Kepada penggemar kopi, Nespresso memperkenalkan kempen dan produk 'Unforgettable Taste' untuk anda menikmati kopi atau minuman pilihan di rumah sepanjang musim perayaan ini. Koleksi istimewa ini menampilkan adunan kopi edisi terhad yang pasti memikat setiap tegukan, serta set hadiah elegan dan tawaran eksklusif.
Vertuo Pop Candy Pink
Tumpuan utama dalam koleksi ini ialah Nespresso Vertuo Pop Candy Pink yang menggabungkan gaya dan inovasi dalam pengalaman kopi. Dilengkapi teknologi Centrifusion khas Nespresso, mesin mewah dan padat ini dapat membaca kod pada setiap kapsul Vertuo, dan dapat menyesuaikan bancuhan untuk menghasilkan kopi berkualiti setanding kafe pilihan anda dengan hanya satu sentuhan butang.

Vertuo Barista Creations White Chocolate Strawberry
Edisi terhad Vertuo Barista Creations White Chocolate Strawberry mengandungi adunan 100 peratus Arabika daripada biji premium Brazil dan Colombia. Dengan keseimbangan rasa manis coklat putih dan gabungan strawberi yang kaya, ia sesuai dihidangkan sebagai Reverso berkrim atau dengan ais untuk meningkatkan rasa minuman tersebut.

Original Arpeggio Extra
Edisi terhad ini menawarkan Arabika berkrim dengan tekstur kaya dan rasa koko yang mendalam. Dengan 60% lebih kafein berbanding Arpeggio klasik, ia mengandungi kira-kira 100mg kafein setiap 40ml, berbanding 65mg pada versi asal. Kopi yang menyegarkan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Stormio Go
Kopi yang lebih mantap dan intens ini diperbuat daripada biji Arabika dari Nicaragua dan Guatemala yang dipanggang perlahan untuk menghasilkan rasa bijirin, rempah, dan kayu. Dengan kandungan kafein lebih tinggi berbanding Stormio biasa, ia memberikan pengalaman kopi yang lebih kuat.
Set Hadiah
Menampilkan Touch Travel Mug edisi terhad dalam warna ungu ikonik, kapsul Arpeggio dan Arpeggio Extra, pilihan ideal bagi mereka yang menggemari rasa kopi yang terbaik. Manakala, set hadiah Vertuo Candy Pink pula mengandungi Terracotta Travel Mug, kapsul White Chocolate Strawberry serta Colombia, sesuai untuk mereka yang menghargai adunan kopi beraroma dan penuh nikmat.

Koleksi "Unforgettable Taste" Ramadan dan Raya boleh didapati bermula 17 Februari 2025, untuk tempoh terhad, secara dalam talian - http://www.nespresso.com/my dan di butik Nespresso.