Langgan

Adun Haruman Cara Khainina Khalil Pilihan ELLE

Buat si obsesi haruman, ini tip adunan haruman kegemaran daripada Khainina Khalil harus anda cuba!
2 minit untuk membaca
Published: August 27, 2024

Pempengaruh digital muda yang semakin dikenali ramai ini sememangnya sering mendapat perhatian di media sosial. Dia tampil sebagai trendsetter di dalam dunia kecantikan tanah air hari ini terutama sekali di kalangan anak muda. Sebut sahaja namanya, Khainina Khalil, pasti ramai yang mengenali wanita muda ini.

Khainina, berdarah campuran Melayu juga Pakistan ini memulakan kerjaya sebagai pempengaruh digital kecantikan dan kemudian mengembangkan minatnya dalam dunia fesyen. Sering dilihat menghadiri acara fesyen, gaya Khainina sememangnya mencuri tumpuan.

Petah berbicara (dapat dilihat menerusi video-videonya di TikTok!), Khainina selalu tampil berkongsi tip baik dalam berfesyen atau bersolek. Tidak cukup dengan itu, Khainina baru-baru ini melancarkan koleksi kolaborasi harumannya bersama Maison Materi dan seringkali sold out!

Buat yang tidak tahu, Khainina juga popular kerana sering berkongsi tip yang cukup efektif dan menjadi trending di kalangan pencinta haruman di Malaysia di mana dia gemar mengadun haruman daripada pelbagai jenama lalu menjadikan haruman hariannya.

Ayuh, kami kongsikan beberapa adunan haruman daripada Khainina Khalil yang boleh anda jadikan inspirasi sebagai haruman harian juga hari istimewa anda!

Ini Adunan Haruman Khainina Khalil Boleh Anda Cuba!

#1 Diptyque Ilio Face & Body Mist (Edisi Terhad), Ilio Hair Mist (Edisi Terhad), TAMBURINS Chamo EDP, Maison Margiela REPLICA Lazy Sunday Morning EDT, Kilian Roses On Eyes EDP, Burberry Snow Blossom EDP

#2 Penhaligon The World According To Arthur EDP, Penhaligon Liquid Love EDP, Massimo Dutti Coastal Cruise EDP, Maison Materi Iris Mystique EDP

#3 Rirana Parfume Oriental Orchid EDP, Amouage Reflection Woman EDP

Gambar: Instagram Khainina Khalil

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down