Langgan

Azira Shafinaz: A Star in Bloom

Bakat lakonannya semakin diperakui dengan penghargaan peringkat Asia yang diterima, Azira Shafinaz bintang yang sedang mekar.
4 minit untuk membaca
Published: January 31, 2025
Temubual: Hafizan Mohd Penyelaras: Sarah Hani Jamil Arahan Seni: Mahirah Nadzlim Gambar: Edmund Lee dibantu Muhammad Haziq Penata gaya: Ardi Idewani dibantu Athirah Zahra Solekan: Sahir Sabri Dandanan: Yusof Ruzaimi Lokasi: The RuMa Hotel and Residences

Melewati kembara karier dalam bidang showbiz tanpa perlu riuh seribu, Azira Shafinaz menyusun langkahnya meyakinkan pengamat bidang hiburan dengan kejutan manis akan kejayaan demi kejayaan yang diukir. Hafizan Mohd bertemu dan menelusuri ruang rasa dan fikir bintang jatuh ini.

De Fam membawa angin segar ketika mereka muncul di persada muzik tempatan. Dengan pesona tiga gadis yang cukup muda, lincah bertenaga dan datang dengan idea baru membentuk landskap Pop tempatan, single #SUPERGIRLS menawan setiap pendengar muzik yang menikmati. Apa yang ditawarkan oleh Cik Manggis, Sophia Liana dan Azira Shafinaz ketika itu bergerak sebagai siren bahawa muzik tempatan perlukan perubahan drastik dan mereka bersiap untuk memulakannya.

Dan setelah itu, De Fam mengukir nama sebagai girl group yang sentiasa dinanti. Diteruskan dengan lagu ‘With You’, ‘Panas’ sehinggalah raya massive hit ‘Alamak Raya Lagi’ mengutuhkan nama De Fam sebagai persona Pop papan atas tempatan. Namun fokus untuk bergerak dalam kumpulan itu tidak menghalang setiap ahli Kumpulan in iuntuk bergerak sendiri. Setiap satunya masih memiliki momen solo yang tersendiri – menyeimbangi kehendak kerjaya, bakat dan preferensi. 

Azira Shafinaz satu daripada tiga gadis yang bertumbuh menjadi wanita hari ini yang semakin jelas dengan arah tujunya. Jika Sophia Liana sibuk dengan kerjaya sebagai pencipta lagu juga rapper, Cik Manggis dengan kelas tariannya  – Azira Shafinaz mencipta momen cemerlang sebagai aktres yang semakin diperakui bakatnya. Berbekal dua trofi di peringkat Asia, ELLE bertemu dengannya berbicara tentang cerita kejayaan, kenangan manis bersama De Fam dan hati yang sedang disembuhkan.

Baju panas, skirt dan kasut daripada Louis Vuitton. Subang, cincin dan gelang daripada Cartier.

ELLE: 2024 Tahun yang sangat sibuk saya rasa untuk Azira. Kalau dilihat kembali bagaimana Azira ungkapkan?

AZIRA SHAFINAZ: Tahun kejayaan kalau boleh I katakan. Banyak momen yang indah dalam karier I tidak hanya sebagai pelakon tetapi bersama De Fam juga. Single ‘Alamak Raya Lagi’ betul-betul memberi impak untuk De Fam kembali mengukuhkan nama sebagai girl group. Untuk karier lakonan juga Alhamdulillah semua berjalan sangat baik. I rasa bermula 2023 karier lakonan I dah start naik momentumnya and I hope this year I boleh dapat more opportunity di luar negara pula.

E: Kalau diikutkan Azira bermula dengan bidang muzik bersama De Fam, macam mana bidang lakonan boleh bertapak?

AS: Actually mungkin ramai tak tahu I sebenarnya memang start berlakon dulu, masa tu tahun 2013 tapi bukan big role. Pada masa yang sama De Fam ditubuhkan sebab I memang dah kenal lama dengan Sophia dan Manggis so kita decide untuk buat YouTube channel tapi masa tu we start with cover song sebab passion dan hobi je. Memang tak ada plan untuk jadi recording artist. Mungkin rezeki, masa tu orang dah mula nampak us as a music group and then datang pula tawaran daripada label untuk jadi recording artist.

E: Jadi muzik memang tiada dalam rencana asal?

AS: Tak langsung sebab I memang plan untuk cuba dalam bidang lakonan. Itu memang minat dari kecil sebenarnya.

E: Ada apa dengan bidang lakonan yang Azira suka?

AS: Mungkin sebab dari sekolah I memang dah ada exposure dalam bidang ini sebab dulu rumah parents I selalu jadi set lokasi shooting filem, iklan dan drama. Jadi dah biasa tengok proses production and then lepas tu ada juga producer approach untuk berlakon cuma masa tu disebabkan masih bersekolah my dad tak bagi. Tapi I masih ingat my first casting untuk this one series even I tak dapat the role masa tu tapi proses itu buat I yakin yang I suka dan nak jadi pelakon.

Dress daripada Longchamp. Subang, rantai dan gelang daripada FRED

E: Untuk tahun ini ada apa-apa yang boleh Azira kongsikan setakat ini?

AS: Akan ada kesinambungan 'One Cent Thief' dan I akan start penggambaran 'Sherif 2' lepas raya nanti. Akan ada satu lagi projek antarabangsa yang I tak boleh share lagi tapi I really hope boleh jadi kenyataan this year. Untuk De Fam pula akan ada remix ‘Alamak Raya Lagi' untuk fans. Ia adalah satu kolaborasi bersama seorang DJ yang kita announce nanti.

E: Ada any dream project tahun ini?

AS: My dream is to penetrate the Indonesia market. Sebab I rasa Indonesia ada pasaran yang sangat besar dan I nak kembangkan bakat lakonan di Indonesia. Kemenangan tahun lalu sebenarnya sudah membuka ruang untuk I masuk pasaran Indonesia. Ada beberapa tawaran cuma masih dalam pertimbangan dan perancangan ke sana memang dalam plan I. Satu lagi kalau ada kesempatan I nak explore teater juga sebenarnya.

E: Kita berbicara tentang dua trofi kemenangan di Festival Filem Asia Pasifik (2024) dan Anugerah Kreatif Akademi Asia (2023) yang kedua-duanya memberi pengiktirafan dalam bidang lakonan untuk Azira. Apa ertinya untuk Azira?

AS: Ia satu motivasi untuk I sebenarnya. Dulu masa I start berlakon I tidaklah begitu diberi perhatian dan ada one time dulu I pernah diberitahu I tak pandai berlakon. Jadi apabila I dah menang dua trofi ini somehow ia satu pembuktian at least for myself yang I buat satu keputusan yang betul untuk diri I.

*Baca temubual penuh bersama Azira menerusi isu Februari 2025 di pasaran

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down