
Bagi seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Asia Tenggara, jumlah percutian yang benar-benar saya luangkan untuk menikmati keindahan pulau-pulau di rantau ini terasa agak memalukan. Namun, atas undangan Tumi, saya akhirnya berpeluang menyaksikan matahari terbit dari pesisir Koh Samui di bulan Mac. Hanya dua jam penerbangan dari Singapura, saya ke sana sempena pelancaran koleksi Spring 2026 Mediterranean Escape, menghabiskan hujung minggu dengan menghayati travel essentials terbaharu jenama ini di sebuah syurga pesisir pulau.
Diilhamkan oleh visual, aroma dan cita rasa Mediterranean, koleksi terbaharu ini menampilkan sisi Tumi yang lebih santai meraikan kegembiraan percutian di tepi laut. Dan apakah cara yang lebih sempurna untuk meraikannya selain sebuah retreat pesisir yang sebenar? Selama tiga hari, tetamu termasuk selebriti Thailand seperti Becky Armstrong, Natachai Boonprasert dan Phakphum Romsaithong diraikan di pasir putih Koh Samui yang memukau.
Daripada selebriti VIP hingga tetamu media, gaya hujung minggu kami dipenuhi palet warna lembut seperti merah jambu, hijau segar dan kuning ceria—seiring dengan rona baharu koleksi ini. Diterjemahkan pada rangkaian bagasi 19 Degree dan siri popular Voyageur, warna-warna ini termasuk Pink Clay yang diinspirasikan seni bina terracotta Mediterranean; Thyme yang segar, merujuk kepada masakan rantau tersebut; serta Washed Yellow yang membangkitkan aroma lemon di pesisir Amalfi.
“Kami mahu mencipta satu momen untuk berhenti sejenak, kembali bernafas dan kami sering kembali kepada Mediterranean,” ujar Victor Sanz ketika berbual pada petang Ahad. “Bayangkan sebuah kota pesisir yang indah, menikmati koktel bersama rakan tanpa sebarang perancangan, sekadar menikmati waktu itu.”

Bagi kebanyakkan pengembara, Tumi sinonim dengan ciri-ciri trustworthy, ketahanan dan estetika yang serius. Hakikat ini turut diakui oleh Aris Maroulis, Naib Presiden Asia Pasifik dan Timur Tengah, ketika kami berbual santai. Melalui koleksi utama seperti Alpha dan bagasi Tegra, jenama ini dikenali dengan reka bentuk berasaskan solusi. Kini, Tumi membuktikan bahawa ia juga mahir menyuntik elemen keseronokan dalam setiap rekaan. Dengan naratif warna yang ekspresif serta bag charm yang playful, koleksi Mediterranean Escape memperkenalkan wajah baharu jenama ini tanpa mengorbankan prinsip reka bentuk yang menjadi tunjangnya dalam dunia luxury berprestasi tinggi.


“Ia bukan satu perubahan arah, tetapi kadangkala kita perlu memperlahankan langkah untuk bergerak lebih jauh,” jelas Victor Sanz. Sepanjang hujung minggu, beliau berpesan untuk berehat dan menikmati sepanjang hujung minggu yang mencerminkan falsafah tersebut dengan serius. “Pelanggan kami juga memerlukan ruang untuk berhenti dan refleksi. Jadi mengapa tidak kita cipta ‘kenderaan’ yang betul membolehkan mereka untuk mencapainya? Kedua-dua dunia ini boleh wujud bersama tanpa kompromi.”
Rekaan baharu 19 Degree Front Access adalah bukti yang terbaik. Direka dengan mengambil kira ruang hotel Eropah yang kompak, ia menampilkan bukaan hadapan pada kompartmen utama mengurangkan ruang yang diperlukan ketika mengemas. Penutupnya yang ringan juga memudahkan proses membuka dan menutup bagasi. Sebagai seseorang yang sering terlupa membawa keperluan penting saat akhir, ciri ini terasa seperti penyelamat. Ditambah pula dengan rona Thyme yang menenangkan, ia segera menjadi kegemaran peribadi saya.

Koleksi ini turut memperkenalkan cetakan Mediterranean yang dinamik pada bagasi, tote dan aksesori. Imej sebuah keluarga bersantai di pesisir, dirakam oleh rakan kepada design team semasa percutian mereka menjadi asas visual, diperkaya dengan grafik lemon dan floral yang segar. Sementara itu, elemen berinspirasikan raffia pada rangkaian Olas sesuai untuk hari-hari di pantai. Tote anyaman yang saya bawa sepanjang hujung minggu cukup praktikal: poket dalaman dan pouch boleh tanggal memudahkan penyusunan mikrofon, losyen sunscreen dan produk kosmetik.


Menurut Victor Sanz, arah kreatif baharu ini lahir daripada keinginan yang semakin meningkat terhadap ekspresi diri. Selain tambahan warna-warna baharu, koleksi ini turut menampilkan bag charm comel yang bukan sekadar aksesori, tetapi juga functional. Daripada charm bentuk lemon elegan yang berfungsi sebagai cermin, charm buah zaitun dengan ruang simpanan tersembunyi, hingga cermin mata hitam clip-on, setiap satunya menggabungkan gaya dan fungsi dengan kemas. Tumi tidak sekadar mengikuti trend, tetapi mentafsirkannya mengikut DNA jenama dan keperluan penggunanya.
Semangat playful yang sama turut diterjemahkan dalam itinerari kami daripada bengkel flower pressing hingga seni mozek, serta hidangan Mediterranean dengan susun atur meja yang membawa kami seolah-olah ke pesisir Amalfi.
Walaupun kerja masih bermain di fikiran, setiap perincian daripada produk Tumi yang menemani saya hingga momen rehat yang disusun rapi memastikan hujung minggu ini terasa seperti yang diharapkan oleh Victor Sanz untuk setiap pengembara: yakin, selamat, dan sentiasa bersedia.






