Langgan

Weekend Guide : Terokai Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur yang Punya Cita Rasa Tersendiri

Gabungan identiti Malaysia dan kontemporari, ucapkan helo pada Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur
2 minit untuk membaca
Published: January 25, 2025

Sejelas mungkin, Kuala Lumpur semakin hari semakin mengujakan. Ada saja lokasi-lokasi baharu ‘bertumbuh’ dan mulai menjadi wadah tumpuan. Weekend guide kali ini mengajak anda untuk menerokai hotel baharu, yang terletak betul-betul di lokasi strategik Kuala Lumpur yakni Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur.

Hab Komuniti & Seni di Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur

Hyatt centric

Seandainya anda, seorang lokal, berpeluang untuk cuti inap di kota Kuala Lumpur, cadangan kami…? Cuba menginap di hotel terbaru Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur yang terletak betul-betul di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur! Secara rasminya, ia sudah dibuka kepada umum. Hotel Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur ini berlokasi berhampiran dengan Menara Berkembar Kuala Lumpur dan tidak berapa jauh dari Menara Kuala Lumpur. Terdapat 312 bilik disediakan dan binaannya gah setinggi 21 tingkat. Apa yang uniknya fasal hotel ini? Ia mengahwinkan elemen warisan budaya Malaysia dengan aspek kontemporari, lantas atmosferanya begitu dekat pada hati kita, sebagai warga Malaysia. Dan pada masa yang sama, memperkenalkan apek kebudayaan buat pengunjung-pengunjung antarabangsa. 

Hyatt centric

Antara kemudahan lain yang disediakan di hotel ini termasuklah kolam renang infiniti yang menghadap pemandangan kota Kuala Lumpur, pusat gimnasium 24 jam, serta restoran-restoran menarik yang dikepalai oleh Chef Eksekutif, Vincenzo Carbone bersama-sama Pengarah Operasi Makanan & Minuman, Davide Brescianini dan pastinya menjanjikan menu makanan unik – yakni restoran Il Forno yang sangat luas dan menghidangkan makanan Itali ; restoran TanBuri yang berkonsepkan ruang santai dan menyediakan menu makanan Asia Tenggara ; dan @21, sebuah lounge serta bar yang berada di bahagian bumbung teratas hotel dan sesuai untuk night out. 

Menyentuh tentang bahagian dalaman lobi hotel ini yang berwarna-warni, terlihat gabungan identiti tempatan yang berbancuh dengan elemen perindustrian (dihasilkan oleh artis grafiti tempatan yakni Jefr), yang bertujuan untuk memperingati sejarah perlombongan bijih timah Kuala Lumpur. Rekaan hotel ini yang menyatukan pengaruh moden dengan tradisional pula direalisasikan oleh Silverfox Studios. Seperti apa yang dihidupkan oleh mereka pada setiap rekaan 312 bilik, ruangnya sangat-sangat stylish dengan keluasan yang memuaskan hati. Tambahan lagi, penggunaan rona untuk setiap bilik tersebut juga umpama membangkitkan mood mesra saat berada di dalamnya. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down