Langgan

Syurga Barangan Vintaj Di Sekitar KL Untuk Anda Terokai! 

Spot menarik untuk anda yang gemarkan barangan vintaj!
2 minit untuk membaca
Published: April 22, 2025

Kalau anda seorang pencinta barangan lama dan unik atau memang gemar koleksi vintaj yang penuh karakter dan nostalgia, anda pasti akan teruja dengan senarai tempat menarik ini. Dari aksesori klasik hinggalah ke buku-buku lama, ini adalah beberapa lokasi terbaik untuk memburu barangan vintaj di sekitar Kuala Lumpur!

The Gilded Lion Art & Antique Gallery

Terletak di Bangsar Villlage II, kedai ini adalah syurga buat peminat barangan antik. Anda boleh menemui pelbagai aksesori vintaj seperti jam tangan, gelang, perabot kayu klasik, bingkai dinding dan banyak lagi. Setiap barang di sini seolah-olah bercerita tentang gaya dan sejarah. Sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan rumah yang elegan dan eksklusif.

Amcorp Mall

Amcorp Mall sudah lama dikenali sebagai “port” utama untuk pencinta barangan vintaj. Di sini, anda akan temui pelbagai jenis barangan dari era terdahulu seperti piring hitam, kamera lama, mainan klasik, poster filem retro, majalah lama dan macam-macam lagi. Dipanggil sebagai flea market hujung minggu, yang sememangnya terkenal dan menjadi tumpuan ramai, termasuk pelancong!

@cyberareej ˚ ༘ 🕰 。𖦹 ° 🎞 ...✩ come thrifting + vintage shopping with me at amcorp mall malaysia’s first & longest running indoor flea market! 📍 amcorp mall, petaling jaya, malaysia (go on weekends) fave finds: komika.my stall, the whole as:is store tbh also unknowingly made 2 one direction references before finding out liam died 🙁 always in my heart, one direction <3 rip liam payne 🕊️🤍 #thriftwithme #thriftmalaysia #amcorpmall #vintageshopping #amcorpmallfleamarket #vintagemalaysia #vintagejewelry ♬ original sound - areej 🧃

Mentor Bookstore

Kalau anda peminat vinyl atau barangan kemas vintaj, Mentor Bookstore pasti mencuri hati anda. Terletak di RexKL, kedai ini menggabungkan elemen muzik dan fesyen lama yang penuh gaya. Sangat sesuai untuk mereka yang mahu kembali ke zaman kegemilangan muzik dulu-dulu dan aksesori eksklusif. Terdapat juga pelbagai barangan lain seperti buku-buku lama, mainan antik, beg vintaj dan banyak lagi!

Andd Moments

Untuk peminat fotografi, kedai ini memang istimewa. Andd Moments menawarkan pelbagai kamera digital dan vintaj yang bukan sahaja menarik dari segi rekaannya, tetapi juga berfungsi dengan baik. Ia bukan sekadar koleksi, malah boleh digunakan untuk menangkap momen-momen penuh nostalgia dalam gaya yang klasik dan Y2K!

@anddmoments NEW Digicam & Film camera store in town! ✨ Thu & Fri (appointment based) Sat & Sun 12-7pm 📍 🚆 by MRT: Pasar Seni Pintu A 🚘 by car waze: 177a, Jalan Tun HS Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #digicam #jualdigicam #ccd #canonixus #lumix #nikoncoolpixs6900 #malaysia #malaysiatiktok #samsungdigicam #nikoncoolpix #pink #sanyoxacti #dv #y2k #handycam #pasarseni #nikonekomatcha ♬ Magnetic - ILLIT

Riwayat Bookstore

Riwayat Bookstore ialah kedai buku vintaj yang menawarkan koleksi buku lama dalam pelbagai genre. Dari sastera klasik tempatan hingga karya asing yang jarang ditemui, ia merupakan tempat yang ideal bagi mereka yang suka “menyelam” dalam dunia buku-buku lama yang penuh cerita.

@icedpeachty

📍 riwayat bookstore, masjid jamek. absolutely adore the bookstore's environment, especially with the jazz music playing inside 🛋️📚🔖🎶

♬ Lagu Cinta 2020 - Okirama
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down