Langgan

Ulasan Filem: Reversi - Hidup Di Tangan Beto Kusyairi

Beto Kusyairi menghidupkan Reversi sebagai sebuah filem yang berbaloi ditonton
2 minit untuk membaca
Published: December 26, 2024

Filem: Reversi

Pengarah: Adrian Teh

Pelakon: Beto Kusyairy / Shiqin Kamal / Hasnul Rahmat / Vanidah Imran / Zahiril Adzim / Qi RazaI / Azhan Rani

Memiliki kelebihan luar biasa yang tidak dimiliki itu mungkin satu keajaiban tetapi untuk Akid, watak yang dibawa Beto Kusyairi menerusi filem terbarunya ini ia ibarat satu sumpahan yang menjadikan kehidupan yang harus dia terajui deras gelora sehingga hujung hayatnya.

Begitulah Reversi, filem terbaru arahan Adrian Teh yang sebelum ini membawakan kita Paskal, Malbat dan Wira yang kesemuanya adalah filem bersifat juang dan patriotisme. Adrian kali ini meneroka ilham drama dan keluarbiasaan sebuah kehidupan yang dihidupkan dengan watak dan perwatakan yang cemerlang.

DRAMA KEKELUARGAAN

Reversi dibuka dengan kisah keluarga Akid bersama kedua orang tuanya lakonan sederhana Vanidah Imran dan Hasnul Rahmat. Menginjak kedewasaan Akid diberitahu bahawa dia akan mewarisi satu kelebihan yang sememangnya ada pada keluarga mereka. Dan kelebihan yang dimaksudkan itu adalah dia bole memasuki lorong masa silam. Di sini kisah dibentuk menjadi sebuah jalinan cerita yang sebetulnya kita sudah boleh membaca plot yang mahu disampaikan.

LAKONAN HEBAT

Namun dalam pada itu filem ini masih diisi dengan beberapa kejutan buat penonton. Beto Kusyairi seperti biasa jarang gagal saat menerajui menerajui apa juga watak yang diberikan padanya. Dan di filem ini Beto sekali lagi menjadi nadi penggerak Reversi - alasan utama mengapa filem ini worth to watch. Lakonannya sederhana tetapi cukup meyakinkan - kata bual yang dilontarkan seiring kehendak emosi, bahasa tubuh dan mengena dengan setiap babak yang disusun.

Momentum filem ini turut dibantu sebaiknya dengan lakonan Syiqin Kamal yang menjadi kelangsungan plot filem ini untuk bergerak sebagai sebuah cerita yang memiliki warna berbeza. Ternyata Syiqin Kamal tidak mengecewakan. Dia benar-benar memahami kehedak watak yang harus dia lakonkan dan chemistry bersama Beto benar-benar dirasai daripada perkenalan sehinggalah konflik sebenar terjadi.

PLOT DAN TEMPO PERLAHAN

Daripada landasan sebuah cerita dan filem Reversi sebetulnya memiliki tempo yang perlahan. Secara peribadi saya kira banyak babak-babak yang sengaja dipanjangkan tanpa struktur cerita yang menarik untuk ditonton. Plot disusun linear dengan flashback yang predictable dan tidak berlembang dengan kreativiti yang lebih. Drama yang dipersembahkan dirasai setelah satu jam filem ini berjalan.

Namun beberapa hal yang harus diberi perhatian pada filem ini adalah keupayaan arahan seni dan kerja kameranya yang kemas. Setiap babak diisi dengan sudut pandang yang melengkapkan Reversi sebagai sebuah filem yang dibentuk dengan satu mod yang sama sehingga ke hujung cerita.

Filem ini berhujung dengan sadis. Plot diubah tak dijangka awalnya menjadi alasan Reversi berhujung sebagai filem yang berbaloi untuk ditonton di pawagam. Dan ya, Beto Kusyairi adalah nyawa filem ini dan alasan utama mengapa ia menjadi naskhah yang menawan dan ada saktinya.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down