Langgan

10 Selebriti Rambut Pendek Di Met Gala 2025

Emma Chamberlain, Anok Yai atau mungkin Nicole Kidman, yang mana satu menjadi pilihan anda untuk mencuba gaya potongan rambut pendek terbaru dan lebih segar ini?
2 minit untuk membaca
Published: May 8, 2025

Emma Chamberlain, Anok Yai atau mungkin Nicole Kidman, yang mana satu menjadi pilihan anda untuk mencuba gaya potongan rambut pendek terbaru dan lebih segar ini?

Masih terasa kehangatan acara fesyen berprestij, Met Gala 2025, yang berlangsung kelmarin. Terutama buat saya yang menantikan penampilan solekan dan dandanan rambut daripada selebriti Hollywood yang melewati karpet biru acara ini.

Langsung tidak menghampakan! Ternyata, setiap yang menghadiri tampil dengan penampilan yang segar, kreatif serta tidak membosankan!

Hendak dijadikan cerita, Met Gala ini sudah menjadi sebuah acara yang bukan sekadar acara fesyen, ia adalah medan ekspresi seni, gaya dan keberanian dalam berpenampilan. Met Gala 2025 tidak terkecuali apabila melihat barisan selebriti tampil ekstra memukau bukan sahaja menerusi busana pelbagai gaya, lagilah apabila tahun ini bertemakan "Superfine: Tailoring Black Style", tetapi juga menerusi gaya rambut yang mencuri perhatian. Apakah salah satu trend paling menonjol tahun ini? Rambut pendek.

Anok Yai (Gambar: Instagram Met Gala Official)

Dari bob berstruktur hingga pixie cut yang edgy, selebriti yang hadir menunjukkan bahawa potongan rambut pendek ini bukan lagi sekadar gaya praktikal, tetapi telah menjadi sebuah simbol keyakinan dalam berketerampilan moden. Gaya ini bukan sahaja membuatkan seseorang itu tampak berani, tetapi juga mampu mencipta satu penampilan yang cukup segar.

Jika anda sedang mencari perubahan atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang lebih segar, inilah masanya untuk mengambil inspirasi dari karpet biru Met Gala tahun ini. Berbincanglah dengan pendandan rambut profesional tentang potongan yang sesuai dengan bentuk wajah dan tekstur rambut anda. Potongan bob berlapis, shag pendek, atau pixie bertekstur mungkin adalah permulaan kepada penampilan baru yang lebih yakin dan bergaya.

Selebriti Berambut Pendek di Met Gala 2025 Pilihan ELLE

1) Pamela Anderson

2) Zoe Saldaña

3) Nicole Kidman

4) Ciara

Gambar: Instagram Ciara

5) Angèle

Gambar: Instagram @angele-vl

6) Arya

7) Tyla

Gambar: Instagram @yusefhairnyc

8) Tessa Thompson

Gambar: Instagram @tessamaethompson

9) FKA Twigs

Gambar: Instagram @bfa

10) Emma Chamberlain

Gambar: Instagram Emma Chamberlain

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down