Tarikh 1 Oktober 2024 menandakan hari yang paling bermakna buat ELLE Malaysia, apabila ia secara rasmi dilancarkan dalam sebuah acara penuh gilang-gemilang. Majlis ini berlangsung di The Exchange TRX, hasil kerjasama eksklusif bersama pusat beli-belah premium di ibu kota, menyatukan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup dalam suasana yang elegan. Acara ini dihadiri oleh nama-nama besar dalam industri, termasuk selebriti terkenal tanah air, ikon fesyen dan kecantikan, serta pelopor gaya hidup, bersama-sama menyaksikan detik momentus kelahiran semula ELLE Malaysia.
Acara ini, yang dihoskan oleh pengacara Hani Fadzil dan mengangkat tema Parisian Chic yang merujuk kepada asal usul jenama ELLE, menyaksikan para tetamu tampil memukau dalam busana glamor berona merah, hitam, dan putih.Yang pasti, everyone dressed up to the nines that night!
Majlis dibuka dengan ucapan alu-aluan daripada Editor-in-Chief ELLE Malaysia, Sarah Hani Jamil dan pengenalan kepada team editorial; Ardi Idewani (Pengarang Urusan), Iera Nadzlim (Pengarah Seni), Sri Azni, (Pengarah Digital), Amira Azman (Pengarah Kecantikan Bersekutu), Hafizan Mohd (Pengarang Horologi dan Rencana) serta Athirah Zahra (Penulis Fesyen).
Seterusnya, CEO Heart Media Group, Olivier Burlot, menyampaikan ucapan yang penuh makna, dengan berkata, “Ini adalah hari istimewa dalam sejarah Malaysia kerana kita kini mempunyai jenama antarabangsa yang memperjuangkan isu tempatan dalam bahasa lokal. Majalah buatan Malaysia untuk warga Malaysia!”
Turut memeriahkan majlis adalah His Excellency Axel Cruau, Duta Perancis ke Malaysia, yang hadir untuk merasmikan acara. Dalam ucapannya, beliau berkata, “Betapa menariknya dialog yang bakal terjalin di setiap helaian majalah ini tentang kemodenan, keberanian, serta semangat keperibadian – dengan intipati avant-garde yang telah menjadikan majalah ini berjaya di Perancis dan di seluruh dunia!”
Acara kemuncak pada malam itu adalah sesi pendedahan kulit muka depan bagi isu kedua ELLE Malaysia, yang menampilkan Pop Queen dari seberang, Dato' Sri Rossa sebagai wajah eksklusif edisi Oktober 2024. Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada Rossa, diikuti oleh nyanyian memukau Aisha Retno, serta kejutan istimewa berupa duet hebat dari Ara Johari.
Majlis pelancaran tidak terhenti di situ sahaja. Pelakon Sweet Qismina diumumkan sebagai pemenang Best Dressed, menambahkan kemeriahan malam yang penuh bersejarah ini. Para tetamu juga berpeluang merakam gaya mereka di ELLE Glambot sambil meneroka pelbagai booth menarik di sekitar acara. Mereka dapat menyegarkan diri dengan sentuhan solekan di ruang YSL, menikmati suasana cosy di ELLE Home, dan menangkap gambar OOTD bersama kereta Lexus serta skuter ranggi Vespa. MERIAH by Serai Group menyempurnakan malam pelancaran ini dengan hidangan kanape serta minuman untuk semua tetamu yang diundang. Melanjutkan malam gilang-gemilang ini, acara after party turut diadakan dan dianjurkan oleh Union Bistrot, yang diserikan oleh DJ Irama. Usai acara, tetamu-tetamu yang diundang juga membawa pulang doorgift tajaan daripada Laura Mercier, La Prairie, Huda Beauty dan Elizabeth Arden. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang menjadikan malam itu begitu berjayaTerima kasih atas sokongan dan kerjasama yang menjadikan malam itu begitu berjaya!