Hujung minggu di Kuala Lumpur kini tidak lagi tertumpu kepada pusat beli-belah konvensional semata-mata. Sebaliknya, ramai yang semakin tertarik untuk mengunjungi ‘weekend market’ atau acara komuniti yang dikendalikan oleh penganjur seperti cirKLe, The Messy Club, Pasar Seloka, Good Coffee Festival dan OUTLET. Komuniti kreatif ini berjaya menarik perhatian pengunjung dengan menghimpunkan jenama tempatan, usahawan kecil serta penggiat kreatif di bawah satu bumbung.
Bagi ramai pengunjung, acara sebegini memberi peluang untuk mengenali jenama tempatan yang sebelum ini hanya boleh ditemui di media sosial. Selain dapat menyentuh dan melihat produk secara fizikal, mereka juga dapat membuat keputusan pembelian dengan lebih yakin. Selain itu, fenomena #sapotlokal yang semakin mendapat sokongan menjadikan acara pop-up ini sebagai sesuatu yang dinanti-nantikan. Ketika jenama tempatan Brïk melancarkan koleksi beg Chroma menerusi sebuah pop-up eksklusif, ada pelanggan yang dilaporkan sanggup menunggu sehingga 17 jam semata-mata untuk menjadi antara yang terawal memiliki beg yang menjadi rebutan ramai itu. Keterujaan itu bukan sekadar tertumpu pada barangan - baru-baru ini, Good Coffee Festival 2026 di The Campus turut berjaya menghimpunkan lautan pencinta kopi.
Walaupun ada yang mengaitkan fenomena ini dengan FOMO (fear of missing out) atau perasaan takut ketinggalan, hakikatnya ia mencerminkan perubahan cara hidup generasi masa kini yang lebih menghargai komuniti, pengalaman dan hubungan sosial yang lebih bermakna. Orang ramai tidak lagi sekadar mencari pusat beli-belah berhawa dingin, sebaliknya menginginkan destinasi yang menawarkan pengalaman menyeluruh. Daripada budaya dan hiburan hinggalah peluang untuk berhubung dengan individu yang mempunyai minat yang sama.
Perubahan inilah yang menjadikan The Campus antara destinasi gaya hidup paling menarik di Kuala Lumpur hari ini. Berkeluasan 6.5 ekar, bekas kawasan sekolah ini telah dihidupkan semula sebagai hab komuniti yang menggabungkan elemen runcit, makanan, sukan, seni dan hiburan dalam satu lokasi. Pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan makanan, bermain padle bersama rakan-rakan, bersantai di ruang terbuka, menyertai aktiviti komuniti atau menghadiri pelbagai acara dalam suasana tenang yang masih mengekalkan nostalgia sebuah persekitaran sekolah.
Tarikan The Campus
Apa yang benar-benar membezakan The Campus dengan destinasi lain adalah pendekatan adaptif guna semula di bekas tapak International School Kuala Lumpur (ISKL). Daripada menghapuskan sejarahnya begitu sahaja, banyak elemen asal bangunan dipelihara dan diberikan nafas baharu. Bilik darjah lama kini bertukar menjadi kafe, restoran dan ruang runcit, manakala elemen seperti koridor, courtyard, tangga dan juga loker sekolah masih dikekalkan sebagai sebahagian daripada pengalaman pengunjung. Gabungan nostalgia dengan sentuhan moden ini jelas mewujudkan identiti yang cukup unik.
Bangunan yang dipulihara ini turut menempatkan pelbagai fasiliti serba guna yang boleh memenuhi keperluan komuniti moden. Antaranya termasuk Robert's Theatre yang dilengkapi skrin LED, Champion Court dan The Field yang menjadi lokasi utama aktiviti sukan, The Pool untuk kelas renang serta Assembly Hall yang sering menjadi lokasi untuk weekend market dan pelbagai lagi acara lain.
Keupayaannya dalam menganjurkan pelbagai jenis aktiviti menjadikan The Campus sentiasa hidup dan berkembang seiring dengan kehendak komuniti setempat. Pada masa sama, ia turut berperanan sebagai platform yang menyokong gerakan #sapotlokal dengan membuka peluang kepada usahawan dan jenama baharu untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan. Lebih daripada sekadar destinasi komersial, The Campus membuktikan bagaimana sebuah projek adaptif guna semula berjaya mewujudkan ruang yang menghubungkan komuniti, idea dan kreativiti tempatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan aktiviti di The Campus, ikuti akaun Instagram rasmi mereka di @thecampusampang atau emel kepada [email protected]

