Langgan

5 Jenama Kecantikan Milik Selebriti Hollywood Yang Berjaya Hingga ke Hari Ini

Jenama kecantikan selebriti Hollywood tidak terhad kepada haruman semata-mata. Produk kecantikan mereka semakin berjaya dan menjadi pilihan anak muda hari ini!
4 minit untuk membaca
Published: November 29, 2024

Kadang-kala industri kecantikan ini ada pasang surutnya, ada jenama yang berjaya ada juga yang merosot prestasinya, namun tidak buat selebriti Hollywood yang menjadi pilihan ELLE ini. Senantiasa tampil hebat dan menjadi bualan ramai pencinta kecantikan. Mungkin kerana formulasi produknya yang tinggi kualiti membuatkan semua setia menggunakan produk mereka.

Baru-baru ini Selena Gomez mencapai status jutawan pada tahun ini dan salah satu yang menjadi penyumbang kepada statusnya itu adalah jenama kecantikan miliknya, Rare Beauty. Dengan pencapaian luar biasa dicatatkan keuntungan satu bilion, Rare Beauty kini menjadi antara jenama kecantikan milik selebriti Hollywood yang paling berjaya setanding Fenty Beauty dan Kylie Cosmetics.

Berbicara tentang Kylie Cosmetics, Kylie Jenner, juga antara yang genius dalam membina empayar perniagaannya. Dinobatkan sebagai America's Self Made Women tahun 2024 oleh Forbes, kebijaksanaan wanita ini dalam melaksanakan perniagaan tidak dapat disangkal. Mungkin kerana keseluruhan keluarga sememangnya memiliki minda berniaga, setiap apa yang dilancarkan wanita ini, sering mendapat perhatian pencinta kecantikan seluruh dunia.

Ayuh dekati lebih dekat selebriti Hollywood bersama empayar kecantikannya yang menjadi kegilaan serta inspirasi ramai ini.

5 Selebriti Hollywood Yang Berjaya Dengan Jenama Kosmetik Sendiri

#1 Rihanna (Fenty Beauty)

Rihanna mencipta Fenty Beauty dengan satu niat "so that women everywhere would be included", lalu dia mencipta setiap produknya bersesuaian dengan setiap tona di dunia dan formula yang sesuai buat semua jenis kulit. Pernah dia berkongsi pada umum sebelum ini, "Mekap dicipta untuk kita semua bermain dengannya. Ia tidak seharusnya menjadi sebagai satu tekanan. It should never feel like a uniform. Ambil peluang, ambil risiko, berani untuk membuat atau mencuba sesuatu yang baharu."

Mencipta Fenty Beauty pada tahun 2017, ketika itu Rihanna masih berusia 29 tahun. Kini, jenama ini berkembang pesat, tahun ini sahaja Fenty Beauty sudah melebarkan sayapnya di Tanah Besar China. Jika diingat kembali, sewaktu pelancaran di bulan pertama jenama ini, Fenty Beauty mencatat keuntungan 72 juta melebihi keuntungan Kylie Cosmetics, Benefit, Urban Decay, KKW Beauty dan NYX ketika itu.

#2 Kylie Jenner (Kylie Cosmetics)

Selebriti Hollywood

"Saya mencipta Kylie Cosmetics untuk memberi peminat saya akses kepada produk solekan yang saya gemari dan menggunakan setiap hari untuk mencipta solekan saya. Sama ada saya disolek oleh glam team saya untuk sesi penggambaran atau bersolek sendiri di rumah, i love that makeup can make you feel confident and beautiful and i want to share that feeling with you guys."

The OG! Masih ingatkah lagi dengan kit pensel jenama ini, Kylie Lip Kit, yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu? Masih kekal utuh sehingga ke hari ini! Saya sendiri yakin dengan kualiti produk ini, tidak hairan jenama ini kekal berjaya. Pada tahun 2016, Kylie Cosmetics membina kempen kolaborasi pertama bersama kakaknya, Khloé Kardashian menerusi koleksi Koko x Kylie, mencapai kejayaan luar biasa setelah menghasilkan koleksi hujung tahun dengan mendapat keuntungan hampir 19 juta dalam masa 24 jam.

Tahun 2018, di usia 20 tahun, Kylie Jenner diumum sebagai America's Richest Self-Made Women daripada Forbes menjadikan dia wanita termuda yang disenaraikan. Memiliki nilai aset hampir 900 juta. Kemudian di tahun 2019, pada bulan September, Kylie melebarkan sayap perniagaannya daripada solekan ke produk penjagaan wajah serta haruman. Pada bulan November tahun yang sama, syarikat Coty membeli saham sebanyak 51 peratus daripada jenama ini. Perjanjian ini meletakkan syarikat itu pada penilaian sebanyak $1.2 bilion dan mendorong nilai bersih Kylie Jenner melebihi tanda $1 bilion.

#3 Selena Gomez (Rare Beauty)

Selebriti Hollywood

Rare Beauty jenama kecantikan ciptaan selebriti Hollywood juga penyanyi pop Selena Gomez yang mana namanya diambil inspirasi daripada album ketiganya berjudul Rare pada tahun 2020. Jenama ini dibina dengan misi untuk "memecahkan standard kesempurnaan yang tidak realistik" dengan mempromosikan inclusivity serta mengutamakan pendidikan inisiatif kesihatan mental.

Sehingga kini, nilai Rare Beauty sudah cecah melebihi US$2 bilion, dan menjadi antara jenama terbaik dan best seller di Sephora. Bermula dengan hanya menjual produk di Sephora, Amerika Utara. Kini, jenamanya sudah dilebarkan empayarnya sehingga Eropah, Asia juga negara Timur Tengah. Mungkin kerana jenama ini dihadiri dengan misinya yang tersendiri dalam mengutamakan kesedaran terhadap sesuatu isu membuatkan Rare Beauty sebagai sebuah jenama dengan pendekatan luar biasa.

#4 Hailey Bieber (Rhode)

Selebriti Hollywood

Jenama yang mencerminkan keinginan generasi muda zaman kini. Setiap produk yang dilancarkan hadir dengan kempen yang cukup fun dan membuatkan kita semua ingin mendapatkan setiap produk daripada wanita ini. Mungkin kerana, dia ialah Hailey Bieber, it-girl dan idola anak muda zaman ini. Rhode dilancarkan pada tahun 2022 kerana pengasasnya, Hailey adalah seorang yang sangat obses dengan penjagaan diri dan kulit wajah.

Dia yang sebenarnya seorang minimalist dalam mengambil pendekatan terhadap kecantikan membuatkan dirinya ingin mencipta rangkaian penjagaan wajah yang berkualiti tinggi namun mudah diakses oleh semua peminat kecantikan. Visinya sangat terang dan jelas, rangkaian produk yang diperkemas dan direka untuk tampil berkesan namun tidak rumit. Oleh kerana itu, produknya boleh diterima ramai. Hailey mencipta sesuatu yang tidak rumit dan memudahkan terutama sekali buat mereka yang beginner dalam dunia kecantikan.

#5 Priyanka Chopra (Anomaly Hair Care)

Sebuah label produk penjagaan rambut yang diasaskan oleh selebriti Hollywood kelahiran India, Priyanka Chopra, ini adalah antara label yang berjaya di persada industri kecantikan hari ini. Masih belum boleh di dapati di Malaysia ini dikatakan sebagai jenama kecantikan kedua terkaya dengan keuntungan $542.7 juta pada tahun 2023 selepas jenama Fenty Beauty oleh Rihanna.

Anomaly Hair Care ini dirasmikan pada tahun 2022 di mana peringkat pertama penjualan produk ini hanyalah bertempat di pasar raya Target di Amerika Syarikat, kini berada di beberapa lagi pasar raya dan platform popular yang lain seperti Walmart juga Amazon. Produk penjagaan rambut yang bebas kekejaman and segala bahan kimia yang berbahaya ini menjadi faktor utama mengapa jenama ini menjadi kegemaran ramai.

Pelakon ini pernah memberitahu ELLE US, "Saya memutuskan untuk melancarkan produk kecantikan, tetapi saya tidak tahu apa yang hendak saya buat sehinggalah saya menyedari apa jurang dalam pasaran. Anda telah melihat banyak produk penjagaan kulit yang mesra alam, bersih, vegan dan tidak diuji ke atas haiwan, tetapi anda tidak banyak melihat perkara yang sama dalam penjagaan rambut. Saya mahu produk yang superior, tanpa paraben dan sulfat, tetapi sangat bersih."

Gambar: Instagram

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down