Langgan

Terokai Pulau Tersembunyi Di Malaysia yang Wajib Dikunjungi!

Nikmati keindahan “hidden island” yang unik untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan!
2 minit untuk membaca
Published: April 25, 2025

Malaysia sememangnya terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya yang memukau. Jika anda mencari kelainan untuk percutian yang akan datang, terdapat beberapa hidden gem di Malaysia yang anda patut terokai sambil menikmati keindahan dan kecantikan pulau yang memiliki keistimewaan tersendiri!

Pulau Babi Besar

Dengan namanya yang unik, Pulau Babi Besar merupakan salah satu pulau yang cantik dan tenang. Terletak di perairan Mersing, Johor, pulau ini menawarkan pasir putih yang halus, air laut yang jernih dan suasana yang cukup damai. Salah satu tarikan pelancong disini ialah kampung nelayan serta aktiviti snorkeling yang memukau.

@atisyar this is a sign for you to book an island trip 🌴🥥🌊💓 #tiktokmalaysia #fyp #island #holiday #pulaubabibesar ♬ Boy's a liar Pt. 2 - PinkPantheress & Ice Spice

Batu Batu

Terletak tidak jauh dari Pulau Tengah di Mersing, Batu-Batu ini adalah pulau peribadi yang mempunyai keistimewaan tersendiri dengan resort mewah bersama villa kayu yang dibina secara mesra alam sambil dikelilingi oleh hutan tropika dan pantai yang bersih. Sesuai untuk eco-luxury getaway.

@alwaysaway.jpeg Hidden gem in johor 💎 #johor #mersing #travel ♬ Ride - HYBS

Pulau Sapi

Terletak di dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park berhampiran Kota Kinabalu. Pulau Sapi ini dikenali dengan air laut yang sangat jernih dan pantai yang bersih. Ia juga popular dalam kalangan pelancong dengan aktiviti sea walking dan zipline dimana merentasi laut dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi.

@view_sabah3 Do you ever seen the bird view of Sapi Island before? 🏝️ #sabah #view_sabah #dji #sabahan #sabahtourism #kkcity #sabahinfo #kotakinabalusabah #kotakinabalu #malaysia #seaside #sea #relax #video #djimavicair2 #djimavicair #drone #sunset #sun #summer #ocean #goodday #enjoy #life #lifeisfantastic #sapiisland #sapiislandsabah #pulausapi ♬ original sound - View_Sabah

Pulau Kapas

Digelar sebagai ‘permata tersembunyi’ yang hanya mengambil masa sekitar 10 minit menaiki bot dari jeti Marang. Dengan air laut berwarna turquoise, pantai yang tenang, serta suasana santai, membuatkan ramai orang jatuh cinta.  Pulau Kapas juga terkenal dengan penginapan bajet yang cozy dan sangat sesuai untuk backpacker atau solo traveler.

@min_zoey6 📍Pulau kapas #terengganu #fyp ♬ original sound - Min Zoey

Pulau Tenggol

Antara destinasi menyelam yang terbaik di Malaysia adalah Pulau Tenggol yang mempunyai keindahan dasar lautnya yang menjadikan pulau ini salah satu tarikan kepada sesiapa yang sukakan aktiviti menyelam. Ramai menyifatkan pengalaman menyelam di sini setanding dengan lokasi menyelam antarabangsa. Batu karang yang cantik dan peluang melihat spesies laut seperti jerung paus adalah antara tarikan utama.

@scubanwa First day Tenggol Island Open Season, jumpa pulak whale shark. 🤭 @chewanscuba #scubadiving #scubamalaysia #belajarscuba #cubascuba #tenggolisland #whaleshark ♬ Masa - Fahimi Verse - NAKI

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down