Langgan

Tukar Pola Tidur yang Lebih Baik untuk Hari yang Lebih Produktif

Amalkan tabiat tidur yang sihat, anda akan merasakan perbezaan besar & lebih bertenaga
2 minit untuk membaca
Published: April 7, 2025

Tidur yang berkualiti adalah kunci utama untuk menjalani hari yang lebih produktif. Ramai di antara kita mengalami kesukaran untuk mendapatkan tidur yang cukup, sama ada disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk, tekanan kerja atau tabiat buruk sebelum tidur. Oleh itu, menukar pola tidur yang lebih baik adalah langkah penting untuk memastikan tubuh dan minda berfungsi secara optimum sepanjang hari.

Mengapa Tidur Berkualiti Itu Penting?

Sebelum kita melihat bagaimana untuk memperbaiki pola tidur, penting juga untuk kita memahami kepentingan tidur yang cukup. Tidur yang berkualiti membantu:

  • Meningkatkan daya tumpuan – Kurang tidur boleh menyebabkan keletihan mental dan sukar memberi perhatian kepada tugasan harian.
  • Menguatkan sistem imun – Tidur yang cukup membantu badan melawan penyakit dan mempercepatkan pemulihan.
  • Mengawal emosi dan tekanan – Kurang tidur boleh meningkatkan tahap stres dan menyebabkan ketidakseimbangan emosi.
  • Meningkatkan produktiviti – Tidur yang mencukupi memastikan tenaga yang stabil sepanjang hari.

Tips untuk Menukar Pola Tidur yang Lebih Baik

  • Tetapkan Jadual Tidur yang Konsisten - Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari akan membantu kita untuk bangun dengan lebih konsisten dan menjadikan tidur lebih nyenyak dan segar keesokan harinya.
  • Elakkan Penggunaan Skrin Sebelum Tidur - Cahaya biru daripada telefon, tablet atau komputer boleh mengganggu penghasilan hormon melatonin, yang membantu kita tidur. Cuba elakkan skrin sekurang-kurangnya 30-60 minit sebelum waktu tidur.
  • Ciptakan Rutin Waktu Malam yang Menenangkan - Mempunyai rutin sebelum tidur seperti membaca buku, mandi air suam, atau melakukan teknik pernafasan dapat membantu tubuh bersedia untuk tidur dengan lebih mudah.
  • Kurangkan Pengambilan Kafein dan Makanan Berat pada Waktu Malam - Kafein boleh kekal dalam sistem badan selama beberapa jam dan menyebabkan kesukaran untuk tidur. Begitu juga, makan makanan berat sebelum tidur boleh mengganggu proses pencernaan dan membuatkan anda sukar tidur.
  • Pastikan Persekitaran Tidur yang Selesa - Suhu bilik yang sesuai, katil yang selesa dan suasana yang gelap serta sunyi akan membantu tidur yang lebih berkualiti. Gunakan langsir tebal atau penutup mata jika perlu.
  • Cuba Teknik Relaksasi seperti Meditasi atau Pernafasan Dalam - Meditasi atau teknik pernafasan dalam dapat membantu menenangkan minda dan mengurangkan tekanan sebelum tidur. Ini sangat berkesan untuk mereka yang sering mengalami masalah insomnia.

*Gambar: Pexels

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down