PENATA GAYA OLEH GISELA GABRIELLA; GAUN & TAS TANGAN DARI TORY BURCH; SOLEKAN OLEH ARCHAANGELA CHELSEA; DANDANAN OLEH XAVIER VELASQUEZ
Dalam landskap industri hiburan yang tak pernah berhenti bergerak, bintang tumbuh bak cendawan dengan pelbagai skill dan bakat untuk ditawarkan. Di antaranya ialah Cinta Laura Kiehl yang merintis perjalanan kariernya melampaui batas ekspektasi dan memikat audience dengan bakat multifaset, dunia muzik, dan advokasi sebagai duta anti-keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.
Kini, Cinta Laura juga digelar entrepreneur yang mempunyai perniagaannya sendiri — di mana misi kemanusiaan tetap menjadi fokus utamanya. Cinta Laura yang baru sahaja pulang dari New York Fashion Week 2024 untuk menghadiri persembahan Tory Burch koleksi Luruh/Sejuk 2024, sempat berkongsi dengan ELLE tentang pelancaran Rumah Sraddha Semesta yang merupakan hub kreatif untuk generasi muda yang terletak di Jakarta Selatan.
Top, celana kargo motif kucing, tali pinggang perincian stud, bucket bag T Monogram Contrast Embossed mini, subang mutiara Kira, dan sepatu slingback semuanya dari Tory Burch.
Tahniah! Tujuh belas tahun aktif berkecimpung di industri hiburan dengan resume yang cukup positif dan masih memperjuangkan hak kemanusiaan bukanlah hal mudah.
“Thank you! Ya, kami baru sahaja meraikan ulang tahun ke-17 saya dalam industri hiburan pada 7 Februari yang lalu," seloroh Cinta Laura.
Tujuh belas tahun bukanlah tempoh yang pendek. Adakah anda berasakan semuanya menjadi lebih mudah? Atau anda mempunyai keinginan untuk slowing down?
“Saya seorang yang competitive dan kerja keras. Saya selalu akan menyibukkan diri dengan perkara baru. Saya tidak dapat mengatakan perjalanan saya dalam industri seni menjadi lebih mudah, kerana saya tidak mudah untuk settle down dan sentiasa mahu untuk memberi dengan lebih. Namun saya juga sedar bahawa di dunia ini tiada yang permanent —segalanya bersifat sementara. Akan ada masa ianya smooth dan akan ada masa ianya complicated juga. Menyambut tahun-tahun mendatang, saya yakin dengan kerja keras seperti yang sering saya lakukan sekarangd—meski mungkin saya tidak sentiasa berada di atas. Persoalannya apakah ia akan jadi lebih mudah untuk berkarya? Absolutely not. Ditambah lagi dengan perkembangan teknologi yang bergerak laju, dimana ia akan memaksa kita semua untuk adaptasi untuk terus bertahan agar kekal relevan. Lebih-lebih lagi dengan attention span generasi muda sekarang yang semakin singkat, menjadikan ia agak sulit untuk menangkap minat mereka untuk fokus dalam waktu lama. Disebabkan itulah saya mesti mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi."
Gaun tulle, beg tote TB Monogram Contrast Embossed, anting-anting Kira Pavé Pearl, gelang Miller Stud Hinge, sepatu kitten heel Cut-Out kesemuanya dari Tory Burch.
Bicara soal perkembangan teknologi, bagaimana era digital mempengaruhi anda sebagai seorang seniman?
“Menariknya generasi saya sangat addicted to technology—terutama sekali media sosial. Peranan media sosial sangat penting untuk menguatkan branding dan menyebarkan awareness dengan lebih luas dan cepat. Tapi di sisi lain pula, media sosial juga melelahkan bagi saya. Saya tidak dapat berkongsi kehidupan peribadi atau post selfie setiap saat. Bahkan saya masih berkonflik dengan diri sendiri tentang seberapa jauh saya boleh berkongsi content ataupun share tentang diri sendiri, kerana sejujurnya, gen Z adalah generasi yang sangat mengidolakan figura yang relatable. Namun bagaimana cara untuk menjadi relatable? Yakni dengan menunjukkan sisi vulnerable diri kita. Jadi saya sedang mencari titik tengah—a healthy balance—untuk melakukan hal tersebut: Kongsi tentang diri sendiri tapi masih mempunyai privasi.”
Gaun linen, tas tangan Kira Diamond Quilt Mini, anting-anting, rantai dan gelang dari koleksi Kira Clover, sepatu slingback Pierce kesemuanya dari Tory Burch.
Tetapi anda memulai karier di usia yang sangat muda, iaitu usia 12 tahun. Adakah anda berasakan terdapat perbezaan visi antara generasi dalam skala tertentu?
“Sepanjang 17 tahun perjalanan karier saya, saya dapat melihat dan merasakan dua dunia generasi yang cukup berbeza: dahulu dunia hanya tertumpu pada televisyen dan media cetak, dan dunia yang kini sangat bergantung kepada teknologi. If I could have it my way, I prefer the old way. Kerana zaman dulu hanya ada satu narasi dari sebuah berita, dan tidak mempunyai begitu banyak versi pemberitaan yang lain. Namun kenyataannya, perubahan zaman mendorong generasi mana-mana pun untuk terus beradaptasi. And whoever adapt the fastest, will survive."
Gaun jersey, tas Kira Diamond Quilt Mini, anting-anting, rantai dan gelang dari koleksi Kira Clover, sepatu slingback Pierced kesemuanya dari Tory Burch.
With that being said, bagaimana cara anda menerapkan visi misi dan kerja keras dalam proses entrepreneurial anda?
“Cinta Paras Semesta (CPS) adalah sebuah holding company yang saya bangunkan sejak 2021. Pada tahun 2023, saya benar-benar fokus untuk membuat CPS semakin teguh. Di bawah payung CPS ada Revolicons yang bergerak di bidang talent management; Puella, media platform saya; Lvcid Studio yang merupakan post-production house; ABSTRKT yaitu music management; Eighteen Coffee adalah F&B franchise; dan Rumah Sraddha Semesta is where you are right now, our creative hub. Kesemua ini adalah tempat bagi anak muda untuk memperkuat suara mereka di industri kreatif—selain Eighteen Coffee yang bertujuan untuk membuka lapangan kerja di luar Jakarta, menyajikan nilai-nilai ibu kota ke second cities di Indonesia. Kebanyakkan content sekarang yang hanya memilih untuk viral dan margin tinggi tanpa mementingkan kualiti. Saya berharap dengan mendirikan perusahan-perusahaan ini, saya dapat menyumbang dalam menaikkan kualiti karya seni Indonesia dengan mengelevasi keterampilan sumber daya manusia terutama para generasi muda. Ini kerana saya memiliki sisi filantropi yang kuat, setiap perusahaan saya dirikan dengan misi kemanusiaan. Dan semua ini tidak akan terjadi tanpa keras keras dan kegigihan.”
Top, celana kargo motif kucing, tali pinggang perincian stud, bucket bag T Monogram Contrast Embossed mini, subang mutiara Kira kesemuanya dari Tory Burch.
Bagaimana tahun 2024 setakat ini buat anda?
“Setakat ini sangat baik. Fokus utama saya tahun ini adalah memperbanyakan teman rapat. Selama ini saya seorang hermit; I’m always by myself. Yang hanya saya lakukan adalah kerja dan tidur. Jarang mempunyai social life. Ya, saya ada ramai kenalan, tapi teman rapat saya hanyalah satu atau dua orang sahaja. Jadi tahun ini, saya ingin menunjukkan sisi saya yang lebih sosial dan mahu mengenali orang-orang baru.
TEKS OLEH SANTI ZULBACHRI/ELLE INDONESIA
FOTOGRAFI OLEH GLADYS NG