Langgan

Siti Saleha Wakili Negara ke Seoul International Drama Awards 2024

Siti Saleha mewakili Malaysia menerusi siri SeOfis.
2 minit untuk membaca
Published: September 24, 2024

Bakat lakonan pelakon prolifik, Siti Saleha sudah diperakui sejak bertahun lamanya. Dengan barisan drama juga filem yang dilakonkan menjadikan namanya menjadi antara yang terbaik yang ada di Malaysia. Terkini dia dicalonkan bagi kategori Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA) menerusi lakonannya SeOfis yang ditayangkan di Tonton. Majlis penganugerahan yang dinantikan ini akan berlangsung pada 25 September 2024 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.

“Saya benar-benar tidak menyangka akan dicalonkan untuk anugerah berprestij ini, apatah lagi untuk kategoriyang sangat besar seperti Outstanding Asian Star. Ini adalah pengiktirafan yang sangat bermakna buat diri saya dan saya harap pencalonan ini akan membuka lebih banyak peluang untuk saya serta rakan-rakan artis di Malaysia meneroka pasaran antarabangsa.” Menurut Siti Saleha

Siti Saleha membawakan watak Samirah menerusi siri SeOfis

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, Seoul International Drama Awards berperanan penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama, dan kini menjadi platform global yang meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia. Bagi tujuan menghargai pelakon yang menyerlah dalam industri drama sepanjang tahun lalu, Trofi Outstanding Asian Star akan ditentukan melalui proses undian secara global dan kategori ini akan menampilkan tujuh pemenang daripada 6 negara iaitu Korea (Lelaki & Perempuan), Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Kali terakhir Malaysia meraih kemenangan dalam kategori ini adalah pada tahun 2017. Pencalonan Siti Saleha dalam kategori ini membawa harapan besar negara dengan keunggulannya di peringkat antarabangsa dan ia juga memperkukuh lagi kedudukannya sebagai salah seorang pelakon terbaik di Malaysia.

Siri SeOfis mengisahkan tentang cabaran dunia korporat menerusi pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat yang lain seperti handalan Malaysia seperti Siti Saleha, Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down