, kualiti hidup, mereka bukan sekadar wujud, mereka mempunyai pendapat dan mereka tidak cuba merobek atau memaksa kita lakukan sesuatu. Ia adalah planet Paris yang sangat berbeza, malah Perancis sendiri. Satu bilion tahun yang lalu apabila saya mula-mula mengenalinya, saya masih muda, dan saya membaca buku Hemingway ‘A Moveable Feast’ yang menceritakan tentang kehidupannya di Paris pada tahun 20-an. Paris itu ada di dalam diri saya, ia memasuki seluruh diri saya. Agak ironi beberapa tahun kemudian, Paris menjadi bandar ajaib apabila Vanessa dan saya bertemu dan mempunyai anak pertama kami (Lily-Rose) dan itu adalah hari yang paling indah dalam hidup saya.

ELLE: PARIS IALAH LOKASI FILEM ANDA YANG AKAN DATANG, ‘MODI’ FILEM KEDUA ANDA SEBAGAI PENGARAH. APAKAH YANG MENARIK ANDA KEPADA KISAH MODIGLIANI?

J.D: Saya sememangnya sentiasa meminati Modigliani, tetapi juga dengan ramai pelukis, kerana saya berminat dengan manusia, dari mana dorongan itu datang, dari mana datangnya kreativiti, kerana ia bukan cita-cita, mereka tidak mula melukis kerana mereka akan menjadi kaya.

Johnny Depp
Foto: Jean-Baptiste Mondino untuk Christian Dior Parfums
ELLE: ADAKAH ‘MODI’ SEBUAH BIOPIK?

J.D: Tidak juga, hanya tiga hari dalam kehidupan Modigliani (lakonan Riccardo Scamarcio), menangkap siri peristiwa huru-hara di jalan-jalan dan bar di Paris semasa Perang Dunia Pertama bersama rakan-rakan Bohemia - Maurice Utrillo (lakonan Bruno Gouery), Chaim Soutine (Ryan McParland) dan Beatrice Hastings (Antonia Desplat) yang menjadi sumber ilham serta kekasihnya.

ELLE: MENGAPA AL PACINO DIPAPARKAN DALAM ‘MODI’?

J.D: Semasa kami melakukan ‘Donnie Brasco’ (1997) dengan AI, kami bercakap mengenainya ketika itu. Dia mahu mengarahkannya dan saya rasa kami bercakap tentang saya bermain Modi, tetapi ia tidak pernah berlaku. Kira-kira empat tahun yang lalu saya mendapat panggilan ini daripada AI [mula buat impresi Pacino] “Hei John, kamu ingat tentang Modigliani itu. Kamu patut mengarahkannya. Saya tahu kamu boleh melakukannya!” Dia hanya menyerahkannya, dan saya cukup bernasib baik untuk mengambil bahagian dalam membangunkan dan mengarahkannya.

ELLE: SELEPAS ‘BRAVE’ PADA TAHUN 1997, ‘MODI’ IALAH FILEM KEDUA ANDA SEBAGAI PENGARAH. ADAKAH PENGARAHAN MUDAH UNTUK ANDA?

J.D: Saya tidak tahu bahawa saya berfikir seperti seorang pengarah, tetapi saya suka memperhatikan orang, gelagat mereka. Ia lebih kepada pelakon yang mempercayai saya dan saya mempercayai pelakon sepenuhnya dan membiarkan mereka, jadi ia lebih kepada ‘menangkap ‘ bagi saya
daripada ‘mengarah’. Kita merakam di luar urutan, kita perlu memetakannya dalam fikiran, mengetahui di mana kita baru pergi dan ke mana kita akan pergi, dan perkara yang penting untuk ditetapkan pada masa itu. Ia hampir seperti menunggang gelombang muzik, filem itu sendiri mula memberitahu kita apa yang ia mahu jadi, ke mana ia mahu pergi.

ELLE: MODIGLIANI HAMPIR TIDAK PERNAH MELUKIS MATA. ADAKAH ANDA FIKIR IA KERANA MATA MENDEDAHKAN JIWA?

J.D: Saya harap saya tahu apa itu jiwa! Tetapi apa sahaja yang ada di belakang mata, pastinya jauh lebih penting daripada dialog. Di situlah kebenaran berada. Mujurlah ia tidak dapat dielakkan. Saya pernah melukis diri saya hanya dengan sebelah mata. Ini kerana, saya dapat tahu kemudian, saya dilahirkan tidak dapat melihat dari mata kiri saya, selain cahaya dan bentuk, jadi saya tidak pernah benar-benar melihat apa-apa secara normal [ketawa]. Kemudian saya pernah melukis gambar ibu saya, ketika dia berumur kira-kira 16 tahun, dan apabila sampai ke mata, walaupun saya melihat gambar itu, dalam kepala saya, saya masih melihat mata ibu saya. Jadi, dia tidak bermata. Saya tak boleh meniru mata yang saya kenali itu. Pasti ada sesuatu dalam arena yang sama untuk Modigliani, mungkin dia tidak mahu jiwa itu! Kadang- kadang Modigliani melukis mata, tetapi mereka adalah Modi-esque, ia adalah dalam [motif] tribal.

ELLE: TAHUN LEPAS, LUKISAN GAYA SENI POP ANDA, ‘FRIENDS AND HEROES 1’ DAN ‘2’ HABIS DIJUAL DALAM MASA BEBERAPA JAM SAHAJA. APAKAH YANG MENDORONG ANDA UNTUK MENDEDAHKAN KARYA SENI ANDA KEPADA UMUM SEKARANG?

J.D: Dari dulu lagi saya sudah melukis! Apabila orang-orang hebat di Pantheon datang
ke dalam hidup saya dan melihat semua lukisan saya hanya tersembunyi di dalam simpanan selama bertahun- tahun, saya kagum kerana mereka begitu teruja melihatnya serta mencadangkan untuk menjualnya. Saya sampai ke satu tahap selepas sangat terhad dalam tempoh itu, saya bersumpah kepada diri sendiri dalam keadaan apa pun saya tidak akan mengehadkan diri saya [sekali lagi], saya tidak akan mengehadkan orang lain. Mereka datang kepada saya pada masa yang tepat. Saya hanya membiarkan ia berlaku dan memberi peluang. Let’s roll the dice [ketawa]!

Kenali Haruman Dior Sauvage Eau Forte

Johnny Depp

Terinspirasi dan didorong oleh kuasa hamparan luas tanah perawan yang liar, Sauvage kini tampil menakluki sebuah wilayah baru, Sauvage Eau Forte. Haruman maskulin dicipta istimewa pakar haruman, Francis Kurkdjian, buat Dior ini adalah sebuah haruman komposisi lelaki pertama yang hadir dengan intipati berkepekatan tinggi menggunakan formula berasaskan air tanpa alkohol. Cukup eksklusif hanya dari Dior.

Mengambil idea daripada kekuatan simbolik, fizikal dan naratif air, haruman ini dicipta dengan adunan nota pedas, kayu-kayan juga kasturi, namun masih lagi memberi rasa segar dalam setiap semburannya. Sauvage Eau Forte ini telah menyatukan nota yang bertentangan, ibarat gambaran air terjun bergelora yang menghubungkan langit dan bumi.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down