Langgan

7 Momen Cantik Anna Jobling Pilihan ELLE Sepanjang 2024

Sepanjang tahun ini, Anna Jobling sering berkesperimen dengan pelbagai gaya solekan. Yang mana menarik perhatian anda?
3 minit untuk membaca
Published: December 3, 2024

Setiap kali wanita ini membuat kemunculan di kaca televisyen atau juga media sosial, kecantikannya sering memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Anna Jobling kini giat aktif berlakon di negara jiran, Indonesia dan di dalam pada masa yang sama rancak membuat kemunculan di program hiburan tanah air. Dan di setiap penampilannya itu, Anna pasti tampil dengan gaya-gaya luar biasa baik dari segi busana yang digayanya mahupun solekan dan dandanan rambut pilihannya. Kudos to her glam squad!

Bersempena dengan penutupan tahun 2024 ini, ELLE ingin menyenaraikan beberapa gaya solekan yang pada kami amat menarik digayakan Anna Jobling. Mungkin ada sesetengah solekan belum pernah kami lihat dilakar pada kanvas wajah wanita ini, namun ia ditata dengan cukup cantik dan yang pasti 'kena' dengan wajah Anna. Buat anda yang ingin mencari inspirasi solekan 2025 buat yang ingin 'revamp' gaya dan look tahun baru, mungkin anda juga boleh mencedok solekan Anna Jobling ini!

7 Solekan Memukau Anna Jobling Tahun 2024!

#1 Solekan bibir ungu

Ungu atau violet, rona yang rare untuk digayakan baik buat solekan harian mahupun acara majlis, melainkan anda seorang yang fun dan ingin mencuba sesuatu yang luar biasa. Namun, melihat daripada gaya Anna Jobling yang menyarung gincu bibir rona ungun ini kemudian dipadankan dengan busana rona yang sama, membuatkan ungu juga mampu membuatkan gaya seseorang itu kelihatan anggun dan menawan.

Jurusolek, Gebriel Padan, bijak memadu rona ini dengan gaya rambut yang bersesuaian. Mata Anna disolek smoky rona tanah namun tidak keterlaluan dan membiarkan bibir menjadi fokus penampilan sewaktu acara Muzikal Lawak Superstar 4.

#2 Classic Finger Waves

Gaya rambut sleek dan chic finger waves ini amat popular di era 20-an. Anna Jobling menggayakannya sewaktu acara Dior memang pilihan yang tepat. Dia tampak cukup anggun dan classy dipadu pula dengan solekan klasik bibir merah dan garis mata panjang memukau sesiapa yang memandang. Tidak cukup dengan itu, rona kuku yang turut di oles rona merah ini sebenarnya membantu melengkapkan lagi keseluruhan look Anna.

#3 She's a Swiftie!

Boleh kami katakan, Anna memang gemar menggayakan gincu bibir merah. Sama seperti gayanya ke salah satu konsert jelajah artis kegemarannya, Taylor Swift. Mengikut tema, gaya Anna yang mengambil inspirasi daripada era 'The Tortured Poets Department' (salah sebuah album studio penyanyi Hollywood ini). Anna Jobling juga memilih untuk mengenakan solekan sama seperti idolanya. Cantik!

#4 Solekan koral mewah

Walaupun sering melihat Anna dengan solekan bold, Anna ini juga sebenarnya sering dilihat mengenakan solekan rona lembut seperti merah jambu dan koral. Seperti solekan ini Anna gayakan di karpet merah premier filemnya di Jakarta oleh hasil magis tangan jurusolek Indonesia, Arifin Mustofa. Solekan koral dan paduan mata rona tanah disesuaikan dengan gaya rambut sleek dan gulung lepas. Cukup glamor!

#5 Rona Noir

Anna Jobling

Sekali-sekala tampil lain daripada yang lain. Jarang melihat Anna menggayakan solekan mata rona hitam dengan efek basah. Matanya menjadi highlight pada malam itu, manakala bibir dibiar dengan olesan rona nude. Rambut juga dilepaskan dengan gaya sleek. Ini adalah antara momen cantik terbaik Anna Jobling pilihan ELLE untuk tahun ini. Solekan dan dandanan rambut sepenuhnya oleh Gebriel Padan sememangnya kena dengan busana dan keseluruhan penampilan wanita anggun ini pada acara program televisyen Mega Lawak Superstar 4.

#6 Foxy Eyes

Anna Jobling

Bak kata Fiqqi Abdullah, ini adalah solekan foxy eyes. Dipadankan pula dengan gaya rambut sweet ala Ariana Grande hasil dandanan penata gaya rambut, Lala. Solekan mata Anna Jobling sememangnya menarik perhatian ramai. Rona bronze yang sempurna dicalit sepadan bibir memberikan hasil yang cukup glamor dan menawan. Pipi pula dilayangkan pembayang rona lembut merah jambu memberikan keseimbangan pada raut wajah manis wanita ini.

#7 Anna Jobling Bak Puteri Salju

We love her eyes, nails and everything! Kontur yang tajam pada pipi dengan padanan bulu mata yang heavy memberikan sebuah hasil solekan yang bold dan memukau. Apabila sudah menyarung bulu mata yang tebal, Gebriel bijak menggunakan pembayang mata yang minimal untuk mengelakkan solekan Anna tampak tebal dan keterlaluan. Bibir pula dioles gincu rona koral dengan kemasan glos. LOVE!

Sumber gambar: Instagram

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down