Adaptasi filem daripada novel terkenal bukanlah perkara baru didalam industri perfileman. Banyak karya sastera yang berjaya menawan hati pembaca dan turut mengukir kejayaan apabila ditayangkan ke layar perak. Jom baca lebih lagi tentang senarai filem terkenal yang diadaptasikan daripada buku dan terus kekal relevan hingga hari ini.
Little Women
Novel klasik Little Women ini diterbitkan ada tahun 1868 oleh Louisa May Alcott. Karya ini mengisahkan kehidupan 4 beradik Perempuan – Meg, Jo, Beth dan Amy March yang membesar di Massachusetts. Filem ini telah diadaptasikan beberapa kali dengan versi terkini Greta Gerwig pada tahun 2019 menerima pujian dan pelbagai pencalonan Oscars. Kisah ini penuh dengan kekeluargaan, kasih sayang dan percintaan.

The Help
Novel ini telah diterbitkan pada tahun 2009 dan telah diadaptasikan menjadi filem pada tahun 2011. The Help yang berlatarbelakangkan tahun 1960-an di Jackson Mississippi dan mengisahkan tentang kehidupan pembantu rumah Afrika-Amerika yang bekerja dengan keluarga berkulit putih. Filem ini menyentuh isu perkauman dan ketidakadilan sosial, serta memperlihatkan keberanian wanita dalam memperjuangkan hak mereka.
Pride and Prejudice
Ditulis oleh Jane Austen pada tahun 1813, Pride and Prejudice ialah antara novel klasik paling berpengaruh dalam sastera Inggeris. Kisah cinta antara Elizabeth Bennet dan Mr. Darcy ini telah diadaptasikan berkali-kali ke layar perak termasuk versi filem tahun 2005 yang dibintagi oleh Keira Knightley. Cinta, kelas sosial dan keangkuhan membuatkan karya ini kekal menarik merentas zaman.
Gone Girl
Gone Girl adalah novel thriller psikologi yang diterbitkan pada 2012 dan kemudian dijadikan filem pada tahun 2014 oleh pengarah terkenal, David Fincher. Ia mengisahkan misteri kehilangan seorang wanita bernama Amy dan penyiasatan yang membongkar rahsia gelap rumah tangganya bersama suaminya, Nick. Dengan cerita yang penuh kejutan, filem ini menjadi kegemaran ramai dan mencetuskan pelbagai tanda tanya.
@amazonfreevee BRB entering our villain era #gonegirl #gonegirledit #gonegirlmovie #coolgirl ♬ original sound - Amazon Freevee
Memoirs of Geisha
Diterbitkan pada tahun 1997 oleh Arthur Golden, Memoirs of Geisha ini membawa pembaca ke dunia Geisha Jepun sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Adaptasi filem tahun 2005 menampilkan sinematografi yang memukau serta penceritaan mendalam tentang kehidupan Sayuri, seorang gadis desa yang menjadi Geisha terkenal.
@snezhkot #мемуарыгейши#memoirsofageisha#japan#movie#edit ♬ оригинальный звук - movies
The Great Gatsby
Novel ini menggambarkan kemewahan di era 'roaring twenties' di Amerika Syarikat. Filem adaptasi tahun 2013 arahan Baz Luhrman yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio menghidupkan semula dunia mewah Jay Gatsby dengan gaya visual yang menawan. Kisah cinta tragis dan kritikan terhadap society elite menjadikan karya ini kekal relevan.
