Langgan

Bual Cantik ELLE: Dee Alimin Kongsi Rutin Cantik 2024

Ikuti temu bual eksklusif bersama Dee Alimin tentang rutin dan amalan kecantikannya sebagai penutup 2024
3 minit untuk membaca
Published: December 23, 2024

Gambar: @deealimin / instagram

Dee Alimin, atau lebih dikenali sebagai Dee, sering kali dilihat berkongsi tip kecantikan serta rutin penjagaan kulit wajah di platform TikTok. Dalam bual cantik kali ini, Dee berkongsi beauty recapnya untuk tahun 2024 serta perkongsian pengalaman dan pelajaran yang diperolehnya sepanjang tahun ini. Ia secara tidak langsung memberi impak besar pada rutin kecantikan dan kehidupannya.

Apakah rutin penjagaan diri terpenting buat anda untuk tahun ini?

Bagi saya, rutin pagi memang amat penting untuk set my mood. Saya mulakan dengan meditasi, membuat kopi, menikmati granola bowl dan luangkan masa bersama kucing saya. Selepas itu, saya akan terus mandi, oles skincare dan kemudian workout. Sudah hampir lapan hingga sembilan bulan saya amalkan rutin ini dan memang banyak memberi kesan positif pada mood saya.

Boleh kongsikan solekan atau stail peribadi apa yang membuatkan anda rasa paling yakin sepanjang 2024?

Gambar: @deealimin / instagram

Bagi saya, saya memang sukakan trend 'blush blindness'. Gabungan olesan pembayang pipi merah yang banyak, bibir pula tona pink natural dan kening teratur memang buat look itu lebih menarik. Ia telah menjadi signature look saya dan saya merasakan trend ini akan kekal kerana secara peribadi, trend ini buat saya rasa sangat yakin dan selesa.

Apakah produk, rawatan atau alat kecantikan yang menjadi game-changer untuk Dee Alimin tahun ini?

Lash lift dan brow lamination memang rutin kegemaran saya sekarang. Bagi saya, kening dan bulu mata sangat penting untuk membentuk wajah. Walaupun saya boleh keluar tanpa mengenakan sebarang mekap, saya pasti akan mengoles gel kening atau bulu mata supaya tampil lentik. Dengan kedua-dua rutin ini, saya kini boleh mengekalkan look 'no makeup' itu sepanjang masa, cuma rawatan ini memerlukan saya untuk touch-up setiap satu hingga satu setengah bulan. Biasanya saya akan buat di @itslashloft kerana mereka sangat pandai menyesuaikan kening ideal dengan bentuk wajah kita.

Boleh kongsikan, perkara baharu yang anda belajar tentang diri sendiri tahun ini?

Dee Alimin

Gambar: @deealimin / instagram

Saya mula perasan kulit saya akan bertindak balas mengikut cuaca dan suhu. Ini kerana sekarang saya lebih kerap travel. Ada produk penjagaan wajah yang sebelum ini saya pakai okey, tapi bila pergi tempat sejuk atau kering, ia tidak berfungsi seperti biasa. Sebagai beauty influencer, ia pengalaman menarik sebab saya boleh mencuba pelbagai produk baru dan kemudian melihat kesannya. Sebagai contoh, ada pelembab yang tidak serasi dengan kulit saya di Malaysia, tetapi apabila saya berada di Arab Saudi, ia tampil berkesan.

Apa kesilapan kecantikan yang anda belajar tahun ini dan tidak mahu ia diulang pada tahun hadapan?

Ini kesilapan yang saya selalu buat setiap tahun, iaitu mencuba produk yang sedang trending walaupun tahu ia tidak sesuai untuk kulit saya. Contohnya, ada bahan di dalam produk yang saya tahu tidak serasi kerana kulit sensitif, tetapi tetap hendak mencuba dek termakan kata orang, "Produk ni best!". Akhirnya, kulit saya menjadi bermasalah. Harapnya, tahun 2025, Dee Alimin akan menjadi lebih bijak!

Amalan kecantikan yang anda lakukan pada tahun 2024 dan membuatkan anda rasa diri anda di dalam keadaan terbaik?

Sheet mask. Saya mula cubanya sejak awal tahun ni dan berusaha untuk konsisten setiap hari. Memang tampak perbezaannya pada kulit. Kulit saya menjadi lebih gebu, anjal dan terhidrat, terasa macam baru lepas buat facial, namun tidak memerlukan belanja yang banyak.

Satu amalan kecantikan yang anda hendak mulakan atau mungkin perbaiki pada tahun 2025?

Dee Alimin

Gambar: @deealimin / instagram

Baru-baru ini saya mula menyedari yang saya lebih tertarik hendak bereksperimen ekstra dengan solekan. Mungkin bermain lebih dengan pemilihan warna, graphic liners dan macam-macam lagi. Saya rasa ini akan jadi versi yang lebih matang berbanding cara saya bersolek zaman dulu seperti di era 2016. Dulu, saya suka sangat solekan mata cut crease yang bold, tetapi sekarang, saya hendak tampil lebih sederhana dan balance. Saya teruja hendak melihat ke mana ia akan membawa saya.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down