Troy Ling sememangnya terkenal dengan reviu kecantikan yang jujur di media sosialnya, terutama sekali di laman TikTok. Setiap kali dia membuat ulasan produk penjagaan wajah, dia pastikan untuk berkongsi pendapatnya sebenar, tidak kira sama ada ia bagus atau tidak, agar pengikutnya boleh membuat pilihan bijak. Itulah yang buat ramai orang percaya dan terus mengikuti dia! Selain itu, solekan Troy sememangnya on point dan flawless! Tidak pelik kalau ramai yang suka tengok hasil solekannya, kerana setiap kali dia pasti tampil cukup cantik dan penuh kreativiti.
Rutin kecantikan yang anda amalkan sepanjang tahun 2024 dan anda rasakan itu adalah rutin terbaik sepanjang tahun ini...
Tahun 2024 ni, saya lebih fokus jaga kulit dan kesihatan. Saya pastikan ikut rutin penjagaan kulit, ambil suplemen dan buat benda yang dianggap kecil seperti cerahkan gigi atau buat kuku. Semua ini sebenarnya banyak bantu tingkatkan kesejahteraan dan buat saya lebih enjoy menikmati kehidupan. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga bagi saya peluang untuk reflect balik, fikirkan cabaran yang ada dan kerja saya.
Adakah anda jumpa akan produk, perkhidmatan atau alat kecantikan yang jadi game-changer buat anda tahun ini?
Saya baru jumpa serum yang betul-betul mengubah kulit saya. Dulu kulit saya mudah iritasi, berjerawat dan sensitif. Kakak saya bercuti ke Korea, nampak pula serum ini dan terus memborongnya. Nama serum ini ialah Aestura A-Cica 365 Blemish Calming Serum. Bagi saya, produk ini sangat underrated! Ia hilangkan jerawat dan dapat mengurangkan sensitiviti pada kulit saya.
Ada sebarang trend kecantikan yang memberi inspirasi kepada anda tahun ini?
Trend Asoka memang beri inspirasi pada saya. Content creators memang betul-betul cabar diri mereka dalam bab penghasilan video, kostum dan transformasi makeup. Saya rasa sangat menarik tengok bagaimana pelbagai kaum boleh bersatu dan sama-sama meraikan budaya India.
Solekan atau gaya apa yang buatkan Troy Ling rasa paling yakin sepanjang 2024?
Salah satu solekan kegemaran saya adalah untuk event YSL Beauty. Smoky eye dengan nude lip. Pada tahun 2024 ini, solekan berat atau bulu mata yang tebal tidak lagi trending. Sebenarnya solekan ini sebagai penghormatan kepada zaman muda saya, di mana saya lebih suka gaya yang bold dan dramatik.
Adakah terdapat buku, podcast atau artikel kecantikan yang memberi inspirasi dan mengubah perspektif anda tentang penjagaan diri tahun ini?
Sejak saya mula berkecimpung dalam dunia solekan, inspirasi terbesar saya adalah Jeffree Star dan Tati Westbrook. Mereka berdua banyak mengubah pandangan, pengetahuan dan pengalaman saya tentang industri kecantikan. Mereka bukan saja jujur, tetapi sangat straightforward. Itulah yang saya harap untuk terapkan dalam kandungan saya juga.
Apakah rutin penjagaan diri terpenting buat anda untuk tahun ini?
Sekarang saya lebih banyak duduk rumah dan berhenti minum. Saya rasa penjagaan diri tu bukan tentang nak buat hidup sempurna, tapi lebih kepada buang benda-benda negatif yang boleh beri kesan kepada kesejahteraan kita. Saya juga buat facial secara rutin dan memang seronok ambil masa untuk manjakan diri sendiri.
Apa momen yang buat Troy Ling rasa paling confident sepanjang 2024?
Tiada momen tertentu, tetapi secara umum saya ni seorang yang tegas. Saya biasanya tak ragu-ragu dengan apa yang saya nak atau apa yang saya nampak untuk diri saya. Kalau ada satu benda besar, mungkin masa saya mula membuat jenama makeup saya dari bawah. Ada banyak benda perlu uruskan, tapi harap-harap jenama itu boleh berjaya.