Ramai mengenalnya dengan nama Little Miss Khan yang kisah peribadinya sentiasa mencuri tumpuan. Tiba di set lokasi penggambaran bersama pengurusnya, Ameera tidak lekang senyuman menyapa semua yang siap menantinya di bilik hotel untuk bersiap. Istimewa untuk rakaman muka depan kali ini, ELLE Malaysia bekerjasama dengan jenama Dior yang baru saja membuka butik terbaru mereka di The Gardens Mall Disember lalu. Persalinan Dior Cruise 2025 ilham Maria Grazia Chiuri sudah siap menanti Ameera di bilik persalinan untuk dia menyarungnya bagi sesi penggambaran ini.
Membesar dalam keluarga yang begitu mementingkan harmoni dan silaturrahim dalam apa jua hal yang dilakukan, Ameera Khan berkata dia bertuah memiliki sistem sokongan yang kuat daripada keluarga terutama kedua ibu bapanya. Perbualan kami bermula dengan rencana tahun 2024 yang telah dia lalui dengan sepuasnya. "Kalau boleh Ameera ungkapkan tahun 2024 itu bagaimana?" Soal saya padanya.
"My best year. I think I really grew mentally and career-wise. I rasa tahun lepas I keluar daripada zon selesa yang awalnya membuatkan I rasa kekok tetapi Alhamdulillah I berjaya buktikan pada diri I that I did a good job."
Semakin optimis dengan apa yang dia lalui hari ini, Ameera semakin siap untuk mencabar dirinya melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Bersama ELLE, Ameera Khan membuka hati bercerita tentang cita-cita, harapan, peranan keluarga dan cinta…?
ELLE: Apa agenda utama Ameera untuk tahun ini?
AMEERA KHAN: 2025 akan menjadi tahun yang I akan fokus on my own brand ‘ellemkay’. Selain itu I masih mahu terus bekerja dalam bidang fesyen, modelling and work more with brands.
E: Bercakap tentang ‘ellemkay’ mungkin ada yang Ameera boleh kongsikan?
AK: My inspiration behind ‘ellemkay’ is my obsession with soft pink cheeks. I memang suka pink blush since kecil lagi, macam lagi pink, lagi I suka. Tapi Mama selalu akan kritik I and cakap pipi I macam kena tampar (ketawa) tapi bila lama-lama ia jadi my signature look. Naturally, benda tu dah jadi my routine, I just need a blusher to make me look more alive. Jadi daripada situ, I rasa if I can come out with one product, it would be a blusher. Sebab I percaya it’s one thing that brings your look to life.
E: Pada usia yang sangat muda Ameera sudah ada bisnes sendiri. Do you find this is something that you nak buat in the long term atau this is just a phase?
AK: There’s a story behind this. I was off from Instagram in 2022 dan dalam pause moment tu banyak yang I fikir tentang apa yang terbaik untuk diri I. So, at the end of 2022 I aktif balik Instagram sebab I rasa I kena betul-betul fokus pada karier modelling dan Alhamdulillah, dengan keputusan itu jugalah led me to fashion week and attending the world’s most exclusive fashion shows. Hanya selepas itu I think I must step up the game and run my own brand dan daripada situ lahirlah idea merealisasikan ‘ellemkay’.
E: Let’s talk about about Jefri Nichol. Is he part of your happiness?
AK: Something about him that I always admire is that he is respectful. I sangat hargai benda tu sebab for me, not everyone does and not every guy respects people. Selain daripada itu, I would say he is obviously very loving, caring and romantic.
E: Ameera ada digital presence yang sangat kuat. How do you work on that?
AK: I rasa paling penting adalah untuk menjadi diri sendiri dan itu jugalah pesan my parents – to do what I like wholehearted. Satu lagi paling penting, I think you just need to do your job. It’s up to people to like you or to hate you. It’s not your job to please people. Kalau orang suka, Alhamdulillah tapi kalau orang tak suka, I rasa it is not your loss.
E: Let’s go deep about that pause moment yang Ameera katakan tadi, apa perkara paling besar you realise in that moment?
AK: As a young girl I think you should be able to have your space to think what is it that you want in life. So, what happened was I banyak berfikir kalau I betul-betul nak buat satu-satu benda tu jadi kenyataan, macam mana I kena buat dengan cara yang betul. So this pause actually helped me to have a clear vision dengan apa yang I kena buat untuk satu future yang lebih baik.
E: Ameera sangat dekat dengan idea fesyen dan kecantikan. Adakah dua perkara ini sesuatu yang Ameera sentiasa mahu lakukan sejak dulu?
AK: I membesar dengan enam orang kakak, jadi I rasa fashion and beauty are always part of my life since I was young. Mama pun used to be a model dulu masa muda so in a way, I rasa pendedahan tu memang sudah ada sejak I kecil lagi. Cuma I just rasa I tak pernah terfikir untuk dapat peluang seperti apa yang I ada sekarang.
*Baca artikel lengkap menerusi majalah ELLE isu Januari 2025 di pasaran.