Merasakan seperti sudah habis menonton kesemua rancangan-rancangan di Netflix? Baca panduan ELLE untuk ketahui yang terbaru di Netflix untuk bulan Mei yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.
1. Tastefully Yours

Heartthrob siri Squid Game, Kang Ha-neul dan Go Min-Si membintangi siri rom-com Tastefully Yours yang mengisahkan tentang pewaris syarikat makanan yang obses mencari resipi terbaik, lalu menemui resipi tersebut (dan cinta).
Tarikh premier: 12 Mei 2025
Tonton video teaser di sini.
2. Devil’s Plan: Season 2

Trailer untuk musim kedua The Devil’s Plan memperkenalkan 14 ahli pelakon menyertai set permainan survival dan mendengar peraturan buat pertama kali.
Barisan pelakon termasuk penyanyi K-pop Chuu, Kyuhyun daripada Super Junior, model Choi Hyun-joon, pelakon Justin H. Min dan Yoon So-hui dan lain-lain.
Tarikh premier: 6 Mei 2025
Tonton video teaser di sini.
3. Dear Hongrang

Lee Jae-wook (Alchemy of Souls) dan Cho Bo-ah (Destined with You) membintangi siri baharu Korea bergenre misteri romantik berlatar zaman silam. Siri Dear Hongrang ini mengisahkan usaha Jae-yi mencari dan membongkar kebenaran di sebalik kehilangan Hong-rang serta lelaki yang mendakwa sebagai dirinya.
Tarikh premier: 16 Mei 2025
Tonton video teaser di sini.
4. Lost in Starlight

Filem animasi berbahasa Korea pertama Netflix, Lost in Starlight, menampilkan suara bintang K-drama terkenal Kim Tae-ri dan Hong Kyung. Mereka meminjamkan suara untuk watak angkasawan Nan-young dan pemuzik Jay, yang memulakan hubungan jarak jauh terpanjang — menghubungkan Bumi dan Marikh.
Tarikh premier: 30 Mei 2025
5. Forget You Not

Siri lapan episod ini menampilkan Hsieh Ying-Hsuan sebagai pelawak stand-up yang bercita-cita tinggi, yang menggunakan kisah perjuangannya untuk mencipta humor penuh emosi, sambil menguruskan kerjaya, hubungan, dan menjaga ayahnya yang sudah berusia, lakonan pelakon veteran pemenang Anugerah Golden Horse, Chin Han. Penyanyi-penulis lagu dan pelakon terkenal, Rene Liu, mengarahkan buat pertama kali menerusi siri Forget You Not, sebuah drama keluarga yang mengharukan dan pasti menyentuh emosi anda.
Tarikh premier: 23 Mei 2025
Tonton video teaser di sini.
6. Fear Street: Prom Queen

Shadyside High, 1988. Kempen untuk merebut gelaran Ratu Prom yang sangat didambakan bakal berlangsung, namun bagi Lori yang dianggap sebagai underdog, persaingan sudah pun sengit — sebelum kes pembunuhan para calon-calon dalam Fear Street: Prom Queen.
Tarikh premier: 23 Mei 2025
Tonton video teaser di sini.
7. Spring of Youth

Apabila bintang K-pop dipecat daripada kumpulannya, dia mendaftar masuk ke kolej dan jatuh cinta dengan seorang pelajar muzik, yang mungkin menjadi kunci kepada projek muziknya yang seterusnya.
Tarikh premier: 4 Mei 2025