Langgan

Bual Cantik ELLE: Jerico Siew, Creative Colorist of The Year!

Jerico Siew, pemenang emas Creative Colorist of The Year di Global Creative Awards, berkongsi inspirasi dandanan rambutnya bersama ELLE!
2 minit untuk membaca
Published: December 6, 2024

Dengan pengalaman selama 22 tahun di dalam bidang dandanan rambut, Jerico Siew Thiam Kui, yang sememangnya pakar dalam menggabungkan seni dan teknologi dalam setiap hasil kreativitinya. Baru-baru ini dinamakan sebagai pemenang emas Creative Colorist of The Year di acara Global Creative Awards. ELLE mendapat liputan eksklusif temu bual bersama Jerico Siew dalam berkongsi tentang aspirasi dandanannya.

Jerico Siew

Jerico Siew juga merupakan Pengasas kepada Artist Hairdressing dan Artist Academy. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan ambassador Goldwell Malaysia. Dan kejayaan dalam meraih pengiktirafan ini sememangnya satu penghormatan besar buat industri dandanan rambut yang mengetengahkan kreativiti serta inovasi hari ini.

Apa yang memberi inspirasi kepada penampilan kemenangan anda untuk Anugerah Kreatif Global?

Sama ada dalam pemotongan, gaya atau warna, minimalisme dan futurisme adalah arah utama dalam karya ini. Seni bina Jepun menjadi rujukan untuk karya kreatif ini. Kami mencipta bentuk tajam (Spiky), yang kelihatan tegap tetapi terasa ringan, struktural tetapi lembut dan berani.
Untuk warna, saya memilih silver gray untuk penampilan futuristik. Sudah tentu, oren kegemaran saya menunjukkan daya hidup kreativiti. Cyan, ungu dan kuning membenarkan kreativiti tanpa had. Selain itu, saya juga menambah sedikit warna hitam untuk memberi efek gaya cyberpunk.

Apakah cabaran terbesar dalam mencipta gaya yang membuatkan anda memenangi anugerah ini dan bagaimana cara anda mengatasi cabaran itu?

Cabaran terbesar adalah pada peringkat awal konsep. Selain untuk memenangi anugerah emas negara ini, kami mahu pergi lebih jauh. Jadi, saya perlu mencipta bentuk yang inovatif dan kreatif. Oleh itu, saya dan rakan kongsi melakukan banyak penyelidikan, melihat trend masa depan dan beberapa bentuk seni bina. Akhirnya, kami memutuskan untuk menggunakan segi tiga sebagai bentuk utama buat gaya rambut ini. Sudah tentu, segi tiga memberikan karakter yang lebih kuat dan lebih individu.

Jerico Siew

Apakah trend yang anda lihat akan membentuk masa depan warna rambut dan gaya rambut?

Secara peribadi, saya rasa ia adalah futurisme, metaverse, techno-future, kilauan logam, pantulan yang mencipta estetika yang menggabungkan dunia maya dan realiti. Ini mungkin menjadi trend seterusnya.

Apakah pendekatan yang anda amalkan sewaktu sesi perundingan mencipta penampilan yang unik dan kreatif untuk pelanggan?

Pertama, saya akan tentukan sama ada gaya rambut ini sesuai atau tidak untuknya. Saya akan pertimbangkan kerjayanya, tabiat penjagaan rambut harian dan apakah keutamaan mereka. Kedua, saya akan lihat pada keperibadiannya. Adakah dia terbuka kepada perkara baru atau lebih konservatif? Jika dia lebih terbuka, maka kita boleh lebih berani dan kreatif.

Apa nasihat yang akan anda berikan kepada pereka rambut baru yang ingin mengembangkan sempadan kreativiti mereka?

Jangan hadkan diri anda. Tiada had untuk kreativiti. Perhatikan, eksperimen, berlatih dan anda akan temui gaya anda.

Apakah produk atau teknik kegemaran anda untuk mengekalkan warna rambut yang vibrant yang boleh diamalkan di rumah selain daripada kekal merawat di salon

GOLDWELL STYLESIGN HEAT STYLING SMOOTHING SERUM SPRAY serta SHAPING & FINISHING SPRAY! Saya cadangkan anda membeli satu produk ini jika anda gemar menggunakan curling iron. Kerana produk ini mampu bertahan pada suhu tinggi sehingga 230 darjah. Semburkan sebelum menggunakan curling iron atau meluruskan rambut dan langsung warna rambut anda tidak akan pudar dengan mudah.










Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down