Acara tahunan Apple yang dinanti-nantikan pada bulan September telahpun disiarkan secara langsung dari Apple Park. Gergasi teknologi ini sekali lagi menarik perhatian dunia dengan beberapa pengumuman yang memecah tradisi, daripada pelancaran model iPhone 16 yang telah lama ditunggu-tunggu, hingga debut Watch Series 10 dan AirPods 4. Sama ada anda peminat setia Apple atau sekadar penggemar teknologi, keluaran terbaru ini sarat dengan ciri inovatif yang pasti akan memberi impak besar dalam industri.
Berikut adalah ringkasan tentang apa yang perlu anda ketahui mengenai keluaran terkini Apple, dan mengapa produk-produk ini dijangka mendominasi dunia teknologi sepanjang tahun ini.
iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max
Memperkenalkan iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max, kini dengan paparan yang lebih besar iaitu 6.3 inci dan 6.9 inci. Model-model ini dilengkapi dengan keupayaan kreatif baharu, termasuk ciri kamera tahap profesional, grafik menakjubkan untuk permainan yang lebih imersif, dan banyak lagi—semuanya dikuasakan oleh cip A18 Pro yang canggih.
Satu tambahan menarik ialah ciri Camera Control yang membolehkan anda mengakses sistem kamera canggih dengan pantas dari mana-mana skrin hanya dengan satu sentuhan.
Model iPhone 16 Pro juga menampilkan kamera 48MP Fusion dengan sensor quad-pixel yang lebih pantas, membolehkan rakaman video 4K120 fps dalam Dolby Vision—resolusi dan kadar bingkai tertinggi yang pernah dicapai di iPhone. Selain itu, terdapat kamera Ultra-Wide 48MP baharu untuk fotografi beresolusi lebih tinggi dan mikrofon berkualiti studio yang merakam audio lebih realistik.
Dilengkapi dengan Apple Intelligence, peranti ini menyampaikan pandangan yang berguna, relevan, dan diperibadikan sambil melindungi privasi anda.
Harga iPhone 16 Pro bermula pada RM4,999 dan iPhone 16 Pro Max pada RM5,999.
iPhone 16 dan iPhone 16 Plus
iPhone 16 dan iPhone 16 Plus direka untuk tahan lama dengan kaca belakang yang lebih kuat, reka bentuk kalis air dan debu, kemas kini perisian berkala, serta Ceramic Shield generasi terkini yang 50 peratus lebih kuat daripada versi pertama dan dua kali ganda lebih kukuh berbanding kaca pada mana-mana telefon pintar lain.
Reka bentuk dalaman iPhone 16 dan iPhone 16 Plus juga telah dirombak untuk menampung bateri yang lebih besar dan menyejukkan peranti dengan lebih efisien, sambil memudahkan proses penukaran bateri. Dengan reka bentuk dalaman baharu ini serta pengurusan kuasa iOS 18 yang canggih, bateri dioptimumkan untuk memberikan peningkatan ketara dalam jangka hayat.
Dengan pilihan saiz paparan 6.1 inci dan 6.7 inci, paparan Super Retina XDR yang menggunakan teknologi OLED dan Dynamic Island memberikan pengalaman tontonan yang luar biasa.
Butang Action yang kini hadir pada iPhone 16 dan iPhone 16 Plus membolehkan pengguna mengakses pelbagai fungsi dengan mudah hanya melalui satu tekan.
Harga iPhone 16 bermula pada RM3,999 dan iPhone 16 Plus pada RM4,499.
Apple Watch Series 10
Jam tangan terlaris di dunia kini merupakan Apple Watch paling nipis—menjadikannya lebih selesa dipakai—dan menawarkan paparan terbesar dan paling canggih dalam mana-mana Apple Watch. Ia juga dilengkapi pengecasan lebih pantas; sensor kedalaman air dan suhu; serta maklumat dan pandangan kesihatan serta kecergasan baharu dalam watchOS 11.
Apple Watch Series 10 tersedia dalam kedua-dua bahan aluminium dan titanium, dengan pelbagai warna dan kemasan yang menakjubkan. Jet black adalah kemasan aluminium baharu yang reflektif dan elegan, manakala sarung titanium baharu—tersedia dalam warna natural, emas, dan slate—menyediakan kilauan bak permata.
Harga Apple Watch Series 10 bermula pada RM1,799.
AirPods 4
AirPods 4 ialah fon telinga dicipta dengan reka bentuk terbukai dibina menggunakan alat pemodelan canggih seperti 3D photogrammetry dan laser topography, untuk memetakan dan menganalisis ribuan bentuk telinga dan lebih 50 juta titik data individu. Proses ini membantu memperhalusi reka bentuk agar lebih selesa dipakai oleh lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Dengan penambahbaikan besar dalam kualiti bunyi, AirPods 4 menampilkan seni bina akustik baharu, pemacu rendah distorsi, dan penguat dinamik julat tinggi.
Harga AirPods 4 bermula pada RM599.
AirPods Max
AirPods Max kini tersedia dalam lima warna menarik, termasuk midnight, starlight, biru, jingga, dan ungu, yang menawarkan padanan kemasan serasi dengan produk Apple lain seperti Mac dan iPad. Selain itu, AirPods Max kini dilengkapi dengan keupayaan pengecasan USB-C, menjadikannya lebih mudah untuk dicas di rumah atau semasa dalam perjalanan.
Tonton pengumuman barisan penuh baru apple di sini!