Langgan

7 Syampu Terbaik Untuk Rambut Kerinting

Gunakan pilihan-pilihan ini untuk membersihkan rambut anda tanpa mengeringkannya.
2 minit untuk membaca
Published: August 22, 2024

Tidak semua orang gemar mencuci rambut secara kerap terutamanya buat mereka yang
mempunyai rambut kerinting. Jangan risau anda tidak keseorangan. Tetapi kami telah temui
beberapa syampu rambut terbaik khusus untuk perlu anda ambil untuk menyahkusutkan
rambut anda. 

Anda mungkin masih mahu kekal dengan syampu anda sekarang tanpa memberi peluang
kepada syampu baharu. Penggunaan  syampu cucian kering boleh menghilangkan
keseimbangan lembapan dan tekstur rambut anda hanya dengan satu cucian. Mencuci
rambut anda dengan betuk adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kulit kepala. 

Apa yang anda perlukan adalah mencari formula yang mengandungi bahan-bahan yang
mampu melembab seperti minyak dan madu kerana ia sangat penting untuk memastikan
rambut kerinting anda kekal sihat dan berada dalam keadaan baik. 

Pilihan syampu  terbaik untuk rambut kerinting 2024

1. Pilihan drugstore

Curl & Shine Coconut & Hibiscus Shampoo, SheaMoisture

Kelebihan: Murah, melembab

Kekurangan: Sesetengah orang mungkin tidak suka baunya


Bila berurusan dengan rambut kerinting, SheaMoisture tahu apa yang terbaik. Syampu tanpa sulfat dan silikon ini telah berjaya memikat ribusn penggunanya berkat formula ultra penghidratannya. Produk ini mudah dijumpai di mana-mana drugstore. Rambut anda akan terasa lebih lembut dan lembab selepas setiap cucian.

2. Untuk hasil terbaik seperti rawatan salun

Curl Manifesto Sulfate-Free Shampoo, Kérastase

Pros: Bebas sulfate

Cons: Agak mahal


Dua bahan kegemaran kami untuk kelembapan kulit dan rambut adalah madu manuka dan ceramide dan produk ini punya kedua-duanya. Duo dinamik ini mengelakkan rambut daripada menjadi kering, menghalang daripada rambut pecah, dan melebatkan rambut. Semuanya dalam satu botol. 

3. Untuk kulit kepala 

Beauty Baomint Moisturizing Shampoo, Adwoa

Kelebihan: Menenangkan

Kekurangan: Sesetengah mungkin tidak suka bau

Anda tidak mungkin dapat rambut yang cantik sekiranya kulit kepala bermasalah. Syampu ini menjadikan kulit kepala anda lebih sihat dengan bahan-bahan berkhasiat seperti jus daun gaharu yang melegakan kegatalan atau kulit kering. Selain itu syampu ini turut mengandungi formula melambab daripada minyak baobap. 

4. Untuk hidrasi

Curl Moisturizing Shampoo , Bumble and Bumble

Kelebihan: Tidak melucut

Kekurangan: Mahal

Hidrasi adalah kunci kepada semua tekstur rambut apatah lagi untuk jenis kerinting. Kandungan minyak dan mentega dalam formula syampu menyahkan kesan rambut kering. 

5. Untuk Anti Pecah

Curl Shampoo, Virtue

Kelebihan: Mengurangkan rambut pecah

Kekurangan: Mahal


Rambut rosak kadang kala sangat susah untuk dirawat sehingga menjadikan rambut kerinting menjadi kering, tidak bernafas terdedah kepada kerosakan laun. Virtue's Curl Shampoo menggunakan Alpha Keratin 60ku yang meniru keratin semula jadi rambut untuk membaiki kerosakan setiap kali anda menggunakannya.

6. Untuk kelembapan

Don't Despair, Repair! Super Moisture Shampoo, Briogeo

Kelebihan: Ringan

Kekurangan: Mahal

Tidak perlu lagi risau untuk pilih syampu untuk membersih atau melembab kerana syampu ini mempunyai kedua-dua formula. Diperkaya dengan vitamin B yang menghidrat rambut anda serta mencuci dari kulit kepala.

7. Untuk rambut kembang beralun

Be Curly Shampoo, Aveda

Kelebihan:  Memberi efek kembang beralun

Kekurangan: Tidak sesuai untuk rambut biasa tanpa masalah

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down