Bilik tidur yang terurus dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan tekanan. Ruang bilik tidur yang bersih dan tersusun membantu kita lebih fokus untuk bekerja dengan lebih efisyen, dan dapat memberikan suasana yang tenang setelah penat seharian bekerja. ELLE kongsikan hacks untuk bilik tidur yang lebih kemas.
Decluttering
Untuk mendapatkan bilik yang lebih kemas dan teratur, pastikan anda membuang atau mendermakan barang yang tidak diperlukan lagi dengan menggunakan ‘one year rule’. Jika sesuatu barang tidak digunakan dalam tempoh setahun, boleh pertimbangkan untuk melepaskan barang itu. Asingkan ikut kategori seperti pakaian, aksesori, barangan teknologi, dan lain-lain supaya lebih mudah untuk disusun dengan cara yang sistematik. Dengan cara ini, bilik anda bukan sahaja lebih kemas dan minimalis, tetapi juga memberikan aura yang lebih tenang dan selesa!
Amalkan sebagai rutin harian
Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian anda! Mulakan dengan cara letak semula barang yang telah digunakan ke tempat asalnya supaya bilik sentiasa teratur. Tambahan juga, luangkan masa 5 minit selepas bangun dari tidur setiap pagi untuk mengemas, seperti melipat selimut dan perapikan bantal. Dengan mengamalkan tabiat kecil ini secara konsisten, bilik anda akan kekal kemas sepanjang masa!
Susunan layout yang bijak
Gunakan tempat penyimpanan untuk memastikan bilik anda sentiasa tersusun! Cara penyimpanan yang betul dapat menjimatkan ruang dan memudahkan pencarian barang dengan lebih cepat. Manfaatkan storan di bawah katil dengan menggunakan kotak atau beg vakum untuk menyimpan pakaian harian atau barangan yang jarang digunakan. Organizer didalam almari atau rak bergantung, juga sesuai untuk memaksimumkan ruang.
Storage kabel & barangan teknologi
Kabel dan barangan teknologi yang berselerak boleh membuatkan ruang kelihatan bersepah serta menyukarkan pencarian apabila diperlukan, untuk pastikan semuanya tersusun dengan baik, gunakan satu kotak untuk meletak semua kabel atau barangan teknologi yang ada dan dapat mengelakkan wayar berbelit dan memastikan penyimpanan lebih rapi. Jangan lupa untuk labelkan kotak itu dengan tag atau pelekat berwarna supaya mudah dikenali tanpa perlu tercari-cari.
Gambar: Unsplash