Dalam setiap langkah yang dia lalui meniti kedewasaan beriring pelajaran yang dibawa sebagai bekal meniti lintas waktu. Alicia Amin, tidak lagi menoleh ke belakang dan membuka hati dengan apa yang akan dilaluinya di masa mendatang. Hafizan Mohd berbual panjang mencari tahu prinsip dan perasaan primadona in the making ini.

Mungkin jika hidup ini bergantung pada ekspektasi orang terlalu banyak hal yang akan menjadi pendinding yang membatasi keinginan juga kemahuan. Tidak berjalan panjang mungkin juga boleh berhenti saat dipersoalkan itu dan ini. Alicia Amin menolak norma tersebut dengan menerajui sebuah prinsip yang dia pegang sejak dulu. Banyak keputusan besar dalam hidupnya dibuat pada fasa usia 20-an menjadi bukti wanita juga berhak untuk memilih jalan hidup mereka sendiri tanpa terikat kehendak situasi yang memaksa.
Semakin aktif dalam bidang lakonan, Alicia Amin komited dalam kerjayanya. Cukup mesra dalam berbual dan tidak kekok dalam menjawab soalan-soalan yang kadang saya sendiri gusar jika mengundang rasa kurang selesanya, namun Alicia cukup terbuka dalam menjawab setiap persoalan. Bermula dengan ceritera karier sebelum perlahan-lahan bersulam soalan peribadi - kesemuanya dijawab tanpa ada yang membatasi horizon pemikirannya.

ELLE: Mungkin kalau kita boleh start our conversation today, Alicia sedang sibuk dengan apa sekarang?
Alicia Amin: I tengah shoot filem dengan Remy Ishak. Not much that I can share now selain pengarahnya ialah Zahir Omar dan ditulis oleh June Tan. It’s still on-going, maybe by June this year akan habis penggambaran.
E: How excited are you about this project?
AA: Very excited sebab this is the first time I'm doing a full-on action movie. Sebelum ni I pernah buat action cuma this time lebih ekstrem sebab it’s a fighting kinda action story. Ada stunt yang I kena buat so since bulan Mac I memang dah start intensive training for this project.
E: Masa mula involved dalam bidang modelling adakah memang ada plan to slowly get involved dalam bidang lakonan atau ia jadi secara tak sengaja?
AA: Nak cakap I betul-betul plan untuk berlakon tu tak juga. Cuma masa sekolah dulu dekat Singapura I aktif berlakon teater cuma lepas balik ke Malaysia I realized dekat sini projek berlakon banyak dalam bahasa Malaysia. I masa tu tak berapa fasih and I tak berapa selesa sebab I pelat.

E: Susah ke masa tu untuk adapt dengan situasi sebegitu?
AA: Susah sebab dekat Malaysia bila you ada kekurangan, benda itu akan jadi bahan ejekan. So, you jadi macam tak nak bercakap sebab no one likes to encourage you to jadi better, they prefer to make fun of you. Malaysians can be so unforgiving sometimes. So masa tu I rasa maybe I tak perlu berlakon dekat sini and the next best thing is modelling.
E: But you managed to become an actress.
AA: Cerita dia selepas I habis Asia’s Next Top Model, I start dapat banyak tawaran berlakon but still I ada pelat tu and netizen started to notice and talk about it. But I find that through acting I boleh belajar dan berlatih untuk bercakap dengan betul. Bila ada skrip you boleh hafal each particular word and how it sounds. Intonation semua tu you boleh practice. So, what I do, setiap kali dapat projek baru dengan different character I akan tukar cara cakap mengikut kehendak skrip dan watak yang diberi pada I. Sebagai contoh masa I berlakon ‘Andai Tiada Dia’ untuk bawa watak Intan yang asalnya dibawa oleh Mimi Lana, I kena ikut cara Mimi bercakap masa dia jadi Intan. So, I guess that’s how I train myself.
E: So, how do you enjoy it so far?
AA: Oh, I love it sebab bagi I every character is different dan I rasa best sebab setakat sekarang semua orang yang I bekerjasama sangat terbuka untuk mencuba cara baru dalam bawa satu-satu karakter. I got so into it kadang-kadang jadi macam overthink sebab I nak deliver yang paling best that I can. Even kadang bukan watak utama pun tapi I fikir in a way berlakon jadi satu platform untuk I jadi orang lain and it’s fun.
E: Kalau daripada segi tawaran kerja, berlakon terutamanya. You ada kriteria atau you terbuka untuk mencuba?
AA: I terbuka any offer yang datang tapi I prefer to have an offer yang datang dengan skrip yang complete. Sebab kadang-kadang ada je offer yang datang dengan sinopsis je tapi benda tu dia jadi susah untuk I imagine. By saying this bukan bermaksud I tak ada faith dengan penulis, tapi I rasa better kalau ada skrip sebab kadang-kadang sinopsis best tapi bila dapat skrip karakter pula underdeveloped. So, I tak ada opportunity nak explore lebih dan bagi justice pada karakter. For me, it’s not about watak utama ke sampingan tapi lebih pada impak. Even if it’s a small character.

E: You ada masuk kelas lakonan?
AA: Bergantung masa dan bajet juga. Ada production yang akan sediakan acting coach so, I will definitely go sebab it’s good training for me untuk faham karakter dengan lebih baik.
E: Kita dah separuh tahun 2025, how do you see yourself?
AA: I’m 30 this year, I would say I've achieved a lot of things and I’m proud of myself. I am enjoying myself now sebab when I started dulu, bila you perempuan, dia naturally akan ada pressure yang you tak boleh tua. Kalau you dah tua meaning you dah tak boleh buat banyak benda. So you have to be successful at a very young age, you have to have kids when you are young, you know that kind of thinking. Tapi sekarang as I grow up actually tak semua benda tu betul. You can still be very successful at 30 or even older.
E: Maksudnya, you ada that insecurity to reach 30?
AA: Yes, I used to have this input yang bila you reach a certain age you dah tak boleh modelling, dah tak ada orang akan offer you. I was paranoid, masa umur I 27, 28 macam tu but things are different now. I think that 2020’s is so much forgiving than in 2010’s. Cara media letak wanita on the headline as well are much more wary now. More uplifting, diverse – not just age but body type, race, different background. So, I rasa now kita semua manage to survive at any age. Dah tak ada definisi bila you tua you tak ada peluang nak jadi model and bila dah start berlakon I see more opportunities sebab akan sentiasa ada karakter yang dibuat for every age group.
E: Do you feel more content now?
AA: I rasa in my life I am quite lucky to have done a lot of things already. So now, I’m not in a space that I buat satu-satu benda just because I nak buat tanpa plan. I kena weigh out what is a good or bad decision. Kalau orang tanya would I go overseas for modelling, obviously that was a dream for a while but not now. After Covid I think maybe not sebab I already built something here in Malaysia and I dah ada this kind of comfort. At the same time as you grow older you develop this kind of fear – fear of changing. Sebab bila you dah semakin dewasa banyak benda you kena fikir - commitment itu dan ini.
E: You ada long term plan atau you’re the kind yang go with the flow and open for whatever good opportunity that comes?
AA: I would say a little bit of both. Ada plan for business. I’m open for collaborative projects as well. I pernah buat satu benda by myself but I realized I work better in a team. I tahu expertise I and I tahu juga apa yang I tak pandai buat. So, daripada I pandai-pandai buat baik I bagi orang yang memang expert dalam bidang kerja tu. But yeah definitely akan ada something in the future. When the time is right I will definitely share the news.

E: Anyway macam mana seorang Alicia Amin itu membesar sebenarnya?
AA: My parents used to be very strict. Even kalau I nak main dengan kawan-kawan neighbourhood pun memang tak boleh. I memang kena do well in studies and bila I pindah KL I memang jadi nakal, nak try semua benda nak pergi semua tempat. Sebab my logic masa tu, I’ve already excelled in studies, a straight A’s student so it’s okay for me untuk nakal sebab my studies dah okey. So back story why I jadi model asalnya sebab I need money untuk lepak. Obviously, my parents tak support I’m doing modelling but bila dah lama-lama they see that I can live my own life and I earn my own money, then only they are okay. As long as they know what I do, where I go it’s okay for them.
But you know what ada satu hari tu, before I kena pergi Australia to study, I macam tengah cari duit nak keluar rumah then I found a file of a magazine and newspaper cutting yang my dad simpan. You know that time I rasa macam guilty sebab you initially nak steal your dad’s money and you found that file. From there I know yang they actually support what I’m doing. It surprised me in a way sebab I tahu I didn’t get support since day one I decided nak buat modelling. No allowance, no emotional support at all but lepas mereka nampak I can live my own life barulah they macam slowly dah tak bising and let me do my thing my way.
E: Okay now let’s talk about persepsi orang, especially bila dah masuk Malay market. Kita aware yang Alicia Amin seorang yang very opinionated and loud. Secara resam pula, if you are Malay, you can never be too loud or you akan dikecam. Does whatever yang orang bercakap tentang you reflect back to you?
AA: I rasa semua orang has an opinion. Cuma benda akan jadi lagi senang kalau you nak bagi your opinion if your identity orang tak nampak and you just comment. You know what I mean here, some fake accounts people create to just throw hate at you. After all apa yang I cakap itu adalah pandangan I dan orang luar juga ada pandangan sendiri. I rasa it’s just percanggahan pendapat sahaja. Hal ini sebenarnya pernah buat I sangat stress dulu. Tapi lama-lama I fikir, they don’t have to accept apa pun yang I cakap and that’s fine for me because I know I also don’t have to accept whatever they feel about me. I think people tak setuju dengan apa yang I buat sebab they think it’s not good for them. So, does it reflect on me? It reflects on them. For me, orang punya opinion is the least of my worries.
*Baca temu bual penuh menerusi edisi Jun 2025