Langgan

Toranomon Hills Station Tower Menyempurnakan Landskap Kota Tokyo, Jadi Lebih Gah & Menarik

Dalam peredaran kehidupan yang kian maju, kota Tokyo telah menjadi salah satu ikon kemodenan urban paling meninggalkan kesan di dunia.
3 minit untuk membaca
Published: August 23, 2024
Toranomon Hills station

Kini, kehadiran menara pencakar langit Toranomon Hills Station Tower menyemarakkan visual metropolitan sebagai simbol kemegahan dan inovasi terbaru di ibu kota Jepun ini. Bangunan luar biasa dengan fakad dan ciri-ciri yang menjentik bayangan, secara rasminya telah selesai dibina dan dibuka untuk orang umum pada bulan Oktober tahun lepas. 

Toranomon Hills station

Ketinggian bangunan ini mencapai 250 meter dan merupakan penanda baru dalam landskap kota Tokyo – yang kini meraih gelaran sebagai salah satu menara tertinggi di Tokyo. Berlokasi di Kawasan Toranomon yang cukup strategik, menara ini seakan-akan mencerminkan azam Tokyo untuk tidak berhenti berkembang pesat dalam bidang teknologi, inovasi dan seni bina. Usai pembangunannya pada musim luruh yang lalu, landskap kota Tokyo berwajah baharu dengan ketrampilan yang lebih dinamik. 

Toranomon Hills station

Berada di bawah naungan Mori Building Co., LTD, bangunan pencakar langit serbaguna ini dibina dengan visi utama sebagai wadah tumpuan untuk pelbagai aktiviti, perhimpunan kreativiti dan hubungan global. Pada masa yang sama, menjadi simbol laluan umum terbaru dari poin hujung jalan Shintora-dori, yakni lebuh hias pejalan kaki yang menghubungkan Tokyo Bay ke pusat kota. Bangunan ini turut mendekatkan pengunjung dengan gagasan binaannya adalah satu hubungan antara bangunan dengan kota, lantas mencipta interaksi yang erat dalam konteks pentadbiran kota. Visi ini merangkumi menara, perancanga bandar dan ruang orang umum seluas lebih daripada 7,500 hektar di tengah-tengah kota Tokyo. 

Toranomon Hills station

Atrium tiga aras menjadi titik pertemuan yang menuju ke pusat membeli-belah, pejabat, hotel lima Bintang, kafe dan restoran, sehinggalah stesen baharu Tokyo Metro di jaur Hibiya – juga di Ginza Line dengan hanya satu stesen perhentian ke Ginza dan lima perhentian ke Shibuya tanpa perlu bertukar tren. 

Menara ini adalah projek terbesar Jepun dan ia direalisasikan oleh firma seni bina OMA, dan merupakan projek terbesar yang dibangunkan oleh Pengarah OMA, yakni Shohei Shigematsu. “Menara pencakar langit cenderung untuk bersifat introvert – secara lazimnya, pengunjung-pengunjung boleh melawat observatorium di aras teratas tanpa menggunakan akses masuk ke ruang lain – kami di sini membina bangunan pencakar langit yang extrovert dengan bahagian luar yang dinamik. Kami ingin mencipta kota vertical yang penuh sinergi. Aras paling bawah pula menjadi lokasi persinggahan orang umum dengan penempatan stesten Tokyo Metro dan aras atas adalah lokasi Tokyo Node, yakni sebuah ruang pembudayaan dan forum inovasi untuk pameran sepanjang tahun,” Shohei menjelaskan visinya. 

Tokyo Node bermatlamat untuk senantiasa mengubah tema pameran sepanjang tahun dan Shohei percaya ia mampu menarik lebih banyak orang umum untuk terus mengunjungi pusat aktiviti komersial serta budaya ini. Tokyo Node memiliki ruang yang dilengkapi kemudahan terkini, tiga galeri dan instalasi khusus dikurasi oleh Rhizomatiks x ELEVENPLAY.

Rangkaian karya seni gubahan Leo Villareal, Larry Bell, Oba Daisuke dan N. S. Harsha pula menyemarakkan beberapa sudut ruangan. Sebuah sky park dengan kolam renang infiniti yang berpemandangan indah kota Tokyo dan restoran Michelin-star terletak di aras teratas.

Toranomon Hills station

Bangunan pencakar langit ini juga memiliki Hotel Toranomon Hills Station yang dikendalikan oleh The Unbound Collection by Hyatt. Bahagian dalamannya yang chic digarap oleh Space Copenhagen, yang mengolah konsep minimalis yang menyambut para tetamu. Terdapat juga Le Pristine Tokyo yang merupakan sebuah restoran Asia pertama, yakni rangkaian daripada Le Pristine di Antwerp, yang dipelopori oleh Sergio Herman (Michelin-starred chef dari Belanda).

“Aktiviti beraneka ragam seperti ini menjadi hal yang menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke satu Lokasi. Contohnya, mengunjungi Tokyo Node, minum di bar atau makan di restoran, menginap di hotel atau menjadikan bangunan gah ini sebagai pejabatnya. Tidak kira apa pun kegiatannya, ia mampu memberi tenaga luar biasa dan mengaktifkan bangunan pencakar langit ini,” kata Shohei yang menegaskan bahawa Toranomon Hills Station Tower adalah satu destinasi yang wajib dikunjungi di negara Sakura tersebut. 

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down