Langgan

Tip Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa di Bulan Ramadan

Amalkan tip ini untuk sentiasa bersemangat sepanjang berpuasa!
2 minit untuk membaca
Published: March 2, 2025

Selamat berpuasa! Dalam berpuasa, cabaran utama bagi kebanyakan individu adalah mengekalkan tenaga sepanjang hari. Dengan mengamalkan tip-tip ini, anda boleh memastikan badan kekal kuat, sihat dan bertenaga sepanjang di bulan mulia ini.

1. Ambil Sahur Yang Berkhasiat

Sahur adalah waktu yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga sepanjang hari. Pastikan menu sahur mengandungi:

  • Karbohidrat kompleks seperti roti gandum, oat atau nasi perang yang memberikan tenaga berpanjangan.
  • Protein seperti telur, ikan, ayam, atau kekacang untuk membantu rasa kenyang lebih lama.
  • Serat tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran untuk melancarkan sistem pencernaan
  • Air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi.
Oat sebagai salah satu makanan yang berkhasiat untuk bulan puasa
Sumber: Unsplash

2. Elakkan Makanan Bergula dan Berlemak Tinggi

Makanan yang tinggi kandungan gula boleh menyebabkan tenaga cepat merosot dan membuatkan tubuh lebih mudah letih. Tambahan juga, makanan berlemak tinggi pula boleh memperlahankan proses pencernaan dan menyebabkan keletihan.

3. Minum Air Secukupnya

Dehidrasi boleh menyebabkan tubuh cepat letih dan kurang bertenaga. Pastikan pengambilan air mencukupi dengan mengamalkan kaedah 8 gelas sehari seperti cara dibawah:

  • 2 gelas ketika berbuka
  • 4 gelas sepanjang malam
  • 2 gelas ketika sahur
minum air 8 kali sehari untuk kekal bertenaga
Sumber: Unsplash

4. Elakkan Aktiviti Berat di Siang Hari

Jika boleh, kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga tinggi seperti bersenam secara intensif di siang hari. Sebaliknya, pilih aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan ringan selepas berbuka puasa seperti yoga.

yoga untuk regangan badan
Sumber: Unsplash

5. Dapatkan Tidur yang Cukup

Tidur yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan badan cepat letih dan tidak bertenaga. Pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dengan menetapkan waktu tidur yang konsisten setiap malam.

6. Berbuka dengan Makanan Yang Seimbang

Ketika berbuka, amalkan pemakanan yang sihat dengan:

  • Mengutamakan kurma untuk tambahkan tenaga.
  • Mengambil makanan yang kaya dengan protein dan serat.
  • Mengelakkan makan secara berlebihan bagi mengelakkan kelesuan selepas berbuka.
Kurma untuk tenaga
Sumber: Unsplash

7. Ambil Suplemen Jika Perlu

Bagi mereka yang memerlukan tenaga tambahan, pengambilan suplemen seperti multivitamin, zat besi, atau vitamin C boleh membantu mengekalkan kecergasan sepanjang Ramadan.

Supplemen untuk tenaga tambahan
Sumber: Unsplash
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down