
Pesonanya sebagai pelakon dan pengacara diperakui dengan satu attitude kerja yang begitu dihormati. Amelia Henderson tidak di lapangan ini hanya untuk sekadar selesa dengan apa yang diatur buatnya. Ada keinginan yang diusahakan sebagai satu pembuktian akan ilham yang berterusan untuk sebuah kelangsungan kerjaya yang lestari.
Menerusi ATHQ Media, 'Studio Sembang' menjadi medan Amelia mengemudi satu pemikiran serta fokus yang mahu dia kongsi bersama pengikutnya. Tahun ini seperti satu perjalanan yang mudah baginya untuk dikemudi dengan penuh pasti. Bebas dalam merangka kerjaya yang tanpa batas kreativiti, Amelia Henderson hari ini menjadi mata tumpuan ramai orang akan kemampuannya.
Percaya pada apa yang dilaluinya hari ini adalah atas kerja keras dan minat mendalam yang ada, Amelia Henderson pada usia 29 tahun mencipta sesuatu yang mahu dia banggakan dalam satu upaya kerjaya yang memiliki naratif yang tersendiri. ELLE melewati sebuah lakaran hidup penuh pasti Amelia Henderson.

Amelia menggayakan kemeja, baju panas, seluar pendek, anting-anting, kasut dan beg tangan kesemuanya daripada Marc Jacobs.
ELLE: Sedang sibuk dengan apa sekarang?
Amelia Henderson: I baru je habis dengan episod baru 'Studio Sembang' and at the same time, tengah dalam proses latihan filem terbaru. Filem aksi yang belum boleh diberitahu lagi judulnya. Selain itu, I banyak filem tahun ini yang akan masuk tayangan tahun depan antaranya 'Keluang Man' dan 'Blood Brothers' sebuah filem arahan Shafik Yusoff.
E: Kurang lebih dua tahun sudah Amelia menerbitkan 'Studio Sembang', apa yang membuatkan you nak start the podcast?
AH: Dalam bidang hiburan ada dua cara yang you boleh express. One is you be the executor of someone else's creative vision and another one, you sendiri yang create your own creative vision. I bagi contoh: kalau penyanyi you ada flexibility untuk mencipta. Sebab mereka keluarkan produk sendiri, which is the song. Jadi mereka mencipta naratif sendiri sebagai penyanyi dan pemuzik. Bagi pelakon atau pengacara – semua peluang yang datang adalah untuk you merealisasikan visi kreatif orang lain. I don’t create the narrative. Jadi disebabkan itu podcast ini menjadi medan untuk I perkenalkan personaliti I dan juga kawan-kawan dalam industri yang I jemput as a guest of the program. This is the platform where I create my own narrative.
E: Ada any expectation masa mula-mula start dulu?
AH: Tak ada langsung sebabnya memang tak ada masa nak fikir pasal semua tu. Macam buat je tapi fikir kemudian. Tapi I rasa 'Studio Sembang' ini bertahan kerana I minat hosting itu satu dan satu lagi sebab saya suka dengar cerita orang. So pabila dapat buat this podcast ia jadi satu platform untuk I belajar juga daripada kawan-kawan yang I jemput untuk berkongsi cerita.
E: Ada any rujukan masa you start the podcast?
AH: There is no reference sebab I just want to do a better interview daripada apa yang pernah I lalui sebelum ini. Maksudnya macam ni, I’ve been doing a lot of interviews daripada different great people sebelum ni dan tak kurang juga temubual yang I dipancing untuk keluarkan statement yang kontroversi. Tapi I faham semua tu, that’s how the media roll. Tapi I have this thinking how kita nak buat benda ni dengan lebih tanggungjawab dan beretika.

Amelia menggayakan baju panas, seluar pendek, anting-anting, gelang tangan dan beg tangan kesemuanya daripada Marc Jacobs.
E: So, in a way you nak beritahu orang how to do the interview properly?
AH: I believe it’s important untuk bagi peluang to people tell their own story. Kadang-kadang it’s not that mereka tak nak share the story cuma tak mahu cerita mereka disalahtafsir atau dimanipulasi dengan maksud yang lain. Jadi dalam podcast apa yang keluar itu adalah cerita sebenar yang mereka mahu kongsikan. Daripada sini you can get an interesting story to share dengan orang ramai.
E: You always start your conversation dengan soalan tentang childhood. Itu cara you warm up atau ada sebab lain?
AH: Of course there’s a reason. It’s not just a warm-up question. I rasa bertuah sepanjang buat 'Studio Sembang' I dapat interview ramai individu yang sangat berjaya. Jadi peluang yang ada I gunakan untuk memahami what is the mindset that they were in as a child yang membuatkan mereka berkembang atau bertahan sampai sekarang. Saya percaya ada satu connection zaman kecil setiap orang dengan kejayaan yang mereka kecapi hari ini.
E: Apa yang paling sukar dalam proses menyiapkan 'Studio Sembang'?
AH: Jadual. Sebab nak susun jadual yang kena dengan masa I dengan masa kawan-kawan yang I nak interview itu yang susah. Termasuk team produksi juga. Sebab tu planning sangat penting dan scheduling is the most difficult aspect.
E: Saya percaya you get involved dalam merangka soalan juga?
AH: Yes of course, it’s super important for me because kalau bukan I yang kena go through the process lebih baik I bagi my script writer yang jadi host. Normally apa yang I buat adalah my team akan kumpulkan semua informasi dan kebiasaannya informasi dalam bentuk timeline personality yang akan menjadi tetamu and from there I akan kaji balik apa yang boleh I tanya. Tapi kadang-kadang dah start recording tu dia akan jadi lain juga daripada apa yang kita rancang. Jadi flexibility penting juga sebab I rasa as a guest they are supposed to shape the conversation dan kita as a host harus follow the conversation.
E: Ini mungkin soalan yang sukar untuk Amelia jawab but which episode yang paling personal for you?
AH: Oh, I cannot answer that. I rasa setiap episod ada tanggungjawabnya yang tersendiri. We are telling people’s stories kan jadi setiap episod I anggap penting dan sangat personal. Semua ada cerita masing-masing yang penting untuk I jadi lebih peka dan ambil tahu.
E: Berapa lama lagi you see yourself doing this?
AH: I would say selama ada yang mahu berkongsi cerita dan selagi ada yang masih mahu mendengar I akan teruskan program ini.
E: Sebagai seseorang yang sudah melibatkan diri dalam bidang hiburan sejak kecil, pernah ada cita-cita lain atau mencuba sesuatu yang di luar bidang showbiz?
AH: Saya pernah menjadi seorang penari profesional dan pernah mewakili Malaysia juga untuk pertandingan. Masa tu mungkin pada usia 14 sehingga 18 tahun macam tu. Tapi cabarannya kalau you nak berkembang secara profesional dalam bidang ini you kena ke luar negara. Pada masa yang sama juga I rasa hiburan part of my childhood dream jadi I memilih untuk kembali ke dalam bidang ini.
E: Macam mana Amelia cari keseimbangan antara lakonan dan pengacaraan?
AH: Tak susah sangat sebab kedua-dua cabang kerja ini berkait rapat dan melengkapi satu sama lain. Ada banyak skil dalam kedua-dua bidang ini yang mampu saya guna pakai pada masa yang sama. Skil mendengar, skil bercakap antaranya yang sangat berguna untuk saya adaptasikan dalam kedua-dua bidang.
E: Amelia pernah plan untuk menjadi penyanyi juga?
AH: It’s a dream juga sebenarnya. Sebab masa muda dulu I banyak buat teater yang tidak hanya menuntut I untuk berlakon tetapi menari juga menyanyi. I bukanlah powerhouse singer tapi I suka muzik dan kalau boleh lagu yang I nak keluarkan hasilnya kena betul-betul sehabis baik yang I boleh buat. Cuma disebabkan faktor masa I belum boleh fokus untuk lakukan sebab kalau nak start this music project I mungkin kena take a pause berlakon atau hosting. I tak nak buat sesuatu yang ala kadar sahaja.
E: Kalau bercakap pasal muzik, jenis muzik macam mana yang Amelia suka?
AH: I suka Rap. Mungkin ada yang pernah ingat I post a video dekat TikTok that I rap in it and went viral. Ramai yang minta I keluarkan lagu masa tu tapi bila I fikir balik takkan I nak keluarkan lagu baru just because of one video yang viral dekat media sosial kan. Nanti I jadi one hit wonder je dan I tak nak jadi macam tu. I akan buat satu-satu kerja itu untuk satu jangka masa yang panjang bukan sekadar bermusim.
E: Sebagai manusia biasa saya pasti Amelia ada masa yang emosinya turun dan naik tapi yang kita lihat seringnya hal-hal kerjaya yang dijalani penuh selesa. Jarang sebenarnya untuk kita melihat emosi yang lain daripada Amelia. Adakah itu yang Amelia mahu lakarkan pada peminat?
AH: Walaupun I muda tapi I bermula pada zaman yang tiada pendedahan media sosial. Jadi I membesar dalam industri dengan pemikiran I adalah seorang entertainer dan my responsibility adalah to entertain and menyebarkan sesuatu yang positif. I faham cara generasi hari ini mencuri perhatian adalah dengan berkongsi cerita emosi, struggle dan tak salah pun benda tu. Cuma I percaya I ada cara yang tersendiri tanpa perlu fokus pada apa yang datang atau terjadi pada diri I tetapi macam mana cara I handle situasi yang datang itu lebih penting.
E: Di usia dan kehidupan sekarang ini, pressure bagaimana seorang Amelia Henderson hadapi? Atau tiada.
AH: Bukanlah nak kata tak ada pressure tapi I believe it is back to how I handle it. Most of the pressure yang I hadapi sekarang ni pun kebanyakannya datang daripada diri sendiri je. Sebagai seorang yang dewasa I rasa ia semua bergantung macam mana untuk handle benda-benda yang datang dalam hidup you sendiri. Kalau you tahu macam mana nak handle diri you sendiri I percaya semua benda pun takkan jadi satu masalah atau beban.
E: Saya pasti Amelia jelas dengan apa yang Amelia mahu dalam hidup. Tapi adakah you jelas dengan benda yang you tak mahu dalam hidup?
AH: Of course. I would say I seorang yang super decisive. I tahu apa yang I nak dan I tahu apa yang I tak nak dalam life. I tak rasa kita boleh capai apa-apa kalau kita sendiri tak tahu apa yang kita nak dan apa yang kita tak nak dalam hidup.
E: Tapi dalam life selalunya banyak juga situasi yang mana benda yang kita tak nak tu datang. How do you handle it?
AH: Confront and don’t avoid things. I rasa penting sebab kita hidup sekali dan kalau kita sendiri yang tak hadapi benda tu ia ibarat kita membiarkan orang lain yang mengaturkan hidup kita. I believe ini juga proses untuk menjadi kita lebih matang as a human. Pada masa yang sama I percaya kalau sesuatu yang sudah ditakdirkan untuk you itu adalah sesuatu yang you perlu terima. Baik buruknya itu mungkin you takkan nampak sekarang tapi mungkin di masa akan datang.
E: Apa yang mematangkan seorang Amelia Henderson hari ini?
AH: Pengalaman dan kesilapan yang pernah I buat. Itu hal yang mematangkan I dalam berfikir dan membuat keputusan hari ini. Semua benda yang jadi adalah pelajaran and I believe that is how we grow sebagai seorang manusia.
E: Apa lagi yang masih belum Amelia capai atau belum ada kesempatan untuk melakukan?
AH: I ada beberapa bucket list antaranya skydiving, nak tengok northern lights dan sangat teringin ke safari di Serengeti National Park.
E: Sudah hampir ke penghujung 2024. Perjalanan tahun ini jika boleh Amelia ungkapkan?
AH: Satu perjalanan yang membuatkan I grow. Semacam roller coaster juga – ada ups and downs tapi pada masa yang sama I belajar banyak cara terbaik untuk rasa selesa dengan apa yang terjadi di luar kawalan I sekalipun.
Perjalanan panjang yang disusun bintang yang satu ini beriring langkah yang semakin pasti aturannya. Tidak lagi mahu menoleh kebelakang atau bergantung harap pada tuah semata, Amelia Henderson hari ini bergerak dalam radar kreatif yang sebebasnya.
Empayar yang sedang dibina hari ini akan menjadi satu kelangsungan yang panjang untuk dia bernadi terus dalam bidang showbiz tempatan. Yang pastinya, akan lebih banyak lagi pengisian dan pemikiran dikendong dengan caranya yang pasti mampu memberi lebih inspirasi pada generasi mendatang.