Langgan

Aisha Retno Wakilan Suara Generasi Kini

Aisha Retno melangkah yakin meneraju industri muzik masa kini.
8 minit untuk membaca
Published: September 19, 2024

Temubual Hafizan Mohd Fotografi Samantha Jane Dibantu Oleh Bella Chin Arahan Seni Iera Nadzlim Penyelaras & Penataan Gaya Sri Azni Dibantu Oleh Athirah Zahra Solekan Ady Razak Dandanan Juno Pakaian H&M Studio A/W 2024

Bakat bermuziknya semakin diperakui. Penerimaan pendengar dengan dua single yang beredar awal iaitu W.H.U.T dan Sutera menjadikan nama Aisha Retno sebagai salah seorang bakat baru yang begitu diraikan. Tanpa mahu menoleh ke belakang, Aisha melangkah cukup yakin tahun ini mengisi setiap ruang dan peluang yang hadir dengan sehabis daya yang ada.

Aisha tiba di studio bersendirian dengan cukup bersahaja, ramah dalam menyapa semua yang ada. Bualnya tidak canggung, mudah untuk sesiapa sahaja mendekati. Sepanjang di ruang solek, lagu-lagu Raisa menemaninya yang umum juga mengetahui penyanyi seberang itu salah satu daripada idolanya juga.

Tahun ini menjadi tahun yang cukup melejit sekali perjalanan bermuziknya. Setelah kejayaan di Anugerah Juara Lagu bulan Mac lalu dengan mengejutkan ramai penonton menerusi persembahan memukaunya dengan lagu Sutera, nama Aisha semakin digilai disusuli fenomena lagu raya bersama Aziz Harun, Ketipak Ketipung Raya. Bersama ELLE, Aisha Retno berkongsi her current state of mind.

Aisha menggayakan silk dress polka dot dan tas tangan putih kedua-duanya daripada H&M Studio A/W 2024

ELLE: 2024 menjadi tahun yang cukup sibuk untuk Aisha. How do you feel about it?

Aisha Retno: Alhamdulillah Aisha happy tapi pada masa yang sama ada juga rasa nak take a break sebulan dan travel tapi itulah belum ada kesempatan lagi.

E: Maknanya sejak kemenangan di AJL belum lagi dapat berehat?

AR: So far belum lagi. Lepas AJL Aisha sibuk dengan promosi Ketipak Ketipung Raya bersambung pula dengan show di Java Jazz dan The Hardest Singing Show. Sekarang pula tengah proses awal persiapan konsert pertama Aisha yang akan berlangsung November nanti.

E: Apa yang peminat boleh expect untuk konsert nanti?

AR: Setakat hari ini tak banyak yang Aisha boleh kongsikan sebab Oktober nanti baru Aisha akan bagi komitmen penuh. Tapi untuk music director dan pemuzik semua dah ada cuma untuk informasi lain nanti Aisha akan kongsikan nanti.

E: Selain konsert apa lagi yang peminat boleh expect sebelum tahun ini berhujung?

AR: Insya-Allah pada 24 September Aisha akan buat release party lagu terbaru.  Ada dua lagu yang akan diedarkan sebelum konsert nanti. Lagu berjudul Samudera dan Terbang yang Aisha ada tease sikit di TikTok juga masa persembahan TikTok Awards tempoh hari.

E: Okey bercakap tentang TikTok, nama Aisha Retno itu sangat besar kerana TikTok yang membawa single W.H.U.T sebagai major hits tidak hanya di Malaysia tetapi membawa nama Aisha besar di Indonesia. Tanpa TikTok Aisha rasa adakah perjalanan muzik Aisha akan sama?

AR: Aisha rasa kalau tak ada TikTok it is almost impossible untuk Aisha menembusi pasaran Indonesia. TikTok came at the right time, ketika Aisha mula aktif untuk mempromosikan lagu juga bakat yang Aisha ada. W.H.U.T Aisha anggap sebagai satu batu loncatan untuk Aisha menggunakan sepenuhnya ruang pemasaran muzik Aisha di TikTok.

E: Aisha ada mention tentang Java Jazz dan kalau kita lihat tak ramai penyanyi tempatan yang diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas tersebut. Mungkin seingat saya hanya Sheila Majid dan Atilia Haron. Ini saya kira momen besar juga untuk Aisha.

AR: Aisha dapat news untuk perform di Java Jazz kurang lebih seminggu sebelum final AJL. It’s a blessing sebenarnya untuk Aisha jadi satu-satunya wakil Malaysia tahun ini. Pengalaman yang sangat seronok sebab crowd sangat supportive and just to see ramai-ramai yang datang turut sama menyanyi lagu Aisha dah buat Aisha sangat bersyukur.

Aisha menggayakan sut blazer & seluar dan cincin kesemuanya daripada H&M Studio A/W 2024; Kasut but dan subang telinga kedua-duanya milik penata gaya.

E: Jika kita melihat data, pendengar Aisha sendiri pun memang ramai di Indonesia berbanding di sini. Untuk Aisha sendiri adakah pendengar kita tidak lagi ready to celebrate your talent?

AR: Kalau soalan ini dipertanyakan lima tahun sudah mungkin Aisha akan setuju tapi seiring masa beredar Aisha rasa pendengar kita pun sudah banyak yang perlahan-lahan menerima muzik Aisha dan cara Aisha membawa diri. Sebab kalau tengok statistik di TikTok Aisha sendiri ramai sebenarnya yang komen dari Malaysia juga. 

E: Oh ya, Aisha menyanyi di wedding Mahalini dan Rizky kan? Boleh share sikit?

AR: Mahalini initially invited Aisha ke majlis perkahwinan mereka tapi sebagai tetamu sahaja. Cuma masa tu Aisha tengah sibuk dengan persiapan minggu pertama The Hardest Singing Show so there’s no possibility for me to fly to Jakarta. Tapi Mahalini being so kind dia nak juga terbangkan Aisha ke wedding malam tu dan sebelum nak balik tu she announced mengejut on stage requested me to sing W.H.U.T – very random and pretty unexpected but I feel so honored.

E: Ramai kan bintang A List malam tu?

AR: Yeah, I’m so happy to see everyone boleh nyanyi my song malam tu. It’s a blessing for me dapat menyanyi depan ramai orang-orang penting industri muzik Indonesia. Just to see everyone enjoying the song dah buat Aisha rasa begitu overwhelmed.

E: By saying that kan, Aisha actually dah boleh berkarier Jakarta. Pernah terfikir untuk menyanyi sepenuh masa di sana?

AR: Ermm, kalau ada rezeki I’m always up for opportunity. Tapi buat masa ini Aisha selesa berada di mana Aisha berada sekarang. Kalau boleh Aisha nak betul-betul berjaya di negara sendiri dulu kemudian barulah kita fikirkan kesempatan yang lain.

Aisha menggayakan trench coat, clutch putih, glove, cincin dan cermin mata kesemuanya daripada H&M Studio A/W 2024; Subang telinga milik penata gaya.

E: Sudah lima tahun menjadi penyanyi. How are you enjoying your journey so far?

AR: Kalau ikutkan sebenarnya Aisha jenis go with the flow saja. Apa-apa kejayaan atau cabaran yang datang so far Aisha anggap sebagai satu proses belajar. Banyak juga ilmu yang Aisha kutip sepanjang menjadi penyanyi tak kisahlah cara membuat persembahan, produksi muzik dan memahami trend muzik. Satu hal lagi Aisha notice sepanjang menjadi penyanyi Aisha kenal ramai sangat orang yang sekarang dah jadi kawan. I really appreciate that.

E: Aisha antara bakat baru yang sangat aktif memasuki pertandingan nyanyian. Kenapa ia penting untuk Aisha?

AR: Untuk menimba ilmu dan pengalaman. Satu lagi Aisha rasa kesempatan tak datang selalu dan peluang yang ada Aisha guna untuk explore apa lagi yang Aisha mampu lakukan di pentas. Mungkin ada yang cakap lebih baik fokus pada penghasilan lagu sahaja tapi bagi Aisha ini adalah learning process yang bagus untuk Aisha belajar banyak ilmu tentang persembahan.

E: Okey sekarang kita bercakap tentang creative process Aisha dalam penciptaan lagu. Boleh Aisha kongsikan sedikit prosesnya.

AR: Mungkin pelik sikit tapi Aisha suka bekerja under pressure. I find it comfortable that way sebab bila Aisha bekerja under pressure dia akan keluar banyak magic and sparks. Kadang-kadang idea yang tak disangka akan datang dan satu lagi Aisha senang bekerja dengan orang yang boleh adapt dengan idea Aisha. Sebagai contoh dengan Aziz Harun, Ketipak Ketipung Raya was a fun creative process for me – idea Aziz dan Aisha disatukan menjadi lagu yang tidak juga disangka diterima ramai. 

E: Chemistry Aisha dan Aziz begitu dirasai sejak beredarnya lagu Jarak sebelum Ketipak Ketipung Raya menjadi siulan. Ada projek bersama lagi di masa mendatang?

AR: Actually, ada tapi kali ini lebih istimewa Aisha dan Aziz akan berkolaborasi bersama bintang seberang, Nadhif Basalamah. Another fun project tapi kena tunggulah nanti bila dah ready Aisha akan kongsikan.

E: Interesting! Bila nak release tu?

AR: Most probably bukan tahun ini, paling cepat mungkin awal tahun depan.

Aisha menggayakan dress bareback hitam, anting-anting dan cincin kesemuanya daripada H&M Studio A/W 2024.

E: Bercakap tentang kolaborasi, selain menyanyi Aisha sudah menghasilkan lagu untuk Cakra Khan awal tahun ini dan akan datang lagu terbaru untuk Dayang Nurfaizah. Siapa lagi yang Aisha mahu bekerjasama?

AR: Aisha suka attitude Bunga dan Aisha rasa ada something yang menarik boleh dihasilkan dengannya. Satu lagi Aisha suka juga kalau dapat berkolaborasi bersama Iman Troye sebab Aisha rasa dia ada sound yang current and fun!

E: Do you have any celebrity friends?

AR: Ermm… kalau di kalangan penyanyi tak ramai sangat but I am close to Kak Jac (Jaclyn Victor) dia sangat banyak bagi nasihat pada Aisha. Selain itu Daniel Chuer juga.

E: Apa yang Jac pesan pada Aisha?

AR: Jaga hubungan dengan semua orang sebab our industry is small. Kita akan jumpa dengan orang yang sama. Satu lagi jangan sesekali lupa sokongan peminat.

E: Saya pasti Aisha ada a very strong bond dengan setiap lagu yang Aisha ciptakan. Tapi yang mana lebih memberi makna buat Aisha?

AR: W.H.U.T dan Sutera sebab Aisha rasa dua lagu ini yang memberi impak dalam karier Aisha. Kalau ikutkan kedua-dua lagu ini genrenya sangat berbeza tapi Aisha belajar untuk memahami apa yang peminat mahukan dan mendapatkan keseimbangan dengan apa Aisha mahu lakukan.

E: Aisha ada archive lagu atau berkarya pabila perlu?

AR: Most of the time apabila perlu baru Aisha akan buat lagu. Tapi ada juga situasi yang Aisha buat lagu dulu especially kalau lagu tu untuk penyanyi lain. 

Aisha menggayakan silk dress polka dot daripada H&M Studio A/W 2024; kasut but milik penata gaya.

E: Aisha begitu dikenali dengan Pop dan R&B, ada jaluran muzik lain yang Aisha nak explore?

AR: Aisha suka Jazz tapi untuk buat Jazz di sini kena ada formula baru yang boleh seimbangkan apa yang pasaran muzik suka dengan apa yang Aisha nak buat. Kalau tak nanti takut jadi syok sendiri.

E: Aisha rasa sukar untuk cari keseimbangan itu?

AR: Dengan adanya media sosial tak susah sangat sebab Aisha akan dapat respons yang cepat. Jadi daripada situ Aisha boleh tahu pendengar suka pattern lagu yang macam mana dan Aisha cuba ciptakan sesuatu yang meet the balance.

E: Apa yang memberi inspirasi buat Aisha recently?

AR: Lately ni Aisha banyak buat research tentang budaya negeri-negeri yang ada di Malaysia. Especially di pantai timur yang Aisha rasa sangat menarik budaya dan warisannya. Seni Mak Yong antaranya yang Aisha rasa dah lama tidak dikomersialkan dan daripada situ jugalah Aisha inject sedikit elemen Mak Yong dalam lagu baru Aisha berjudul Samudera untuk diketengahkan kembali keseniannya dengan cara baru.

Aisha menggayakan top & seluar denim dan cincin kesemuanya daripada H&M Studio A/W 2024.

E: Aisha ada long term plan dalam muzik?

AR: Aisha rasa penting juga untuk ada long term plan tapi buat masa sekarang kalau nak kata at certain age Aisha kena achieve this or that tak juga sebab sekarang Aisha masih dalam fasa mengukuhkan nama dulu. Sekarang pun Aisha tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak pengurusan, jadi banyak benda perlu Aisha belajar. 

E: Maknanya Aisha sekarang memang bergerak tanpa label?

AR: Ya betul sekarang Aisha masih dalam proses untuk membiasakan diri dan belajar memahami how to juggle with this show business. 

E: So far Aisha rasa okey?

AR: Ermm so far okay masih lagi banyak benda nak kena catch-up. It's a learning process that I hope boleh mematangkan Aisha dalam kehidupan dan juga dalam perjalanan yang akan datang.

E: Who are you listening to now?

AR: Laufey. I love her so much. Aisha hari tu pergi konsert Laufey so sekarang masih dalam PCD (post concert depression) momentI listen to her a lot.

E: Any current obsession?

AR: Oh, sekarang tengah dengar my own master track sebab lagu baru dah nak keluar. So excited tapi at the same time nervous juga. Just nak make sure ada apa lagi yang nak tukar atau okey je.

Perbualan kami saya hentikan di situ. Banyak hal yang mengujakan akan berlaku sebulan dua mendatang bahkan sehingga ke penghujung tahun nanti nama Aisha akan terus disebut-sebut. Selain dua single yang bakal beredar dan konsert solo di bulan November nanti pastinya akan ada lagi hal-hal menarik yang akan dikongsikan.

Bakat yang satu ini saya kira seharusnya diraikan dan disokong penuh usahanya kerana masuknya Aisha di bidang ini tidak hanya berbekal bakat tetapi kecekalan dan kemahuan yang tinggi untuk satu perjalanan yang panjang mengukuhkan namanya sebagai seorang penghibur.

Himpunan H&M Studio AW24 mula dijual di atas talian hm.com pada 26 September ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down