Langgan

Terpaut Pesona Scotland

Scotland begitu tinggi nilai seni dan budaya yang tidak sukar untuk membuat setiap pengunjungnya jatuh cinta lagi dan lagi.
3 minit untuk membaca
Published: August 8, 2024

Scotland memiliki cerita tersendiri untuk buat setiap pengunjungnya jatuh cinta dan mahu kembali lagi ke sana. Magisnya kota yang seringnya dikaitkan dengan dongeng dan budaya yang berkait rapat dengan gerakan seni bina yang mengagumkan.

Motif tartan dengan sebagai lambang pakaian tradisi mereka telah memberi inspirasi kepad abanyak pereka fesyen sepert Vivienne Westwood, Alexander McQueen antaranya yang menjadi ia sebagai ilham utama kebanyakan koleksi mereka.

Scotland juga menjadi rumah penyair ternama, Robert Burns yang cukup popular dengan barisan puisi yang ditulis selain J.K Rowling yang leka dalam menulis novel cari makannya, Harry Potter yang popular serata dunia.

Secara geografik, Scotland merupakan bahagian paling utara gagasan Inggeris yang dimonopoli tiga area utama yang merangkumi bukit dan padang rumput (Souther Uplands), Pusat pentadbiran (Central Lowlands) dan kawasan yang dibaluti keindahan gunung ganang di Highland.

Landskap kota Inverness

EDINBURGH

Edinburgh menjadi kota yang paling kerap dikunjungi selepas London. Kawasan lama Old Town dipenuhi dengan seni bina medieval yang cukup tinggi nilai sejarahnya. Tarikan utamanya adalah Edinburgh Castle dan Royal Mile yang menghubungkan Castle Rock juga Palace of Holrylroodhouse. Bunyi instrumen bagpipe yang melatari jalan-jalan tarikan pelancongnya dengan pemain muzik yang memakai kilt dengan motif genggang menarik perhatian pelancong luar akan budayanya.

Bagi penggemar J.K Rowling ada beberapa destinasi menarik yang ditawarkan untuk pengunjung merasakan pengalaman seperti apa yang ada di dalam buku serta filemnya. Bagi menikmati matahari pagi dan terbenam Arthur Seat menjadi destinasi sempurna dengan panorama yang cukup indah.

Magis Scotland tidak hanya pada budaya dan sejarahnya. Industri kreatif warga tempatan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai jenama independen di St Stephan Street. Bagi penggemar seni moden anda boleh ke Fruitmarket Gallery yang menjadi destinasi penggemar seni moden yang turut dipenuhi kedai buku dan kafe.

Nelson Monument di Edinburgh.

GLASGOW & DUNDEE

Glasgow merupakan kota paling besar di Scotland yang datang dengan tenaga berbeza serta kisah yang lebih menarik. Muzik menjadi nadinya dengan ruang auditorium bertaraf dunia seperti The Barrowland Ballroom dan Glasgow Royal Convert yang menjadi tumpuan pencinta muzik dunia.

Seni binanya juga antara yang terbaik di dunia. Muzium Riverside yang cukup ikonik dengan ilham kreatif jurubina terkemuka Zaha Hadid juga Kelvinggrove Art Gallery dan Gallery of Modern Art yang menyimpan karya agung Rembrandt dan Van Gogh.

Beralih pula ke Dundee kota keempat terbesar di Scotland yang memiliki karakter yang serupa dengan Glasgow. Cukup vibrant dan dipenuhi tenaga kreatif - kota ini cukup dikenali dengan industri tekstil danserta menjadi tumpuan utama fesyen, permainan video, teknologi dan multidisiplin lainnya. Tempat menarik yang lain adalah Dundee Science Centre, RRS Discovery, Contemporary Arts Museum, Glamis Castle, dan Mcmanus Art Gallery & Museum.

Jubilee Clock, South Queensferry, Edinburgh, Scotland

KINGDOM OF FIFE

Tidak jauh daru Edinburgh terletaknya Kingdom of Fife asalnya adalah rumah kerajaan lama Scotland yang juga memiliki padang golf bertaraf antarabangsa sejak 1952. Terletak di St. Andrews, bangunan ini berusi lebih seribu tahun yang menempatkan universiti tertua di Scotland.

Di bahagian timur Fife adalah kawasan persisiran pantai yang cukup ikonik dengan keindahan landskap serta aktiviti komuniti yang rata-ratanya nelayan. Perkampungan nelayan ini juga datang dengan keunikan tersendiri yang turut menempatkan Scottish Fisheire Museum serta Fish & Chips terbaik di Anstruther Fish Bar.

MAJESTIC HIGHLANDS

Di abad ke-19, Ratu Victoria dan Pangeran Albert membina rumah untuk mereka bercuti yang dikenal dengan nama Balmoral di Aberdeenshire. Antara tarikan utama ke sini adalah pengalaman menaiki kereta api sleeper train yang melalui keindahan alam Scotland.

Melewati keindahan alam ini juga boleh dilalui dengan pengalaman memandu sendiri atau menaiki bas KE National Park Carringgorms dan Ben Nevus yang merupakan kawasan paling tinggi di England. Landskap unik ini turut menjadi lokasi penggambaran filem box office seperti Skyfall.

ISLAND ESCAPADE

Isle of Skye merupakan salah satu lokasi terpencil di England yang terletak di kepulauan Outer Hebrides. Terletak sejauh 64 km dari dataran utama pesisir barat Scotland hanya 14 dari 119 pulaunya yang berpenghuni.

Isle of Lewis dan Harris adalah dua di antaranya, di mana Gaelic masih menjadi bahasa utama. Kehidupan penduduknya masih berlegar ilham memancing, tenun dan crofting yang merupakan sebuah sistem sewa ladang pertanian yang sudah ada sejak abad 18.

Di Harris juga menjadi lokasi penyulingan gin yang meraih banyak penghargaan iaitu Isle of Distillery. Untuk menikmati keindahan pantai Skotlandia, pengunjung boleh menyusuri Lukentyre Sands, Barra, dan Vaterstay.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down