Langgan

Senarai Pemenang Gempak Most Wanted 2024 Pilihan Undian Digital

Ini adalah 11 pemenang dalam kategori yang terlibat dalam Anugerah Gempak Most Wanted
2 minit untuk membaca
Published: February 24, 2025

Anugerah Gempak Most Wanted 2024 kembali lagi sebagai majlis anugerah berprestij dalam industri hiburan Malaysia dengan mengiktiraf para selebriti dan content creator yang menyerlah di Malaysia! Jom ketahui senarai pemenang bagi setiap kategori.

Selebriti Tergempak - Anna Jobling

Bintang yang semakin bersinar, Anna Jobling, terus memukau peminat dengan bakatnya dalam dunia lakonan dan fesyen. Dikenali menerusi pelbagai drama popular serta sifatnya yang mesra, Anna menjadi pilihan ramai sebagai ikon selebriti generasi baru.

Program Digital Tergempak - PodcaSTERK: Sterk Production

Podcast yang menghiburkan dan penuh informasi, PodcaSTERK dari Sterk Production, berjaya mencuri perhatian ramai. Dengan konsep santai tetapi penuh dengan perbincangan menarik, PodcaSTERK menjadi pilihan utama pencinta podcast di Malaysia.

Digital Creator Tergempak - Lifestyle: Amin Abid

Dengan gaya hidup yang inspiratif dan penuh warna, kembar yang bijak ini telah mencuri hati netizen dan mengambil inisiatif untuk membuat content dengan rekaan-rekaan mereka yang kreatif dan inovatif.

Digital Creator Tergempak - Entertainment: Ryan Bakery

Siapa yang tidak kenal dengan Ryan Bakery? Raja content nostalgik ini sentiasa menghiburkan dengan video parodi zaman kanak-kanak kita yang relatable dan kelakar!

Digital Creator Tergempak - Beauty & Fashion: Sofea Shra

Dari tutorial mekap hingga ke tips fesyen, Sofea Shra berjaya menarik minat ramai dengan gaya uniknya yang chic dan sentiasa on point!

Digital Creator Tergempak - Foodie: Khairulaming

Tidak sah anugerah tanpa menyebut nama Khairulaming! Dengan video masakan yang ringkas, menarik, dan menggoda selera, Khairul Aming terus menjadi rujukan utama foodies di Malaysia.

Digital Creator Tergempak - Motivation & Education: Sir Fathi

Membawa kandungan yang berinspirasi dan penuh ilmu, Sir Fathi telah menjadi salah satu educator digital dan memberi pelbagai tips untuk memudahkan anak muda diluar sana untuk lebih memahami topik matematik.

Digital Creator Tergempak - E-Sports: Pok Ro

Dalam dunia e-sports, Pok Ro terus mencipta nama dengan content gaming yang penuh aksi dan strategi yang mantap!

Drama Tergempak - Syurga Itu Bukan Mudah

Drama yang berjaya menarik perhatian ramai dengan jalan cerita yang penuh emosi dan lakonan yang mantap daripada para pelakonnya, Anna Jobling dan Amir Ahnaf.

Video Muzik Tergempak - Insomniacks ft. Nabila

Kolaborasi epik antara Insomniacks dan Nabila berjaya menghasilkan video muzik yang bukan sahaja menarik dari segi visual tetapi juga mendalam dari segi penceritaan.

Lagu/Audio Tergempak - Aina Abdul ft. Fabio Asher

Aina Abdul terus membuktikan kehebatannya dalam industri muzik dengan lagu penuh emosi bersama Fabio Asher, memukau pendengar dengan melodi yang menusuk jiwa.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down